Rawatan Putihkan Gigi Dengan Home Kit Luna White

Friday, 26 February 2021

Gigi kuning selalunya dikaitkan dengan gigi yang tidak sihat tapi faktornya selalu datang dari pemakanan kita jugak. Macam I selalu minum the dengan kopi, boleh kata setiap hari satu cawan. Kadang tu kalau banyak kerja atau craving benda manis memang beli kopi lah jawabnya. Makan pulak nasi kandaq memang aneh la kalau gigi putih macam duta Colgate.

Nak buat rawatan putihkan gigi dekat klinik gigi kena labur banyak dalm RM800 hingga RM1500 untuk satu sesi. Kalau klinik gigi ada buat promosi boleh la merasa RM500 satu sesi tapi macam jarang je nampak promosi ni.

Sekarang pula dah banyak pemutih gigi yang menggunakan serbuk arang. Nano ataupun tidak, serbuk arang tetap berbahaya kepada gusi dan gigi sebab tekstur arang tu kasar dan boleh menyebabkan luka. Bila gusi luka mula lah bakteria membiak dekat kawasan tu. Kebarangkalian untuk gigi menjadi sensitif pun agak tinggi. 

Belek dekat Instagram ternampak akaun LunaWhite.my jual produk pemutih gigi yang menggunakan hydrogen peroxide, bahan yang sama digunakan di klinik gigi oleh dentist untuk proses memutihkan gigi. Produk yang digunakan pula 100% homemade bukannya OEM, produk rebrand di kilang ataupun dibeli di China. 

Kenapa lebih selamat guna Luna White?

Sebab hydrogen peroxide adalah ejen pemutih gigi dan tak menghakis permukaan gigi sebab bahan ni bukan bersifat asid. End product bahan hydrogen peroxide ni adalah air dan juga oxygen. Bila apply dekat gigi rasa sejuk je tapi kalau terkena dekat gusi, ada sedikit tingling effect. Lain orang lain rasa dia kalau tak silap sebab masa apply dekat gigi tapi terkena dekat gusi, tak lah terasa sangat pun. 

Excited jugak tunggu box ni sampai sebab tak pernah lagi try buat home kit whitening treatment sebelum ni. Tak ambil masa yang lama pun untuk sampai. Mungkin sebab ready stock kot. Dalam satu box tu ada 4 syringe - 2 gel dan 2 activator, brush, cup, mouth retractor dengan kad warna gigi. 


Cara Penggunaan Luna White

Penggunaan gel pemutih gigi Luna White ni ada beberapa steps dan memerlukan 30 minit selepas apply untuk dia bertindak pada kawasan gigi.

Steps 1 : Bancuh gel gigi dengan nisbah 2:1. Boleh je kalau tak bancuh 2 bahan ni tapi gel Cuma berfungsi sebanyak 5% je untuk putihkan gigi sementara activator boleh mengaktifkan gel pemutih sebanyak 80% hingga 90%.

Steps 2 : Gosok gigi untuk bersihkan sisa makanan yang melekat di permukaan gigi

Steps 3 : Lap sehingga kering dengan kain atau tisu.

Steps 4 : Pakai mouth retractor untuk elakkan air liur mengganggu proses rawatan.

Steps 5 : Apply gel pemutih pada gigi setebal 0.5mm hingga 1mm dan elakkan terkena gusi. Kalau terkena jugak, buang guna cotton buds. I selalu apply dua atau 3 kali sampai gel bancuhan tu habis. Mana la kita reti nak agak 0.5mm tu macam mana kan haha

Steps 6 : Baring selama 30 minit untuk gel tersebut buat kerja. Selalunya nak hilangkan bosan menunggu, I main game ataupun baca novel. Kadang-kadang I tempek masker dekat muka sekali. 2 kerja dalam satu masa terus. Gigi terjaga, muka pun stay hydrated.

 Steps 7 : Dah cukup 30 minit boleh gosok gigi lagi sekali untuk buang gel daripada gigi.

