TV Show Review | The Idol Ramyeonators (2022) Episode 3 🍜

Sunday 26 June 2022


Director : Na Young Seok
Writer : Na Young Seok
Cast : Choi Hyunsuk (Leader of Treasure), Park Jihoon (Leader of Treasure)
Production Company : tvN
Distributor : tvN, Channel Fullmoon Youtube account
Genre : Variety Show
Running Episodes : 11 episode& 2 bonus clip (29:57 minutes for episode 3)
Release Date : 15 April 2022 – 17 June 2022
Video : 


Kali ni team Rakkidol bawa Hyunsuk dengan Jihoon pergi field trip di Seoul untuk mencari ramyeon terbaik. Disebabkan Wowmyeon Jihoon dalam Episode 2 tak memuaskan hati, Na PD nak bawa mereka berdua makan ramyeon dengan pelbagai resipi. 
 
Na PD : Before telling you what we’re doing today, it may not be a bad idea to change to more comfortable shoes. 
Hyunsuk : I’m fine with mine.
Jihoon : In Busan, I’m known as the Um Hong Gil of Nam-gu. Hiking is easy.


Untuk field trip ni team Rakkidol akan berjalan sejauh 16km bersama Hyunsuk dan Jihoon jadi mereka berdua kena pilih laluan secara bijak supaya semua tak penat atau pengsan. Jadi dua orang ketua idol group Treasure ni pilih untuk mulakan dengan Yukgaejang (spicy beef soup), Jeonju Supermarket dan Gwangjang Market. 



Field trip Rakkidol ni macam bagi peluang untuk eomma dengan appa Treasure keluar dating tanpa perlu risaukan anak-anak dekat rumah. Comel betul tengok moment HoonSuk dalam episod ni sebab banyak moment yang sweet. Jalan kaki pegang tangan, menyanyi sambil menari sama-sama dekat Hongje Stream siap jumpa fans dalam perjalanan. Cantik betul permandangan dekat Hongje Stream siap ada air terjun kecil lagi dekat situ. Ada itik dengan ikan kap. Tiba-tiba teringat Blue River hmm takpe lah.


Masa sampai dekat Jeonju Supermarket tu diorang kena tunggu kejap lah sebab nenek tu ada satu je periuk besi untuk masak ramyeon dengan telur. Resipi dia simple je tapi sedap. Nothing can go wrong for ramyeon with egg. Nenek tu bagi napa cabbage kimchi untuk dimakan dengan ramyeon. Kimchi tu fresh sebab napa cabbage tu dia tanam dekat kawasan rumah dia. Berbaloi lah 2 jam berjalan kaki ke kawasan tu.

Tempat terakhir di Gwangjang Market tapi diorang kena daki gunung untuk ke sana. Berapa jauh tu susah nak agak sebab trek dekat situ tak ada dalam peta. Boleh je nak guna laluan biasa tapi jauh dan ambil masa selama dua jam setengah lah berbanding daki gunung selama satu jam. 


Hyunsuk dengan Jihoon pilih untuk daki gunung sebab lebih cepat. Lagipun Treasure dah biasa mendaki dalam Treasure Map sebab diorang selalu dapat penalty panjat gunung. Kalau Junkyu yang diberi pilihan ni mungkin lah dia pilih jalan kaki sebab paru-paru dia berdarah masa kali terakhir dia daki gunung. 

Laluan Gunung Inwang tu agak curam lah sampai ada team production Rakkidol give up untuk join sekali. Producer bagi camera dekat Jihoon untuk rakam perjalanan diorang dekat situ. 


‘People were worried after watching the preview. ‘Are you really going to Ulleung Island? Are you really going climbing?’ However, we are TREASURE. Done deal.’ – Park Jihoon

Kalau appa Treasure dah kata TREASURE boleh buat semua benda then TREASURE boleh buat semua benda. Menangis lah Junkyu dengan Asahi dekat rumah tengok Rakkidol Episode 3 ni. Bukan takat daki gunung je, Jihoon siap flex dia boleh spin dekat bar atas puncak gunung tu. Man setting the bar so high for what leh? 


Lepas habis mendaki, diorang kena berjalan pula sepanjang Cheonggye Stream untuk sampai ke pasar tersebut. Kalau ada yang kata Hyunsuk dengan Jihoon shoot sikit je lepastu naik kereta, Jihoon dah tunjuk bukti diorang berjalan sepanjang hari bila device dia cecah 26,328 langkah untuk hari tu je. Jauh beza betul dengan hari biasa. 

Sampai je dekat Gwanjang Market, diorang terus order makanan sebab Hyunsuk dah lapar. Jihoon order sotong mentah, pajeon bawang dengan seafood ramyeon. Lepas penat berjalan dapat makan makanan sedap memang berbaloi sangat buat aktiviti extreme macam tu. 


Nak tahu ramyeon terbaik pilihan Hyunsuk dengan Jihoon sepanjang field trip ni kena tengok sendiri lah dekat Channel Fullmoon. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.