TV Show Review | iKON On-Air Episode 4: Kony's Sports Day #1

Sunday 12 June 2022


Director : N/A
Writer : N/A
Cast : Kim Jinhwan, Bobby, Song Yunhyeong, Koo Junhoe, Kim Donghyuk, Jung Chanwoo
Production Company : YG Entertainment
Distributor : YG Entertainment iKON official Youtube account
Genre : Variety Show
Running Episodes : 10 episodes (18:52 minutes for episode 4)
Release Date : 22 March 2022
Video : 


Untuk memeriahkan lagi variety show iKON On Air, iKON dapat buat Athletic Championship untuk menguji ketahanan fizikal setiap member. Tapi Yunhyeong insist nak tahu untuk hari sukan ni nak lebihkan kepada entertainment ataupun nak all out focus dekat sport. Sebagai MC, JuNe split dua faktor tu sama rata. 

iKON dibahagikan kepada dua kumpulan dan sesi pemilihan akan ditentukan oleh shoe throwing game. Sesiapa yang dapat lempar kasut paling dekat dengan bahagian tengah board lepas pusing gajah sebanyak 7 kali, boleh jadi ketua kumpulan. 


Jay : You’re good at hosting today
Yunhyeong : There’s no prompter too
DK : I’m not joking, this is the best you’ve done

Nak pilih ahli kumpulan pun susah juga nak fikir sebab nak ambil ahli yang bijak dengan strategi ataupun nak ambil ahli yang kuat fizikal semata? Bila dah bentuk kumpulan kena fikir nama dan chant untuk diorang guna masa perlawanan nanti. 

Kumpulan Biru: Bobby, DK, Jinhwan
Kumpulan Merah: Chanwoo, JuNe, Yunhyeong (Editor: JuNe & the Twins)


Game pertama ialah ‘Your Land My Land’ bila kedua-dua kumpulan kena flip seberapa banyak papan berwarna sampai tamat tempoh masa yang diberikan. iKON setuju untuk tak main kotor dengan flip guna kaki. Caption editor kelakar bila dia kata hasil 7 tahun punya teamwork. Treasure yang junior tu pun main ikut rules, yang senior ni buat perangai macam kanak-kanak ribena. 

Game kedua ialah ‘Relay Wearing Squared Pants’ tapi MC bagi nama panjang betul – joint roll over, jump over and basketball game sebab banyak sangat aktiviti kena buat dari awal garisan sehingga ke penamat. 3 orang dari setiap kumpulan kena pakai seluar petak bersaiz besar. Part nak pakai seluar pun dah ambil masa apatah lagi nak berjalan dan buat aktiviti guna seluar tu. Bila dah ada kumpulan yang kalah mula lah masing-masing serius nak main padahal masa awal episod beria cakap nak jadi kelakar. 


Q: Do you guys normally play games using your body? 
Yunhyeong : We usually try to use our brains but it wasn’t such a game. It wasn’t that hard. 



Game ketiga ialah ‘Big Ball Volleyball’ sebab bola yang staff guna memang besar betul. Kesian Jay sampai nak terpelanting bila terkena bola tu. Apatah lagi nak smash kepada pihak lawan, nampak mengah jugak lah dia. Peraturan untuk permainan ni ialah 3 kali passing ke pihak lawan dengan had 3 kali sentuhan. 

Masa nak serve kepada pihak lawan kena ada kerjasama angkat bola besar tu. Boleh lenguh la tangan main Big Ball Volleyball ni sebab saiz bola terlampau besar. Kembar dah stress main game ni tapi come up dengan strategi supaya bola tak buang tenaga banyak sangat. 


Membantu betul editor baru untuk variety show iKON On Air ni, ada je idea kreatif dia untuk buat caption yang kelakar sepanjang episod sampai tak perasan dah habis. Disebabkan kehadiran staff baru ni, international fans boleh layan iKON On Air sama waktu dengan Korean fans sebab subtitle Bahasa Inggeris dan Indonesia disediakan pada video. 

Visual untuk variety show iKON On-Air pun high quality sebab setiap member ada cameraman tersendiri untuk rakam pergerakan dan aktiviti masing-masing sepanjang rakaman. Suara pun jelas lah sebab ada microphone, bukannya guna konsep self-vlog. Nak tahu kumpulan mana yang menang boleh tengok di iKON Youtube channel secara percuma. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

1 comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.