Hasil perubahan ni bergantung kepada gigi dan cara penjagaan atau pemakanan masing-masing. Mine agak slow lah sebab suka minum kopi. I try to reduce but unfortunately cannot tapi nasib baik Luna White ni masih berkesan sebab I nampak perubahan warna pada minggu pertama dan kedua sejak guna.

Dekat kad ni ada jadual perubahan warna gigi so boleh la tengok gigi kita dekat area mana dah.

Proses pemutihan ni tak lah power macam proses rawatan pemutihan dekat klinik gigi sebab yang tu siap ada laser bagai dan kepekatan hydrogen peroxide pun  tinggi di bawah konsultasi doktor gigi. Kalau home kit ni gel dia sikit je so lepas 6 bulan kena buat balik proses rawatan ni selama 14 hari untuk nampak perubahan. 



Produk pemutih gigi Luna White ni untuk putihkan gigi asal je tau. Kalau untuk veneer atau crowning kena pergi berjumpa dengan yang pakar untuk buat consultation atau rawatan.  


Pengalaman Makan Roti Jala Cicah Serawa Durian

Thursday, 25 February 2021

Masa farewell party Danish haritu, first time la dapat merasa makan roti jala cicah kuah serawa durian. Selama ni memang makan roti jala cicah kuah kari je dari kecik. Oghang utagha kan, tekak nak kari saja. 


First time makan tu agak janggal sebab benda baru untuk lidah dan tekak tapi disebabkan bau serawa durian tu menusuk, terbuka la perut untuk terima. Entry ni bukan nak share resipi tau sebab dekat Google dah bersepah dah. 

Entry ni nak sembang pengalaman makan roti jala dengan serawa durian je. Simpan sini buat kenangan. Alang-alang share sekali dekat mana beli sebab nanti kalau siapa yang craving tu tahu dekat mana boleh roger Red Bucket Kitchen. 

Ada banyak jenis kuah untuk roti jala dekat Red Bucket Kitchen ni. Ada kari ayam yang biasa punya, kari kambing, kari daging ataupun kari sayur. Paling sedap mesti lah roti jala cicah kuah kari kambing, memang surrrrr!  

Set yang Amy beli ni agak besar jugak, ada dalam 75pcs roti jala tak silap. Makan roti jala dengan serawa durian ni agak mengeyangkan sebab kuah dia pekat. Roti jala pun tekstur dia tebal. 


Serawa durian ni seasonal lah sebab stok durian pun ada ikut musim, kira kitorang beruntung lah boleh merasa bila Amy bawak. Amy kata roti jala cicah serawa durian ni favorite orang belah Pantai Timur sebab dia pun orang belah sana. 

Lepas makan 2 pcs roti jala dengan serawa durian ni pun dah rasa kenyang dah. Tapi tak rasa nak repeat balik sebab for me combination dia macam terlalu tebal. Ada orang suka makan sampai tak angkat muka dah. I think kari wayyyy better lah. Kalau nak makan serawa durian ni suka lagi makan dengan roti kukus ataupun roti potong biasa sebab serapan tu lagi banyak. Bila makan memang terasa betul manis durian tu. 

You guys suka makan roti jala cicah dengan kuah kari ataupun serawa durian? Share la dekat ruang komen :)

Movie Review | Bridezilla (2019)

Tuesday, 23 February 2021

Pengarah :  Andibachtiar Yusuf

Penulis Skrip :  Lucky Kuswandi, Fai Tirtha

Pelakon : Jessica Mila, Rio Dewanto, Sheila Dara Aisha, Rafael Tan, Widyawati, Aimee Saras, Adriano Qalbi, Rukman Rosadi, Lucinta Luna

Syarikat Produksi : Visinema Pictures

Pengedar :  Netflix, iflix, Tony Mulani Films

Genre :  Komedi / Drama

Durasi Tayangan :  93 minit

Tarikh Tayangan : 1 Ogos 2019

Trailer :


Dara (Jessica Mila) mempunyai impian untuk berkahwin dalam majlis perkahwinan paling indah dan angan-angan dia itu dijadikan kerjaya sebagai wedding planner. Dara menguruskan butik D&K bersama kawan baik dia sejak kecil, Key (Sheila Dara Aisha) di bandar Jakarta Selatan. 

