Minum Petang Di Madam Croffle, MyTown

Monday 6 June 2022

Masa pertama kali jejakkan kaki dekat MyTown Shopping Mall ni dah nak cuba merasa makan Croffle ni tapi disebabkan ramai sangat yang beratur sampai panjang ke belakang, terus batalkan saja niat tu. Seram lah nak join sekali sebab bila beratur lama, otak kita dah build up expectation yang tinggi melampau tau. 


Second time pergi baru lah tenang rasa nak order sebab tak ramai pun yang beratur. Mungkin juga sebab dah hilang hype dekat TikTok memandangkan ramai yang dah cuba makan Croffle yang datang dari Korea ni. Madam Croffle adalah yang pertama hidangkan menu croffle di Malaysia. Croffle adalah makanan hasil gabungan Croissant dan Waffle sebab tu nama dia Croffle. 

Cara nak hasilkan croffle ni doh croissant tak dibakar dalam oven sebaliknya dibakar dalam waffle maker. Mesin croffle ni dibeli di Korea dan dibawa masuk ke Malaysia. Madam Croffle sediakan original croffle ataupun beli mengikut set pilihan. 

i. Set A : 1 Croffle + 1 Bingsu
ii. Set B : 5 Original Croffle 
iii. Set C : 2 Croffle + 1 Bingsu 

Memandangkan ramai yang nak makan, I pilih Set Promo C - 2 Croffle campur 1 Bingsu lepastu tambah 1 Original Croffle. Nak order agak seksa ye untuk orang rendah macam I sebab kena jengket tinggi depan kaunter. Cermin dah la tinggi bebenar. 




Dah pilih set mana, kena pilih toppings pulak. Boleh pilih 2 toppings berbeza. Satu I minta celup dalam Lotus letak topping Biscoff dengan granola. Lagi satu celup dalam caramel dengan topping Oreo dengan pisang. Untuk Bingsu, pilih perisa kaya pandan dengan topping anggur dan buah naga. 


Rasa Croffle ni liat jugak lah so bila makan memang messy sebab penuh dengan topping dekat atas dia. Possible untuk tersedak tu tinggi juga. Nak kata croffle ni sedap ataupun tak tu susah sebab kalau pandai gabung toppings, sedap lah croffle tu. Original Croffle pula dia letak icing sugar so agak manis tapi not bad lah nak makan. 


Toppings bingsu dia menyedihkan sebab hujung sudu je dia letak. Bingsu dah lah banyak tapi toppings sikit yakmat. Bingsu dia manis sebab ada susu sejat. Boleh kata semua menu dekat Madam Croffle ni manis belaka. Menangis lepas makan sebab tekak kembang. Tak hairan lah kenapa dah tak ramai beratur panjang dekat Madam Croffle.

5 comments

  1. tak pernah try croffle lagi. macam pelik makan dengan bingsu. patut bagi plain water je

    ReplyDelete
  2. nampak menarik, tempat pun cosy tapi kalau manis sgt mama pun x berapa gemar

    ReplyDelete
  3. nampak sedap. boleh la nak cuba nanti

    ReplyDelete
  4. Tak pernah cuba tapi bila baca perkongsian Farhana ni, mungkin taklah.. Manis sangat pun boleh mengganggu juga..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.