Drama Review : Find Yourself

Sunday 3 May 2020


Director : Ding Xinguang
Writer : Shui Qianmo, Wang Xiongcheng
Cast :  Victoria Song, Song Weilong, Zhang Yujian, Wang Yaoqing, Zhou Qiqi, Cai Yatong
Genre : Romantic / Comedy
Running Episodes : 41 episodes
Release Date : 26 January 2020
Production Company : Huace Media
Distributor : Netflix
Trailer : 


Bertemakan percintaan ‘Jiedi Lian’ yang bermaksud percintaan di antara wanita berusia dan lelaki muda, Fanxing (Victoria Song) bekerja sebagai Director Executive di Amazing Design jatuh cinta dengan intern Yuan Song (Song Weilong). Percintaan mereka berdua terpaksa dirahsiakan dari public sebab Fanxing stress dengan pandangan orang. Lagi pula bila ada pasangan jiedi lian di kawasan perumahan dia terpaksa berpisah sebab mak lelaki tu tak suka dan ugut nak bunuh diri. 

Song Weilong and Victoria Song in "Find Yourself" is Giving ...

Fanxing makin kusut bila Ye Luming (Wang Yaoqing), CEO company berusia 37 tahun, kaya dan segak jatuh cinta dengan dia malah pandai ambil hati keluarga dia. Yuan Song insecure bila Fanxing banyak kali ketepikan dia dalam banyak perkara. Sudah lah terpaksa sembunyikan status, Luming pula selalu dianggap boyfriend Fanxing oleh rakan sekerja dan jiran setempat. 


Kalau dah namanya drama, masalah bukan pada watak-watak utama tapi juga watak sampingan seperti kawan-kawan baik Fanxing. Song Xue (Zhou Qiqi) syak suami Xiao Yu (Cai Yatong) curang dengan perempuan muda di dance studio. Shen Fanfan cuma berpura baik sebagai suami untuk buang rasa bersalah dia kutuk isteri dan curang.


Dalam masa yang sama, Song Xue pula nak putuskan hubungan dengan boyfriend dia, Dongyang sebab dia dah mengandung. Sebab dah 10 tahun bercinta, dia masak benar dengan perangai Dongyang yang tak suka budak kecil. Sebelum sakit ditinggalkan Dongyang, baik dia minta putus dan jaga sendiri anak dia sebab dia yang pilih untuk simpan baby tu.


Asalnya nak tengok drama ni sebab Song Weilong handsome tapi tak sangka pulak jalan cerita dia best dan kelakar. Marathon 1 hari layan 41 episodes dengan speed 2.0x sebab drama memang pace dia slow sikit. Lagipun banyak scene draggy especially scene Luming membebel dengan kawan dia, Steven. Kalau lepak sembang macam mana nak sailang Fanxing je.


Walaupun Fanxing dah berusia 32 tahun tapi ni pengalaman pertama dia bercinta so banyak benda yang dia tak tahu. Karakter dia pula naïf so senang sangat lah kena tipu dengan Luming. Ada benda yang dia boleh elak tapi dia tetap nak mengharapkan Luming macam scene suruh Luming menyamar jadi pakwe dia dekat majlis reunion. Dia kata kawan dia tak perlu tahu personal matters dia tapi kenapa nak ajak Luming? Dah la tak bagitahu dekat Yuan Song. Macam mana lah Yuan Song tak insecure.


Tambah pula bila kembar Fanxing, Canyang (Zhang Yujian) buat andaian based on cerita Yuan Song. Tapi Canyang tak salah pun sebab dia buat teori pun dari cerita sebelah pihak. Bahaya kalau tak communicate and discuss dalam relationship tak kisahlah relationship apa sekalipun. Normal ataupun jiedi lian, tetap sama.

Browie points bila tengok drama ni banyak mesej boleh dapat baik dari sudut friendship, family ataupun percintaan. Plot twist drama ni pun best jugak bila tahu status Yuan Song. Sebab muka dia handsome dan pakai barang branded, ramai yang syak dia anak ikan sebab dia ada cakap dia buat part-time tapi tak ada yang tahu pun dia kerja apa.


Suka tengok wardrobe Victoria dalam drama ni. Cantik-cantik even pakai sport attire pun nampak cool and trendy. Cuma accessories dia je la tak berapa suka sebab dia jarang tukar anting-anting atau accessories lain. Pandai la director cari pelakon sebab Victoria jenis petite, dengan hairstyle dan makeup natural dia tak nampak berumur pun. Nampak sepadan je dengan Song Weilong.

Overall drama ni best walaupun tak puas tengok scene Fanxing dengan Yuan Song. Season 2 pun tak ada haihhhh 

1. Team Production +0.8, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.4/10

7 comments

  1. alahai hensemnya hero dia tapi tak minat la dgn acting victoria. btw drama china pace dia agak slow, memang kena lajukan bila nak tengok..hehe

    ReplyDelete
  2. biasa drama2 ni tengok kat mana? aku nk tgok yg Dr Kim tu pon x habeh2..

    maksud dkt mn tu. dkt mn yang free. hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha drama ni tengok dekat viewasian. Selalunya tengok dekat dramacool

      Delete
  3. jalan cerita macam best... tapi kurang lah nak tengok drama china sebb pace dia slow... even tngok drama thriller...

    ReplyDelete
  4. Mcm berminat nak layan...done follow #508

    ReplyDelete
  5. macam best je cerita ni. nanti nak layan lah :D heeee salam kenal

    ReplyDelete
  6. Drama cina sejak memula tengok meteor garden dulu, rasa macam, alahai kenapa slow ni. 😂

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.