Movie Review : Single Lady Thai

Tuesday 26 May 2020


Director : Thanakorn Pongsuwan
Writer : Thomas Furlong, Kiat Sansanandana
Cast : Pachrapa Chaichua, Arak Amornsupasiri, Ploy Sornarin, Phaophon Thephatdin Na Ayudhya, Navin Yavapolkul, Kohtee Aramboy, Ravit Terdwong
Production Company : Transformation Films
Distributor : Transformation Films
Genre : Comedy / Romance
Running Time : 144 minutes
Release Date : 5 February 2015
Trailer :


Bright (Pachrapa Chaichua) adalah ikon wanita bujang di social media bila dia berjaya dalam career dan hidup bahagia dengan status bujang lepas gagal dalam 5 relationship sejak zaman sekolah rendah lagi. Setiap kali ada yang cuba mengorat, dia akan menolak sebab dia lagi bahagia dan selesa hidup single. Bright juga terbitkan buku untuk peminat dia sebagai penaik semangat bila hidup single.  


These days, women are smarter and become more successful. Many of us must be sick and tired of letting men take the lead. When we are single, we have a lots of time to do many things. It’s a reward in our life. 


Masa Bright pergi ke majlis kahwin kawan baik dia, Oil dan Win, datuk Win ramalkan yang Bright akan membujang sampai ke tua disebabkan karma dia tinggalkan bekas kekasih dia. Dek kerana perbuatan jahat Bright sampai lukakan hati bekas kekasih dia, Tuhan hukum cinta sejati dia disorok walaupun cuma di depan mata je. 


Bright terkesan dengan kata-kata peramal sampai ambil keputusan untuk menjejak kesemua 5 bekas kekasih dia sejak dari zaman kecil lagi sebab peramal pun tak tahu siapa antara lima jejaka tu yang menyimpan dendam. Tambah pula bila Bright dibuang kerja sebab keadaan ekonomi yang merosot. Bright ambil peluang ni untuk jalankan misi dia dan dalam masa yang sama rehatkan diri dari messy life dia. 


Jalan cerita Single Lady ni fun untuk ditonton tambah pula pelakon kesemuanya cantik dan handsome belaka. Since jalan cerita ringan dan plot cerita menarik, boleh la tengok secara santai dan enjoy dengan flow dari menjejak kesemua 5 bekas kekasih dan flashback balik hubungan cinta yang tak menjadi. Ada yang Bright terpaksa tinggalkan dan ada juga yang tinggalkan Bright. Ada juga scene yang draggy bila ex Bright si Paul meroyan sebab Bright gunakan dia dan balas dendam dekat Khem (Arak Amornsupasiri). 


Sebab misi ni lah baru Bright tahu semua salah faham dalam relationship yang lepas dan plot twist di hujung cerita siapa yang selalu ada dengan Bright dari dulu tapi Bright tak pernah sedar. Dan orang tu lah jodoh yang dimaksudkan si peramal. Cute plot twist! 

Costume design dari Punchalee Pithong and team nampak cantik sangat. Wardrobe Bright especially paling menyerlah dalam semua scene. Since body figure dia tinggi lampai, tak kisah lah apa jenis outfit pun semua nampak cantik bergaya tambah pula watak dia sebagai seorang social media influencer. 


Hasil kerja Vardhana pun nampak cantik dengan shot dari angle yang serlahkan kecantikan para pelakon dan kawasan shooting. Can’t find any single info pasal production movie ni so tak tahu area mana dekat Thailand yang diorang pilih untuk shoot even dalam movie pun tak ada mention. 


Anyway, all in all movie ni best la untuk rom-com genre dengan jalan cerita yang menarik. Quotes dan dialogue pun not bad lah untuk jadi inspirasi wanita bujang yang menonton. Ada juga diselitkan life lesson antara ayah dan anak bila Bright jumpa ex musician dia, Tune (Phaophon Thephatdin Na Ayudhya) yang besarkan Ellie (Ploy Sornarin) seorang diri tanpa isteri. Walaupun scene diorang sekejap je tapi message diorang deliver quite strong. You guys can watch this movie at Netflix. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.9, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 9.4/10

4 comments

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.