Movie Review : Intruder

Sunday 26 July 2020


Director : Son Won-pyeong
Writer : Son Won-pyeong
Cast : Song Ji-hyo, Kim Mu-yeol, Park Min-ha
Production Company : B.A. Entertainment
Distributor : Ace Maker Movie
Genre : Mystery / Thriller
Running Time : 102 minutes
Release Date : 4 June, 2020
Trailer :


Arkitek Kang Seo-Jin (Kim Moo-Yul) dalam keadaan kemurungan selepas kematian isteri dia dan meninggalkan Ye-Na (Park Min-ha), anak permepuan mereka berdua berstatus anak yatim. Seo-Jin masih mencari siapa yang melanggar isteria dia tapi sayangnya walaupun menjadi saksi kejadian, memori dia terganggu dan tak ingat details kejadian tersebut. 


Tak lama kemudian, dia dapat panggilan dari Seoul Emmanuel Orphanage bagitahu yang adik perempuan dia, Yoo-jin (Song Ji-hyo) muncul kembali selepas hilang 25 tahun. Hidup dengan keluarga angkat dan selepas kematian mereka berdua, Yoo-jin terjumpa surat dan dokumen lama yang mengatakan dia anak angkat. Masa tu baru dia tahu tentang keluarga yang sebenar.


Seo-jin ambil langkah berjaga-jaga dengan minta untuk buat ujian DNA. Selepas 3 hari, keputusan ujian dihantar ke rumah dan 99.9% hasil ujian sepadan. Parents Seo-Jin insist untuk bawa Yoo-jin menetap di rumah. Sampaikan ibu dia anggap kematian isteri dia diganti dengan Yoo-jin. Tersentak dengan kata-kata tu dan ragu-ragu dengan kehadiran orang asing, Seo-jin minta orang gaji dia perhatikan Yoo-jin. 


Malangnya, orang gaji yang mula dapat tahu sisi buruk Yoo-jin dan boleh mengancam keluarga, dia pula hilang dan lari dengan teman lelaki secara tiba-tiba. Seo-jin tahu ada ssesuatu yang aneh dengan Yoo-jin dan cuba mencari jawapan dengan ujian hipnosis supaya ingatan dia kembali dalam dua kejadian – 25 tahun lepas dan hari kejadian langgar lari isteri dia. Tapi doktor pskiatri dia, Sang-Goo (Lee Hae-oon) rasa ujian ni tak akan membantu tapi nasihatkan dia untuk ambil ubat supaya tak keliru antara halusinasi dan nyata. 


Novelis bergenre thriller, Son Won-pyeong debut sebagai pengarah dan penulis movie Intruder dan cuba mewujudkan misteri dengan konsep kekeluargaan sebab dari pandangan dia, bila keluarga yang berkelakuan aneh dia akan wujudkan impak yang lebih seram dan mengerikan. First half movie mungkin curious, intense dan menarik tapi masuk second half, jalan cerita dah mula nampak terburu-buru untuk habis sedangkan banyak scene yang boleh dikembangkan. Slow pace Intruder perlahan sangat. Mungkin untuk build up horror and suspense tapi buang masa sebab predictable. Stay untuk tahu apa motif Yoo-jin kacau keluarga Seo-Jin je. 


Plot twist Intruder bagus lah jugak sebab golongan macam tu memang wujud dan director sepatutnya fokus dekat golongan ni dan dedahkan lebih lagi macam mana mereka plan untuk masuk dalam kehidupan mangsa. Sayang bila director buat sesuatu yang cliché, lemahkan watak utama dengan ganggu keadaan mental. Lebih menarik kalau kita boleh eh bersama dengan watak utama tapi tak ada moment tu. Sepenuhnya director letak rasa ragu-ragu untuk jadi punca utama Seo-jin gali balik apa kisah silam Yoo-jin. 


Lakonan Song Ji-hyo dan Kim Mu-yeol pun bagus cuma sayang bila watak tak dikembangkan dengan baik dan tak ada hard-hitting dialogue. Ji-hyo banyak kali cuba wujudkan vibe ngeri dengan bahasa tubuh dia but nahhh! Pelakon sampingan pun tak ada banyak screentime untuk berkembang tapi kalau ada scene diorang pun semuanya menurut kata Yoo-jin dan orang-orang suruhan dia je. Nothing much they can do. 


