Cast : Go Ah-sung, Park Sung-woong, Bae Seong-woo, Kim Eui-sung, Son Soo-hyun, Lee Chae-Eun
Production Company : Film Blossom
Distributor : Little Big Pictures
Genre : Horror / Thriller
Running Time : 111 minutes
Release Date : 18 May 2015 (Cannes), 3 July 2015 (Neuchâtel International Fantastic Film Festival), 3 September 2015 (South Korea)
Trailer :
Kecoh di media sosial dan berita bila Kim Byeong-gook (Bae Seong-woo) membunuh kesemua ahli keluarganya dengan kejam. Isterinya dihentak dengan tukul sehinggaa pecah kepalanya, anak lelaki dia yang sakit pun terima nasib yang sama dan ibu dia yang tua meninggal disebabkan sakit jantung kerana terkejut yang amat sangat.
Rakan sekerja Mr. Kim mula cuak dan cuba sembunyikan sesuatu apabila disiasat oleh Detektif Jong-hoon (Park Sung-woong). Intern Lee Mi-rae (Go Ah-sung) juga dinasihatkan supaya kunci mulut kalau tak nak hilang kerja. Ketua bahagian Sales di syarikat tersebut, Kim Sang-gyu (Kim Eui-sung) arahkan supaya mereka semua siapkan Sales Strategy memandangkan prestasi jualan di syarikat tersebut makin menurun setiap tahun.
Awalnya Lee Mi-rae anggap tu peluang dia untuk dapat status tetap di syarikat tersebut malangnya kehadiran intern baru, Shin Da-mi (Son Soo-hyun) buatkan dia tergugat. Lantas dia teringat kata-kata Mr. Kim tentang pisau di dalam laci mejanya.
‘To tell you the truth, when you clasp it like this, I feel somehow at ease. All my frustration and anxiety seems to melt away. To me, this knife is like a talisman.’ – Kim Seong-woo
Olahan pengarah Hong Won-chan yang baru debut dengan movie Office membuatkan penceritan naskhah dengan genre thriller ni kelihatan menarik dan mengerikan. Music background dari Kim Tae-seong antara yang mainkan peranan sampai lemah semangat setiap kali babak waktu malam di pejabat tu muncul.
Lakonan Bae Seong-woo tak kurang hebat juga dalam avatar pekerja syarikat korporat yang tertekan dengan keadaan sekeliling. Rasa stress yang dia hadap tu memang semua orang boleh relate sebab kita pun tahu tahap kompetitif di bandar pesat bagaimana. Tak hairan lah kalau Seong-woo menang Best Supporting Actor di KOFRA Film Awards.
Tak boleh move on dengan movie ni lepas tengok sebab rasa seram tu masih ada. Tak memasal takut dah nak OT sebab semua ahli dalam Sales team tu kena kacau dengan watak Seong-woo. Cuma peliknya bila detektif macam tak function padahal dia berjaga je dekat bangunan tu. Patutnya request lah letak CCTV dekat Sales department tu bila Seong-woo belum ditangkap lepas kes pembunuhan tu.
Ramai yang tak suka dengan ending movie ni sebab ada beberapa persoalan yang tak terjawab tapi kalau ikutkan tema psikologi yang dipaparkan, boleh nampak satu team tu tengah takut gara-gara layanan diorang terhadap Mr. Kim dan Mi-rae jadi bila diorang kena serang, bayangan Mr. Kim menghantui walhal watak tu tak ada kena-mengena pun. Konsep lebih kurang macam movie IT lah bila apa yang kita takut, benda tu lah yang datang mengganggu. Kita nampak apa yang kita nak nampak walaupun realiti sebenarnya bukan.
Sama juga bila detektif tu ambil keputusan sebegitu supaya pengarah dapat paparkan betapa teruk dan dalamnya tahap korupsi dan kebobrokan yang berlaku di negara Korea Selatan. Dekat first half pun CEO syarikat dah geram bila kes macam ni boleh menjejaskan imej syarikat. Bila detektif dapat panggilan telefon dari ketua dia, dah boleh faham apa yang penulis cuba sampaikan dari babak tu sahaja.
Movie Office terbitan Film Blossom dapat tayangan perdana di Cannes dan beberapa festival filem yang lain sebelum ditayangkan di panggung wayang. Rata-ratanya puji naskhah seram thriller ni kerana diolah dengan bagus dan mempunyai kekuatan dialog yang tepat menceritakan beberapa situasi. Dialog Mi-rae dengan Detektif dekat hospital tu yang paling padu bila dia ucap tahniah sebab Detektif Jong-hoon dapat naik pangkat. Recommended!
