TV Show Review | iKON On-Air Episode 7: 🍖 l Kony's Pen-Vacation #2 🍖

Sunday 12 June 2022


Director : N/A
Writer : N/A
Cast : Kim Jinhwan, Bobby, Song Yunhyeong, Koo Junhoe, Kim Donghyuk, Jung Chanwoo
Production Company : YG Entertainment
Distributor : YG Entertainment iKON official Youtube account
Genre : Variety Show
Running Episodes : 10 episodes (20:43 minutes for episode 7)
Release Date : 22 March 2022
Video : 


Bersambung dari Episod 6 di mana iKON pergi bercuti di guesthouse yang lengkap dengan entertainment facility untuk diorang have fun. Sepatutnya Episode 7 keluar ikut jadual hari Selasa jam 2 petang tapi disebabkan 3 Mei 2022 iKON launch lagu But You jadi episod ni dianjak untuk bagi laluan kepada comeback promo activities. 

‘Why are you practicing during vacation? You have to sit here since you came very last – Bobby


Dekat episod lepas macam tak puas hati sebab pendek sangat tapi bila tengok durasi video dah cecah 20 minit balik. Staff bagitahu kalau pergi bercuti mana boleh tak ada aktiviti BBQ so iKON kena main game sementara tunggu dinner. 

Game pertama ialah ambil gambar berkumpulan dengan semua member pijak papan kecil yang disediakan oleh staff. Bukan setakat kena muatkan 6 orang dekat atas satu papan kecil malah kena buat pose berdasarkan keywoard yang diberikan oleh staff dalam masa 10 saat. 


‘It’s difficult because I thnk they’ll say all our faces have to be shown in that picture. I was going to suggest to piggy back 3 people.’ – DK

Game kedua pula keyword quiz dan kalau iKON berjaya menang permainan ni diorang dapat minuman beralkohol masa BBQ nanti. Mengamuk betul Chan bila ada member yang salah teka sebab soalan yang staff bagi senang sangat. Staff teruskan lagi keyword game untuk iKON menang jajan lepastu staff bagi lagi peluang untuk iKON teka supaya diorang boleh dapat minum wine, soju ataupun bir malam nanti.
 
Permainan terakhir ialah tissue rolling game bila iKON kena tarik secawan air menggunakan tisu sampai ke penghujung untuk menang daging mentah. Risau betul semua member bila JuNe semangat nak main dulu sebab JuNe paling teruk bila main game. DK dengan Yunhyeong dah anxious teruk bila JuNe start. 


Walaupun game ni tak ada tempoh masa tapi cabaran datang bila kena tarik cawan dekat bahagian yang bertanda dengan salotep tebal. Memang tak mampu nak tarik kalau tisu dah basah sebab dengan mudahnya tisu tu putus. Masa game ni mood JuNe dah datang sebab dia banyak bercakap dan buat kelakar. Sejak iKON’s Type lagi JuNe bagitahu dia mula depressed dan tahap anxiety makin teruk so DK selalu ajak dia menyembang. Dalam bas pun boleh nampak DK jaga dia. 

Sementara DK, Bobby dengan Jay in charge untuk grill daging, Chan dengan JuNe setup meja untuk makan sambil tunggu Yunhyeong masak ramen untuk semua member. Macam biasa lah Yunhyeong tak pernah gagal masak. Masak ramen pun kalau terlebih air pun jadi tak sedap jugak nak makan. Kalau kuah pekat tu baru syok nak makan dengan daging bakar. 


Masa makan Jay mintak Yunhyeong tuangkan Coke Zero untuk dia tapi Yunhyeong tak nak tuang tanpa main game. Dia nak hyung dia teka mana satu antara dua cawan tu adalah Coke Zero kalau betul Jay power betul bezakan dua perisa tu. Sejak dah beberapa kali terkena dengan Yunhyeong, Jay tetap terkena jugak dengan dia walaupun DK insist Yunhyeong kenakan dia. 

Comel tengok iKON have fun with each other walaupun main game biasa ataupun menyembang masa makan. Chan happy dapat spend time sama-sama dengan semua member walaupun cuma main foot volleyball dan BBQ. DK kata dia bersyukur semua member tak berubah pun dari dulu sampai sekarang dan dia nak iKONIC nampak yang iKON dari dulu masih sama sampai sekarang. 


Tak tahu lah dari dulu DK tu dari bila sebab iKON berbeza banyak lepas B.I keluar dari group. Memang diorang masih sengal ubi masuk air tapi boleh nampak lah gelak pun tak beria sangat. JuNe pun dah jadi macam tu. Even comeback ni pun iKON kena bash bila ada yang tuduh DK nak ganti tempat B.I dengan jadi produser dan komposer, Bobby pula dengan isu kahwin dan anak dia. It just sad to watch unnecessary bash right, left and centre for things they can't even control. But still I bersyukur all of them still strong and took care of each other. iKON fighting~!!

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.