Movie Review : Secret Zoo

Thursday 7 May 2020


Director : Son Jae-gon
Writer : on Jae-gon, Lee Yong-jae, Kim Dae-woo
Cast : Ahn Jae-hong, Kang So-ra, Park Yeong-gyu, Kim Sung-oh, Jeon Yeo-been
Production Company : AboutFilm, DCG Plus
Distributor : Acemaker Movieworks
Genre : Comedy / Drama
Running Time : 115 minutes
Release Date : 15 January 2020 (South Korea), 13 February 2020 (Malaysia)
Trailer :


Diadaptasikan dari webtoon bertajuk Haechijiana yang diterbitkan pada tahun 2011, Kang Tae-soo  (Ahn Jae-Hong) dalam tempoh probation bila diterima masuk bekerja di firma guaman. Tapi sebelum dia diterima untuk permanent position, dia perlu naikkan sales Dongsan Park Zoo sebagai Pengarah di situ. Fikirnya mudah untuk tarik pengunjung tapi hari pertama dia datang, dah banyak haiwan dibawa keluar dari zoo. 

Nak beli haiwan bukan murah, kalau nak minta haiwan dan tempatkan di zoo untuk dijadikan research centre pun makan masa sampai 3 bulan lepas submit thesis journal. Sudahnya Tae-soo come up dengan idea supaya staff dekat situ menyamar sebagai haiwan.


Semua costum ditempah dengan Mr. Gang. Kim Hae-kyung (Jeon Yeo-been) menyamar sebagai sloth, Kim Gun-wook (Kim Sung-oh) sebagai gorilla, Han So-won (Kang So-ra) sebagai singa dan Director Seo (Park Yeong-gyu) sebagai polar bear dan ditempatkan di kawasan masing-masing.


Masa bentang idea memang nampak mudah tapi bila pakai kostum, terseksa sebab panas, gatal, haus, bosan. Pengunjung yang datang pun suka baling-baling barang atau makanan dekat ‘haiwan’. Walaupun harga tiket dah dikurangkan 50% pun tak ramai yang datang. Director Seo pula diserang demam panas akibat panas dan penat terlampau.


Bila Tae-soo yang ambil alih kostum polar bear, tanpa sengaja dia tarik perhatian pengunjung bila kantoi minum coke sampai viral di Internet. Dari puluhan yang datang, keesokannya meningkat sampai ribuan pengunjung sampai sales meningkat dan berjaya recover kewangan zoo yang hampir bankrap.


Bila Tae-soo hantar report kepada pihak atasan, dia dinaikkan pangkat tapi malangnya zoo tu bakal ditutup dan akan diubah menjadi resort dan padang golf. Apa nasib pekerja dan haiwan-haiwan lain, mampu tak Tae-soo halang zoo tu dihancurkan? 

Walaupun movie Secret Zoo dipromosikan dengan genre komedi tapi tak banyak pun moment dan scene yang boleh buat kita terhibur. Awal movie nampak draggy dan di hujung cerita bila terkait dengan politik mula jejaskan plot dan watak Han So-won yang baran tak semena. Scene gorilla datang serang kedai, polar bear minum coca-cola dengan scene pekerja zoo nak adapt dengan kostum haiwan yang ditempah menghiburkan untuk ditonton.


Sayang bila kita dipertontonkan scene dimana semua pekerja bekerja keras untuk meniru gaya dan cara haiwan bergerak tapi sloth cuma peluk pokok dan polar bear menyorok di balik batu sepanjang hari. Kalau dikembangkan scene haiwan-haiwan ni mungkin lebih menarik. Tertunggu juga bila ada scene Mr Gang bagitahu macam mana nak menyamar sebagai zirafah sebab scene ni boleh jadi kelakar tapi malangnya tak dikembangkan. Nothing much for dialogues except this one : 
No matter how hard youwork to create a good environment, zoo itself a cement prison for animals - Han So-won
Kalau movie yang bertemakan haiwan ni memang akan heavily rely on CGI tapi disebabkan kostum haiwan yang mirip benar dengan haiwan asli, buatkan movie ni selamat dari memaparkan hasil kerja CGI yang teruk bila kita boleh tengok polar bear, Black Nose yang tampak palsu onscreen. Music score did great.

Walaupun Secret Zoo dibikin di bawah produksi yang sama dengan movie komedi Extreme Job, tapi plot yang kurang kemas dan jalan cerita yang meleret buat movie ni hambar dan watak yang kebanyakannya tak diberi ruang untuk menonjol walaupun screentime yang diberi agak panjang sedangkan ada pelakon yang pernah merangkul anugerah pelakon terbaik. 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +0.7, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.4, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought +0 = 5.8/10

4 comments

  1. nampak macam kelakar movie ni tapi bila baca review macam try hard sgt komedi dia.

    ReplyDelete
  2. Haa, kang So-ra selalu berlakon cita genre gini. Heee

    ReplyDelete
  3. barisan pelakon nampak menarik, tapi jalan cerita pula kurang sikit menggoda.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.