TV Show Review | WIN - Who Is Next? : Episode 5

Sunday 20 June 2021


 Director : Yang Hyun Suk (YG)

Writer : YG Entertainment

Cast :  Team A (Song Min Ho, Kang Seung Yoon, Nam Tae Hyun, Kim Jin Woo, Lee Seung Hoon), Team B (B.I, Bobby, Jay, JuNe, D.K, Yun Hyeong), YG, JYP, Big Bang, 2NE1, Masta Wu, Tablo, Lee Hi, AKMU, Yoo In Na

Production Company : YG Entertainment

Distributor : tvN, Mnet

Genre : Survival Show

Running Episodes : 11 episodes (45 minutes per episode)

Release Date : 24 August 2013 – 27 October 2013

Video : 


Permulaan episod 5 ni ada kejutan dari YG untuk kedua-dua team bila dia hantar dua senior artist untuk bagi tunjuk ajar dan moral support. Untuk Team A, YG hantar Taeyang dan untuk Team B pula YG hantar G-Dragon. 

Bukan saja-saja YG hantar mereka berdua walaupun GD mengeluh kenapa dia kena compete dengan Taeyang bila dia selalu kalah masa zaman trainee dulu. YG hantar Taeyang untuk guide Team A sebab diorang selalu hambar masa performance sebab dalam kepala tu dah set nak menang sampai tak reti nak have fun langsung. Selalu over ataupun try hard bila nak deliver emotion yang sesuai dengan lagu. 

Untuk Team B pula dapat tunjuk ajar dari G-Dragon sebab stage presence diorang kurang kuat lagi bila tak pernah perform depan audience. Bukan saja stage presence satu team tapi setiap individu terlampau takut untuk ada character yang mampu tarik perhatian audience. 

Kehadiran GD dengan Taeyang memang banyak membantu kedua-dua team sebab pengalaman dan skills diorang bantu perbetulkan kesilapan kedua-dua team. Berbeza bila coach yang ajar dengan idola yang ajar. Dia punya aura tu lain macam sikit. Cakap sekali dua je terus dapat tangkap. Masuk dalam kelas banyak kali practice dengan coach pun belum tentu nak dapat haha

‘I got the feeling he was speaking as a brother. It feels like we’re very well backup.’ - JuNe

Syok jugak lah tengok B.I berjumpa dengan G-Dragon sebab YG dah kata yang dia tu pelapis GD dalam YG Entertainment. Even gaya dan cara B.I dengan GD lebih kurang sama. Kalau Seungri selalu menangis sebab GD garang bila bekerja, sama jugak lah dengan B.I bila jaga anak buah dia. 

Dalam episod ni YG bagitahu lebih detail tentang JuNe, D.K dengan Yun Hyeong sebelum join Team B. Yun Hyeong sebenarnya nak jadi pelakon masa dia datang audition dekat YG Entertainment tapi tak tahu kenapa YG hantar dia train under Team B. Bobby cakap dia memang zero sama ada menyanyi, rap ataupun menari. Setiap bulan YG tengok improvement Yun Hyeong walaupun ambil masa yang lama. 

Sama juga dengan DK bila dia adalah budak skema dekat sekolah dan datang audition sebagai penyanyi. Bila digilap dengan training dan tunjuk ajar dari B.I, Jay dan Bobby, penampilan DK berubah ikut gaya dan stail YG Entertainment. JuNe pula YG dah nampak dari rancangan Kpop Star. Walaupun dia tak suka menyanyi tapi lebih kepada menari, lepas beberapa bulan join Team B, JuNe antara vokalis Team B. 

Bagi YG semua trainees boleh berjaya dengan tunjuk ajar dari leader yang betul walaupun ambil masa yang lama untuk improve. Dalam episod 5 ni boleh nampak yang YG memang lebihkan Team B disebabkan B.I, Bobby dengan Jay yang mampu wujudkan teamwork dan bantu setiap trainee baru yang dihantar kepada diorang. 

Bertambah bangga bila JYP suka dengan rapping skills Bobby. Gilap sikit lagi dah boleh naikkan nama YG macam mana G-Dragon dan TOP buat. Masa scene Team A dengan Team B berjumpa YG Family dekat backstage tu comel sangat. Ramai yang pilih Team A untuk debut sebab ada stage presence yang kuat walhal Team B menang dua kali berturut-turut even kalahkan trainee JYP dalam episod 4. Membara je GD dengar Team B tak dipilih, mana boleh kalah dengan Taeyang lagi haha

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

1 comment

  1. backstage environment best kann!! i tak tgk but i kan fangirl juga.. so the vibe is amazing

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.