TV Show Review | iKON On Air Episode 1 : Kony's Entertainment Test

Saturday 11 June 2022


Director : N/A
Writer : N/A
Cast : Kim Jinhwan, Bobby, Song Yunhyeong, Koo Junhoe, Kim Donghyuk, Jung Chanwoo
Production Company : YG Entertainment
Distributor : YG Entertainment iKON official Youtube account
Genre : Variety Show
Running Episodes : 10 episodes (20 minutes per episode)
Release Date : 22 March 2022
Video : 


Bersempena dengan comeback album, iKON muncul dengan program baru untuk iKONICs yang menggunakan konsep variety show selepas iKON TV (2018). Bak kata Yunhyeong, iKON perlu banyakkan lagi program variety show untuk buang rasa kekok dan malu bila berjumpa dengan orang di variety show terkenal di Korea.
 
iKON tampil segak berpakaian kemas dan formal dalam persalinan sut hitam. Kelakar bila Yunhyeong persoalkan seluar kembang Junhoe padahal perincian pada sut hitam dia ada kolar ala zaman Victoria. Masa ni DK datang dengan mata bertutup sebelah sebab dia ada jangkitan kuman dekat mata. But still dia nampak cool and stylish like always. 


Makin bertambah kuat gelak bila iKON bincang pasal aktiviti yang diorang nak sangat buat dalam iKON On Air. 

Chanwoo : I want to go back to when we first started and do….
Bobby : Survival?
Yunhyeong : Mix and Match 2? 


Padahal masa tu baru je Yunhyeong terkejut bila dia tahu ada fans dia dari zaman WIN : Who Is Next (2013) dekat live TikTok. Mesti Yunhyeong ingat tak ada orang pandang dia zaman tu sebab dia selalu kena kritik dengan YG padahal muka handsome dia dah mencuri tumpuan ramai. Belum masuk part dia terbang masa monthly evaluation. JuNe pula dah tak mampu nak senyum sebab dia tak suka survival show.


Chanwoo cadangkan supaya iKON buat aktivti fizikal macam boling padahal semua orang pun tahu iKON lemah bab bersukan especially masa Hari Sukan Kingdom : Legendary War (2021). Memalukan betul iKON terbang sana-sini kalah dengan idol group lain. 

Lepas dah bincang tentang aktiviti, Jay minta iKON buat chant untuk program baru ni supaya setiap kali diorang blur ataupun awkward, boleh lah guna chant ni untuk selamatkan keadaan. Bobby cadangkan acapella untuk chant tu. Here’s another embarrassing yet cute moment – acapella. iKON dengan acapella berpisah tiada cumanya kali ni diorang tak guna dumbadumba dah tapi guna iKON~~~~ air! 

I perasan untuk program baru ni YG Entertainment guna staff baru sebagai editor sebab level humor dia sama macam dalam Treasure Map dan Chanwoosari. Tapi editor pun comel sebab dia tertukar antara Yunhyeong dengan Chanwoo. Kekeliruan yang normal untuk iKON dan iKONIC. 


Disebabkan kehadiran staff baru ni juga international fans boleh layan iKON On-Air sama waktu dengan Korean fans sebab subtitle Bahasa Inggeris dan Indonesia disediakan pada video. Setiap hari Selasa jam 3 petang dah ada depan PC ready nak tengok iKON On-Air! 

Visual untuk variety show iKON On Air pun high quality sebab setiap member ada cameraman tersendiri untuk rakam pergerakan dan aktiviti masing-masing sepanjang rakaman. Suara pun jelas lah sebab ada microphone, bukannya guna konsep self-vlog. 


Untuk Episod 1, iKON perlu tonjolkan beberapa skills yang diperlukan dalam variety show untuk lulus ujian yang disediakan oleh staff YG. 

iKON Entertainment Test:

1. Composure – Break and eat schneeballen
2. Power – Finger Punch : All members will be taking on the punch machine and the added points must be 2800
3. Speed – Selling items in the box : Convince staff members to purchase what’s in the box with the best price
4. Teamwork – iKON’s relay mission: Complete the 5 challenges in 60 seconds 


Nak tengok iKON berjaya buat ataupun tak kesemua ujian yang disediakan oleh YG ni kena lah tengok sendiri dekat official Youtube channel iKON. Have fun watching! 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.