Movie Review : Seven Years of Night

Monday 9 September 2019


Director : Choo Chang-Min
Writer : Jung Yoo-Jung (novel), Choo Chang-Min, Kim Yoo-Pyung, Lee Yong-Yeon
Cast : Ryu Seung-ryong, Jang Dong-gun, Song Sae-byeok, Go Kyung-pyo
Production Company : CJ E&M Corp
Distributor : CJ Entertainment
Genre : Thriller/Drama
Running Time : 123 minutes
Release Date : 28 March, 2018
Trailer :


Adaptasi novel “7Nyeonui Bam" karya Jung Yoo-Jung yang diterbitkan pada April 6, 2011 mengisahkan tentang Young-Je (Jang Dong-Gun) yang mencari pembunuh anak perempuan dia, Oh Se-Ryung (Lee Re) bila lari dari rumah dan dicampak ke dalam tasik.


Hyun-Soo (Ryoo Seung-Ryong) yang stress dengan masalah family dia pergi ke kawasan empangan dalam keadaan mabuk. Disebabkan kabus tebal dia terlanggar Se-Ryung sehingga cedera parah. Takut dipenjara disebabkan memandu dalam keadaan mabuk, dia tutup saluran pernafasan sehingga mati dan campak ke dalam tasik.


Lepas kejadian tu, Hyun Soo ditangkap melalui bukti yang Young-Je bagi. Anak lelaki Hyun Soo, Seo-Won (Ko Gyung-Pyo) terpaksa berhenti sekolah akibat dibuli kawan sekelas bila digelar sebagai anak pembunuh. Dia jadi diver atas dorongan dari anak buah ayah dia, Seung-Hwan (Song Sae-byok).


Hyun Soo dijatuhkan hukuman penjara selama 7 tahun bukan sahaja atas kesalahan membunuh budak perempuan tapi disebabkan membuka pintu empangan sehingga satu kampung tenggelam.


Jalan cerita movie ni agak complicated bila Young-je suka dera anak perempuan dia setiap malam sampai Se-Ryung ambil keputusan untuk lari dari rumah dan minta bantuan dari Seung-Hwan dan Seo-won tapi semua ignore dia malam tu sampai dia takut sangat dan lari turun dari bukit dan secara tak sengaja dilanggar Hyun Soo.


Ni bukan spoiler tapi ada dalam first half movie, yang jadi kunci misteri untuk kejadian malam tu ialah punca Hyun Soo buka pintu empangan sampai tenggelamkan satu kampung tanpa rasa belas lepas bunuh Se-Ryung. Walaupun dia ada solid reason but still cara dia berfikir agak bermasalah dari awal cerita. 


Yang tanggung sengsara ni Seo-won, hidup tak tenang sampai kena berhenti belajar. Tak ada study background, tak ada kawan, tak dapat hidup dalam keluarga yang harmoni & mental health dia terganggu.


Not recommended to watch this movie apart from the gory scenes, physical abuse, sangat slow pace and jalan cerita dia adalah flashback lepastu flashback lagi then tiba-tiba some flash out of nowhere yang tak relate pun masuk. Character perempuan dapat mimpi mistik tu lagi lah entah apa benda.


Movie ni tak ada moral compass thus no social message cuma kita boleh tahu yang character macam ni wujud. Sakit hati sangat part Young-Je sebab tak ada apa-apa balasan pun sebab dera anak bini dia. Bahagia betul hidup dengan perangai saiko dia. Kalau setakat merasa kehilangan tu tak payah lah kot.

1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +0.2, 5. Casting +1, 6. Genre +0.5, 7. Themes +1, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.2, 10. Personal Thought +0 = 5.5/10

2 comments

  1. sekarang ni pun dah start layan filem korea. best juga. mungkin yang ni boleh cuba selepas ni

    ReplyDelete
  2. wah..beratnya movie ni. tak sanggup nak tengok..hehe

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.