TV Show Review | iKON On-Air Episode EP.9 TOP SECRET

Sunday 12 June 2022


Director : N/A
Writer : N/A
Cast : Kim Jinhwan, Bobby, Song Yunhyeong, Koo Junhoe, Kim Donghyuk, Jung Chanwoo
Production Company : YG Entertainment
Distributor : YG Entertainment iKON official Youtube account
Genre : Variety Show
Running Episodes : 10 episodes (26:48 minutes for episode 9)
Release Date : 22 March 2022
Video : 


Bersambung dari Episod 8 bila semua pekerja selesai bentangkan strategi dan idea mereka untuk idol group iKON dapat tarik perhatian ramai pergi ke konsert mereka nanti. Intern Jung cadangkan supaya semua pekerja main permainan untuk makan tengahari. Mereka dibahagikan kepada dua kumpulan menggunakan sistem rock, paper and scissors. 

Kumpulan 1 – Ketua Jabatan Dong, Intern Jung, Manager Ku
Kumpulan 2 – Pembantu Pengurus Song, Senior Bobby, Director Jay


Game yang pertama ialah game di mana ahli kumpulan perlu teka perkataan berdasarkan origami yang dibentuk menggunakan kertas kitar semula. Bukan setakat susah untuk buat bentuk perkataan supaya ahli kumpulan faham malah susah juga untuk teka hasil yang digubah dalam masa yang terhad. 

Game kedua ialah game tradisional Korea. First time tengok game ni bila setiap orang perlu menyanyi sambil sambung cerita dan juga gaya yang dibuat. Menangis lah orang terakhir kena ingat semua perkataan dan gaya yang orang sebelum dia buat. 


Director Jay : It’s been a while since we got to know each other so how about having a one on one meeting with me? Let everything you had in your mind and heart out
Song : Director! I’m sorry to say this… What if we’re too happy and satisfies with this company? 

Berdekah tengok scene ni sebab nampak natural betul roleplay diorang sebagai pekerja pejabat. Ada je gossip diorang untuk setiap position. Masa dalam meeting dengan pengarah pun masing-masing jadi pengipas yang berjaya terutamanya Song. 


Comel betul tengok JuNe senyum bila Jay puji dia sebab JuNe memang idolakan Jay dari zaman trainee. Jay puji ikhlas ke tak pun dia tetap berbunga. Yang paling penting JuNe nampak happy betul bila berlakon dalam Episod 8 dengan Episod 9 ni walaupun dialog dia tak banyak. Meeting pengarah dengan Senior Bobby macam orang tua lah sebab dua-dua pun senior member. 


Selesai meeting heart-to-heart dengan setiap pekerja yang ada, Director Jay minta semua pekerja cadangkan merchandise apa yang perlu dijual untuk tarik lebih ramai peminat ke konsert. Song cadangkan supaya iKON Inc keluarkan hand mirror sementara Intern Jung cadangkan picnic mat dengan animal character yang comel. 

Semua pekerja diberi masa untuk design merchandise konsert iKON selama 20 minit mengikut kreativiti masing-masing. Suka tengok design Bobby yang guna gambar tengkorak sebagai lambing cinta kepada iKON sampai mati. Design JuNe pun unik jugak dengan gambar bunga ros terbakar. 


‘It seems like a flame, but if you look closely, it is a beautiful flower. This flower represents iKON.’ – Manager Ku

Sesi designing kedua pula semua pekerja perlu cipta logo untuk T-shirt yang akan dipakai dan dijual di konsert iKON nanti. Sementara DK guna simbol dan logo Flashback yang simple dan menarik, JuNe dengan Bobby all out dengan lukisan iKON atas bot besar dan Bobby dengan lukisan naga besar berwarna merah dan kuning. 


"Often times, the waves will hit hard and often times, it won't. But even so, iKON members have been and always will stay together" - JuNe

Episod 9 berakhir dengan semua staff pulang kerja walaupun ada yang acah balik lambat sebab nak tunjuk imej bagus depan Director Jay. Macam kelakar YG habiskan program ni macam tu je. Tak ada langsung ucapan dari iKON ataupun janji manis untuk berjumpa dengan iKONIC dekat konsert nanti. Dok syok gelak pastu habis macam tu je. Ugghhhh

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.