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 9.3/10
Cast : Dwayne Johnson, Emily Blunt, Édgar RamÃrez, Jack Whitehall, Jesse Plemons, Paul Giamatti
Production Company : Walt Disney Pictures, Davis Entertainment, Seven Bucks Productions, Flynn Picture Company
Distributor : Walt Disney Studios Motion Pictures
Genre : Adventure / Fantasy
Running Time : 127 minutes
Release Date : 24 July 2021 (Disneyland Resort), 30 July 2021 (United States)
Trailer :
Mitos yang terdapat di Amazon iaitu kewujudan pokok ajaib Lágrimas de Cristal bila bunganya mampu mengubat segala jenis penyakit, kecederaan dan menghilangkan sumpahan. Pada tahun 1556, Don Aguirre (Édgar RamÃrez) dan askar dia pergi ke Amazon untuk mencari pkok ajaib tersebut tapi ketamakan dia sehingga sanggup membunuh ketua puak Puka Michuna dan membakar kampung tersebut. Akibatnya dia dan disumpah akan hidup selamanya di hutan tersebut dan tidak boleh berjauhan dengan sungai Amazon.
"Look, I just think if you’re lucky enough to have one person in this life to care about, then that’s world enough for me."- Frank
Tahun 1916, Dr. Lily Houghton (Emily Blunt) bersama adiknya, MacGregor Houghton (Jack Whitehall) pergi ke Brazil untuk mencari pemandu boat yang mahir selok-belok untuk ke Amazon supaya mereka dapat mencari Tears of the Moon. Di sana mereka berjumpa dengan Frank (The Rock) yang gagah dan berani berlawan dengan harimau bintang.
Terpedaya dengan lakonan Frank dan haiwan peliharaan dia, Dr. Lily setuju dengan tawaran harga yang diberikan oleh Frank. Bukan senang nak jumpa pokok ajaib tersebut sebab Frank sendiri dah pernah mencari tapi gagal. Dalam masa yang sama, mereka dihendap oleh Prince Joachim (Jesse Plemons) yang mempunyai niat yang sama di Amazon.
Masa tengok movie ni memang tak letak harapan tinggi pun sebab movie ni movie santai terbitan Walt Disney Pictures jadi target audience dia sebenarnya kanak-kanak dan keluarga. Lagipun dah bosan tengok The Rock berlakon dalam avatar yang sama, dah masuk 7 kali dah lepas movie The Mummy Returns (2001), The Rundown (2003), Journey 2: The Mysterious Island (2012), Jumanji: Welcome to the Jungle (2017), Rampage (2018) dan Jumanji: The Next Level (2019).
Movie Jungle Cruise ni diinspirasikan oleh taman tema air yang wujud di Disney Park sebab tu dalam babak Frank bawa pengunjung melawat sungai, props dia sama macam dalam taman tema especially back side of water. Karakter watak Frank pun sama dengan skipper di taman tema tersebut bila dia sejenis yang suka buat lawak hambar. Movie ni dah lama dah siap skrip dia sejak tahun 2003 lagi tapi tak jumpa produser yang nak laburkan dana untuk naskhah bertemakan pengembaraan mencari mitos bersejarah ni.
Well, folks, you were all outstanding today, now I need you all out, standing on the dock. That means "get off my boat." I'm only serious. - Frank
Penulis letak banyak sangat reference yang berkait dengan dunia Disney dan memandangkan I bukanlah peminat tegar so reaction I biasa-biasa je lah bila layan movie ni selama 127 minit. Tapi kalau untuk peminat tegar Disney dan pernah melawat Disney Park, feels dia mungkin teruja lah bila tengok karya Jaume Collet-Serra ni.
Walaupun layan secara santai tetap boleh nampak loopholes dalam movie ni bila Putera Joachim boleh jumpa Aguirre dan anak buah dia sedangkan hanya seorang saja yang tau mereka diperangkap di mana selama beratus tahun. Lagi satu macam pelik jugak kenapa Dr. Lily nak ambil bunga yang susah untuk dicapai sedangkan dia boleh dapat banyak bekalan untuk dibawa pulang. Pengarah sengaja letak elemen saspen dan drama padahal tak perlu pun.
Sinematografi memukau hasil karya Flavio Labiano memaparkan kecantikan semua lokasi yang wujud dalam movie Jungle Cruise. Tapi tak hairan pun kan sebab movie ni movie Disney jadi hasil visual memang dipaparkan dengan cemerlang ditambah pula dengan music score dari komposer James Newton Howard yang dah beberapa kali menang di Oscar Award, Emmy Award dan banyak lagi.
Untuk yang mencari movie santai tontonan keluarga, movie Jungle Cruise sangat sesuai sebagai hiburan di hujung minggu.
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +0.7, 7. Themes +0.9, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 8.8/10
Selalunya kalau call memang macam ni je lah respond yang I dapat bila connection slow sampai ganggu urusan kerja. Bukan setakat kerja kita tak boleh buat, satu office pun terkesan. Dah lah sekarang makin banyak online meeting dan court hearing. Geram je bila boss bising pasal wifi ni.
Then I dapat tahu pasal MESH wifi, pakej baru dari pihak Unifi tapi kecewa bila call sebab diorang tak boleh install dekat office ni. Katanya sebab dah guna business plan yang paling tinggi so dah tak perlu ada MESH pun. Pelik jugak lah masa tu sebab kalau paling laju, kenapa teruk sangat connection dia? Dah panggil technician pun dia kata ni yang terpaling laju dah. Modem dengan router semuanya okay tak ada masalah pun.