Nasib Dara malang bila taraf butik dia jatuh dan dimalukan gara-gara Lucinta Luna jatuh tergolek di majlis perkahwinan dia kerana wayar kamera yang tak dipasang rapi. Habis semua customer minta refund sebab taknak kejadian memalukan terjadi di majlis perkahwinan mereka pula. Supplier pun tarik diri dari butik D&K.

Stress dengan kejadian tersebut, Dara pergi bercuti dengan Alvin (Rio Dewanto). Sebenarnya cuti tu dah lama plan kononnya untuk celebrate lepas stress uruskan majlis Lucinta Luna tapi lain pula yang jadi. So Alvin tetap teruskan plan dia untuk melamar Dara menjadi isteri. 

Dara dapat idea untuk feature majlis perkahwinan dia dalam majalah Wedding Star di bawah kelolaan Puan Ana (Widyawati). Tapi syaratnya bukan mudah bila Dara kena tukar cincin tunang kepada cincin berlian yang lebih mahal dan menawan dan jemputan ahli korporat ternama. Win-win situation lah kiranya. 

Tapi agak sukar untuk Dara dapatkan jemputan ahli korporat sebab Lucinta Luna kahwin kali kedua pada tarikh yang sama dengan majlis perkahwinan Dara dan Alvin iaitu pada tanggal 29 Ogos. Dara terpaksa jemput trio dari The Fabulous sebagai bridesmaid dan perkara ni mencetus pergaduhan antara Dara dan Key. Alvin dengan Key rasa Dara dah melampau dan pentingkan diri walhal Dara pula nak wedding dia masuk dalam majalah sekaligus pulihkan kembali imej butik D&K. 

Suka dengan konflik movie Bridezilla arahan  Andibachtiar Yusuf sebab stay true dengan konsep cerita cuma watak Dara tak bertukar kepada Bridezilla pun. Watak Lucinta Luna je yang nampak beria untuk timbulkan ketegangan pada hari perkahwinan. Mungkin lagi intense kalau director dan penulis kembangkan watak Key yang sama-sama bertungkus-lumus pulihkan kembali imej butik D&K sebab betul jugak apa yang Dara cakap tu, dia sorang je yang fikir hal butik dan sanggup gadaikan wang simpanan dengan hal peribadi dia supaya D&K masih boleh beroperasi. Pekerja diorang pun ramai nak jaga. 

Kali kedua tengok lakonan Rio Dewanto lepas movie Nanti Kita Cerita Tentang Hari Ini dan dua kali jugak lah rasa dia macam tak deliver banyak pun melalui watak dia. Dalam movie ni pun screentime dia tak panjang. Dah la ada scene vulgar comedy masa Dara murung tak nak makan lepas kes Lucinta Luna tu. Macam tak perlu je scene lawak macam tu. 

Visual nampak kemas dan cantik suntingannya dari lensa Bagoes Tresna Aji sebab memperlihatkan kesibukan kerjaya wedding organizer di sebalik majlis yang indah. Wedding Dara dengan Alvin cantik sangat berkonsepkan ala nature di tepi tasik. Warna tema pun pastel, nampak sesuai sangat dengan karakter Dara. Lagu tema meningkatkan elemen romantik untuk Dara dan Alvin sebab guna lagu “Hanya Rindu” karya Andmesh Kamaleng.

Walaupun movie Bridezilla di bawah produksi Visinema Pictures ni bergenre komedi tapi cuma pada first half movie je sebab ada watak Lucinta Luna. Bila dah masuk second half lebih kepada drama. Scene The Fabulous especially watak Kirana (Aimee Saras) nampak try hard sangat untuk nampak kelakar atau savage. One time watch. 

1. Team Production +0.5, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought +0 = 5.7/10