Tak faham scene detektif jumpa Yoo-jin untuk ambil statement orang gaji dia hilang tapi director tak fokus dekat percanggahan statement Yoo-jin bagitahu keluarga dengan detektif. Kenapa tunjuk percanggahan tu kalau tak ada apa-apa perubahan pada jalan cerita? Even Seo-jin tak argue benda tu sebab detektif dedahkan log panggilan orang gaji dia. Tak pelik pun kalau orang gaji dia last call dia sebab dia masih bekerja pada hari dia hilang. 


Visual and music score just okayish. Nothing much to talk about. All in all, Intruder tak mampu wujudkan genre thriller dan seram hanya bersandarkan plot ahli keluarga yang lama hilang kembali. 

1. Team Production +0.5, 2. Visual +0.4, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.4, 6. Genre +0.3, 7. Themes +1, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0 = 4.6/10

22 comments

  1. dah tengok movie ni, awalnya excited nak tgk movie ni, tapi jalan cerita dia sangat slow sampai boleh tertidur sekejap hahaha

    ReplyDelete
  2. Asyik tertangguh je nak tengok movie ni. Tak sempat. Malam ni nak tengok la..

    ReplyDelete
  3. cita ni mcm too slow..takleh nak handle

    ReplyDelete
  4. baru nak layan movie nih, tapi itu pun sebab akak minat dengan ji hyo

    ReplyDelete
  5. Tengok sebab ad ajihyo je.. hehehe

    ReplyDelete
  6. Ok. Boleh la nak layan this weekend nie. Rawlins pun dah mula melayan K-movie dah. Haha

    ReplyDelete
  7. ada kawan ajak nk tengok movie ni. tapi saya macam ,tunggu dululah, nak baca review dulu.

    ReplyDelete
  8. Rasa macam banyak filem dan drama Jo Hyo berlakon release tahun ni kan. Just in time. Hehehe. Suka juga lakonan dia. Ekspresi wajah dia macam risau, curious tu lg buat jadi berdebar-debar. Hahaha

    ReplyDelete
  9. Nak tgkla sbb ada sng ji hyo.. tapi mcm cerita barat tak tajuk yang sama?? Tapi jakan cerit dia mmg best

    ReplyDelete
  10. iena jarang tengok k-movie..kalau adek perempuan pasang baru tengok..jalan cerita dia nampak menarik..boleh la ajak adik tgk nty :)

    ReplyDelete
  11. Kak biadanya tgk k-drama jer.. Movie dia blm lg

    ReplyDelete
  12. K-movie selalu best2 cuma kita yang tak punya kesempatan nak tonton.
    Selalu kita pass kat members. Sure diaorang suka ni
    Thanks sharing

    ReplyDelete
  13. tak menyempat nk tengok... duduk la dalam list, tunggu turn haha

    ReplyDelete
  14. k movie ah... so far havent watch any of K Movie... lol... but this look interesting tho!!

    ReplyDelete
  15. Ni anak yang sulung ada ni, nak ajak dia nengok laaa... kalau nak layan sorang memang tak dan le, kang ada tv nengok kita hehehehe

    ReplyDelete
  16. Wah.. Ada Song ji hyo.. AM mmg suka tgk lakonan dia.. Nanti ada masa nak ajak kengkawan ke panggung la..

    ReplyDelete
  17. Okay , ika tengah layan kdrama jihyo tu. tapi baca review farhanna nak kena layan yang ni jugak la sebab ika minat dia berlakon hehe

    ReplyDelete
  18. You there, this is really good post here. Thanks for taking the time to post such valuable information. Quality content is what always gets the visitors coming. new movies

    ReplyDelete
  19. Numerous individuals need inspiration to would what they like to accomplish, and a few films make certain to help those out of luck. Fix Adams, Seabiscuit, Rocky, Field of Dreams, Charlie Bartlett, and Peaceful Warrior are only a bunch of the a large number of motion pictures that can persuade you to carry on with an additionally satisfying life. Watch movies online

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.