Banyak jenis internet adapter dah kitorang guna dekat office ni tapi line masih sama jugak. Dah buat aduan dekat MCMC pun sama jugak, masih lagi slow. Setiap kali call Unifi memang ulang dialog yang sama je. Every weekend memang tutup wifi sebab taknak dia overheat sampai connection jadi lemah. Selang 3 hari mesti restart modem tu supaya dia tak overheat tapi masih sama.
Dari bulan lepas dah perasan connection makin slow. Mungkin sebab musim tengkujuh. Mungkin jugak sebab 5G tower installation. Tapi..... tu semua teori rambang je. Terpaksa lah I call Unifi lagi. Tak bestnya bila call Unifi ni kita kena tunggu lama sangat untuk dapat bercakap dengan operator dia. But Alhamdulillah, today went well.
I baru tahu apa maksud sales department Unifi bila dia kata office I tak boleh pakai MESH. Turns out dekat bangunan pejabat Oasis Square Ara Damansara ni tak ada fibre optic. Business plan yang kitorang guna sekarang ni cuma provide internet speed sebanyak 50mbps dan guna VDSL (Very high-speed digital subscriber line). VDSL ni guna cooper dan sebab tu lah tak boleh nak upgrade dah kepada pakej internet yang lebih tinggi sebab pakej yang lebih tinggi speed ni guna fibre optic.
Kalau nak upgrade jugak kena install dulu fibre optic ataupun tanya dekat technician team sama ada boleh install infra ataupun tak dekat bangunan tu. Dalam masa yang sama boleh daftar nama pejabat dan alamat pejabat dekat mana-mana TM Point untuk dimasukkan dalam Fibre Optic Request List. Bila dah daftar dekat request list ni pihak TM akan buat survey dan penilaian sama ada tempat tu sesuai ataupun tak untuk pemasangan fibre optic. Nak tahu berapa lama masa yang diambil untuk proses tu memang susah nak jangka sebab berbeza tempat, berbeza masalah dan struktur dia.
Kalau bangunan pejabat selalunya ada pihak pengurusan so boleh jugak minta diorang yang liaise dengan pihak TM. Lepas dah habis dengar penjelasan pihak Unifi tu, I terus call pihak JMB nak tahu kalau diorang dah pernah request untuk fiber optic installation. And yuppp they did. Yeayyy!
JMB dah daftar masa awal tahun haritu dan pihak TM dah hantar orang untuk proses pemasangan fibre optic. Mungkin dijangka siap dalam hujung bulan November jadi bulan Disember lah paling awal pun dapat upgrade business plan dengan speed yang lebih laju sampai 800mbps. Hopefully tak tertangguh lagi lah, jelak dah dengan isu wifi slow ni.
Selama bekerja dekat firm ni tak pernah nak cuba belek pasal komputer office. Datang office on macam biasa lepastu tutup bila nak balik. Tu je lah rutin selama 2 tahun ni. Tiba-tiba bulan lepas dia mula meragam, dia shut down sendiri lepas on.
Awal tu dia shut down pukul 1 tengahari macamtu tapi I ingatkan gara-gara electric timer colleagues I beli. Mana lah tahu kot dia terkesan sekali kan rupanya tak sebab dah cabut timer tu pun dia still meragam. Seminggu lepas tu dia shut down lepas 15 minit on PC lepastu 5 minit je. Haaa masa tu memang dah belek Google lah apa masalahnya.
Bila check ada 2 sebab lah selalunya, either power supply rosak ataupun motherboard rosak. Bila bawak pergi kedai rupanya dua-dua sebab tu jadi punca hahaha. Orang tu siap tanya ni CPU zaman bila. Hahahahahmmmm mana lah nak tau zaman bila. I masuk dah memang ada. Orang kedai tu refuse untuk repair. Baik beli baru je katanya. Maka bermula lah episod pencarian used CPU di Shopee.
Cari yang terpakai je sebab murah dengan bajet yang dibenarkan sebanyak RM500 haha. I cari intel5, RAM 4GB dengan SSD 120GB. Awalnya nak SSD240GB tapi boss tak bagi :( Tak ambik yang ada wifi tu sebab dekat office dah ada adapter TPlink dah. Dekat seller ni je jumpa spec yang ngam dengan bajet. So my boss mintak I order 2 unit. Kebetulan memang ada 2 unit je dalam stok dia. Fuhhhh lega.
Sementara nak tunggu tu terpaksa lah bawa laptop sendiri ke office. Dekat office ni ada je laptop tapi I lagi suka guna personal punya sebab boleh update blog sekali lepas dah siap kerja dekat office hehehehe
Masalah bila tukar CPU ni bila access card system tak boleh nak retrieve data yang sebelum ni sebab located dekat drive C. Drive tu pulak dekat motherboard yang dah rosak. Sudahnya 2 bulan tak hantar attendance dekat HR. Nasib baik lah OT diterima jugak. Bila CPU baru dah sampai, I ambik hard disk lama masuk ke CPU baru lepastu install Microsoft 2019. Happy lah guna yang baru ni sebab laju tak macam CPU lama hihi.