Movie Review : Adiwiraku

Sunday 16 August 2020


Pengarah :  Eric Ong
Penulis Skrip :  Jason Chong, Eric Ong, Cheryl Ann Fernando
Pelakon :   Sangeeta Krishnasamy, Xavier Fong, Ahmad Adnin Zidane, Nur Idina Tasnim, Rizal Fahmi, Balqis Sani, Wan Azlyn Maasyah Farra Safwan, Khairi Mohd Kamal, Ajwad Mohd Sobri, Faez Reezme, Alif Abubakar
Genre :  Drama
Durasi Tayangan :  122 minit
Tarikh Tayangan : 9 Mac 2017
Syarikat Produksi :  SOL Pictures, Filmmecca Studio
Pengedar :  Empire Film Solution
Trailer :


Filem Adiwiraku yang memenangi anugerah Filem Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-29 pada tahun 2017, mengangkat kisah benar pengalaman Cikgu Cheryl Ann Fernando (Sangeeta Krishnasamy) sebagai guru Bahasa Inggeris di SMK Pinang Tunggal di Sungai Petani, Kedah. 


Tahun terakhir cikgu Cheryl di sekolah tu, dia cuba sehabis baik untuk cari jalan supaya anak-anak murid dia mahir dalam Bahasa Inggeris menggunakan sistem ganjaran. Dalam masa yang sama dia bekerjasama dengan Cikgu Constant (Xavier Fong) untuk buat satu team Choral Speaking untuk dihantar bertanding di peringkat daerah. 


Actually main focus movie ni ialah choral speaking tapi banyak sangat sub plot yang buat filem ni jadi panjang, lama dan alih perhatian dari main plot. Dan sub plot ni tak membawa apa-apa impak pada main plot pun. Sebab sub plot berkisarkan pelajar yang tak terlibat dengan team Choral Speaking tapi untuk tonjolkan sisi murni Cikgu Cheryl. Tak pasti lah Iqbal sebenarnya meninggal ataupun tak sebab dia boleh berlakon balik so nope I guess? 


Tambah pula bila sub plot ni bersifat melodrama dan menimbulkan tanda tanya terhadap peranan guru besar dan sistem sekolah tu sendiri. Kenapa Cikgu Cheryl ataupun guru besar tak hantar maklumat pelajar-pelajar miskin dan daif ni kepada Pejabat Zakat, Jabatan Kebajikan Masyarakat ataupun Menteri Besar untuk dapatkan bantuan? Kutipan zakat tahun 2015 di daerah Kuala Muda kutip sampai RM7 juta. 


Scene Cikgu Cheryl dengan Cikgu Constant bawa Alya pergi klinik untuk rawatan tu pun questionable juga bila bawa ke klinik swasta tapi tak ada duit sebab hospital kerajaan kan ada? Of course filmmaker ada kebebasan berkarya tapi be sensitive with how you portray these institutions as well. Mungkin Cikgu Cheryl tu sendiri yang silap sebab nampak watak dia tak faham kehidupan watak Kemboja. She’s too privileged to understand poverty. 


Anyway I loved the fact that team production tak paksa mana-mana watak yang tak pandai loghat Utagha sembang Utagha. Watak Zidane, Cikgu Cheryl dan watak-watak sampingan lain kekal guna slang KL. Funny part bila team Choral Speaking nak practice lidah sebut Tunggal instead of Tunggai. Tak pasti sesetengah ataupun semua students Cikgu Cheryl berlakon dalam ni tapi watak-watak utama memang pelajar sebenar. Perangai yang nampak dekat layar itulah perangai sebenar sebab tu tak ada yang kekok. 


For visual, shot nampak cantik dengan tone musim panas yang match dengan tema semangat team Choral Speaking untuk buat yang terbaik dalam pertandingan nanti. Music score quite okayish for me. Lagu Don’t Go Ms Fernando yang dibikin khas untuk movie Adiwiraku ni best sebab lirik dia menunjukkan yang pelajar-pelajar dia sayang sangat dengan dia. Even masa Sangeeta belajar untuk hidupkan watak Cikgu Cheryl pun diorang bagitahu style, cara jalan, cara bercakap and every unique details supaya tampak sama. 



Walaupun movie ni sarat dengan mesej dan gambaran kisah sebenar seorang guru yang berkhidmat di sekolah kampung tapi banyak scene yang melodrama. Filem Melayu ni memang suka buat genre melodrama sebab resipi mudah untuk connect dengan audience sekaligus tambat hati juri.


Of course terkesan juga especially scene Alif sembang soal hati ataupun scene Iqbal tapi kalau tak ada pun tak apa. Overall, filem ni terbaik dalam memaparkan pengorbanan guru dan bagi inspirasi tentang bawa perubahan kecil tapi memberi makna yang besar dalam hidup dan dunia orang lain. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +0.7, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.3 = 7/10

3 comments

  1. Betl, saya suka kalau movie shot style dan warna macam ni, rasa mahal sangat cerita tu

    ReplyDelete
  2. sbb main storyline tak too long kot..then diorg habiskan masa buat sub plot.. is it ?

    ReplyDelete
  3. hurm.. kadan-kadang ada sesetengah filem memang suka tambah sub plot yang tak perlu demi memanjangkan cerita..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.