Tren Penuh Dengan Cosplay Genshin Impact

Monday 6 June 2022

Masa naik MRT menuju ke Stesen Cochrane Ahad lepas terkejut tengok ramai yang pakai cosplay anime. Tak tahu pula ada apa-apa event berkaitan dengan anime atau lebih tepatnya tak pernah tahu pun. Tahu pasal Anime Fest dekat Paradigm pun sebab ramai mengadu Petaling Jaya jam teruk. 

Watak pertama yang muncul depan mata ialah Hu Tao. Being a non-fans, that name doesn't even ring a bell. I aware dengan pemakaian dia tapi I tak  kenal watak apa. Adik bongsu dah excited teruk bila nampak sampai tak berkelip mata dia pandang tau. Hu Tao dari Genshin Impact katanya. Padahal sebelum tu dia dah nak terlelap sebab dari Kwasa Sentral menuju ke Cochrane, ada 13 stesen kena singgah. 


Singgah dekat stesen lain, watak Xiao pula masuk tren. Bertambah terbeliak lah biji mata dia pandang. Both of them pula menyembang pasal event yang diorang nak pergi ni. So being a good sister, adik kedua I request untuk bergambar. Happy lah dia bila permintaan tu dilayan. Tak jauh dari tempat kitorang ada juga beberapa watak lain tapi tak sempat lah nak approach sebab semua watak ni turun dekat stesen Bukit Bintang - Pavillion. 

Try jugak cari dekat social media apa-apa event dekat sana tapi tak ada. Adik dah ajak pergi ke tempat cosplay ni menapak tapi kalau tak tahu event apa macam mana nak pergi kan? Buatnya private event untuk anime cosplay meet up ataupun open house haaa tak ke naya? 

Masa balik pun ternampak juga beberapa cosplay tapi kali ni semuanya lelaki so a bit segan nak request tapi pergi je lah request bergambar sebab dua bulan atau tiga bulan kemudian belum tentu dah nak jumpa geng cosplay ni. Benda free kan, kita layankan je permintaan budak-budak ni. Dekat stesen Kwasa Sentral pun ada juga watak Kazuha dengan Barbara kot tapi laju je memasing jalan, tak sempat nak tegur atau ajak menyembang pun. 

Tengok lah nanti bulan 9 ni kalau Anime Fest tu jadi nak proceed, I kosongkan jadual bawa diorang pergi sana. Walaupun tak kenal mana-mana watak tapi layankan aje minat diorang. Mana lah tahu ada rezeki boleh jumpa Hakken buat cosplay Loid Forger anime SpyXFamily pulak hehehe

6 comments

  1. Cosplay anime ramai lagi yang minat. Terbaik lah kipas susah mati anime :)

    ReplyDelete
  2. wah seronok tu ajak selfie kan.. not a fan jugaks.. but my little hero yes, kaki anime.

    ReplyDelete
  3. Tidak pernah pergi event anime, Teringin nak pergi sana. Tapi tak minat mendalam sangat dengan anime. Tengok anime tapi saya tak de minat mendalam sangat.

    ReplyDelete
  4. wah..ni dah macam kat Jepun. rasanya ada event dekat Pavilion, tapi tak pastilah. Akak tau tengok Sailormoon dengan Dragonball je.

    ReplyDelete
  5. Ini kalau anak-anak akak tengok mesti teruja sama.. Terutama sekali si kakak..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.