Petaling Jaya, 21 Mei 2026 – Meneruskan komitmen dalam menghasilkan cerita yang berani, Astro Shaw kembali dengan filem terbaharu, HAK: Tuntut Atau Tunduk, sebuah drama aksi yang mengangkat realiti kehidupan masa kini, dengan kisah tekanan ekonomi yang semakin meningkat, perjuangan untuk terus bertahan, serta pilihan sukar yang terpaksa dibuat apabila terdesak. 

Diterbitkan oleh Astro Shaw bersama Enotech Pictures dan Icon Pictures, serta rakan strategik Etika Sdn Bhd menerusi jenama 7UP dan Mirinda, filem ini dalam fasa produksi dan dijangka menemui penonton di pawagam tidak lama lagi. 



Naskhah ini mendapat sentuhan bakat-bakat kreatif tanah air seperti Ezrie Gazali yang sebelum ini mengarahkan filem Abah Saya Uncle Mike. Manakala, skripnya ditulis penulis terkemuka, Alfie Palermo yang menghasilkan siri premium One Cent Thief, berdasarkan idea asal Santharuban Thurai Sundaram.

Diperhebatkan lagi dengan barisan pelakon filem pecah panggung seperti Syafiq Kyle dan Beto Kusyairy, HAK: Tuntut Atau Tunduk turut menampilkan Kodi Rasheed, Mimi Lana, Fadhli Masoot, Aziz M Osman, Radhi Khalid, Rubini Sambanthan, El Umar Mokhtar dan Dato' Fizz Fairuz. Ini juga menyaksikan Syafiq Kyle dan Beto Kusyairy bergandingan buat pertama kali di layar perak.  

Penggambaran dijalankan di lokasi sekitar pasar awam dan komuniti pangsapuri di Lembah Klang, dan menjadikan HAK: Tuntut Atau Tunduk sebuah pengalaman sinematik yang segar, realistik dan dekat dengan kehidupan seharian masyarakat Malaysia.

Menurut Penerbit Eksekutif HAK: Tuntut Atau Tunduk merangkap Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad, “Apa yang menjadikan projek ini lebih menarik adalah buat pertama kalinya, kita dapat menyaksikan dua bakat hebat tanah air, Syafiq Kyle dan Beto Kusyairy bertembung dalam aksi kejar-mengejar seperti ‘musang memburu ayam’ yang mendebarkan. Penonton bakal melihat mereka bergandingan dalam satu filem bersama barisan pelakon dan pasukan kreatif yang hebat diterajui oleh Ezrie Gazali dan Alfie Palermo.

Kami juga amat berterima kasih kepada Etika, 7UP dan Mirinda atas kepercayaan mereka terhadap projek ini sejak dari awal. Kepercayaan berterusan mereka terhadap visi dan keupayaan kreatif kami, bersama sokongan serta kerjasama kukuh yang diberikan, memainkan peranan besar dalam merealisasikan filem ini.”

Penerbit Eksekutif HAK: Tuntut Atau Tunduk dan idea asal, Santharuban Thurai Sundaram berkata, “Idea cerita ini tercetus daripada pemerhatian terhadap perubahan landskap perniagaan semasa. Saya melihat semakin ramai rakyat tempatan melepaskan peluang dalam bidang perniagaan, sedangkan peluang dan ruang tersebut mula diambil serta dimanfaatkan oleh pekerja asing dan semakin berjaya membina serta mengembangkan perniagaan sendiri dalam pelbagai sektor.

Rentetan daripada itu, saya merasakan isu ini wajar diberi perhatian secara lebih positif dan terbuka. Harapan saya, filem ini dapat membuka mata masyarakat tentang pentingnya rakyat tempatan merebut peluang, membina pemilikan sendiri, dan memainkan peranan lebih besar dalam memajukan ekonomi negara serta komuniti kita sendiri.”

Amy Gan, Penerbit Eksekutif HAK: Tuntut Atau Tunduk dan Naib Presiden Pemasaran Etika berkata, “Di Etika, kami sentiasa percaya untuk mengambil pendekatan yang lebih berani, di mana jenama dan penceritaan dapat digabungkan secara bermakna. Kami teruja untuk terus mengukuhkan kerjasama berteraskan naratif bersama Astro Shaw dengan menyokong karya yang bukan sekadar menghiburkan, tetapi juga mencerminkan realiti serta perbualan yang membentuk masyarakat hari ini.


Jenama 7UP dan Mirinda telah lama menjadi sebahagian daripada kehidupan harian rakyat Malaysia, dengan hadir di ruang-ruang di mana masyarakat berkumpul, bekerja, makan dan berhubung. Menerusi HAK: Tuntut Atau Tunduk, kami melihat peluang untuk menyokong sebuah cerita yang mengetengahkan perbualan sosial yang sememangnya sedang berlaku di sekeliling kita; menyentuh aspek pekerjaan, maruah, pemilikan dan rasa kebersamaan, seterusnya menggalakkan refleksi serta perbincangan yang lebih bermakna.”


Filem ini mengisahkan seorang pegawai operasi yang bertugas di sebuah pasar awam, Hakim (Syafiq Kyle) yang terdesak mencari wang demi kelahiran anak sulungnya. Desakan itu mendorongnya untuk mengambil kesempatan terhadap komuniti sekeliling. Namun apabila dia menemui sebuah beg berisi sejumlah wang, hidupnya mula diburu pihak berbahaya yang sanggup mengancam nyawanya dan keluarga demi mendapatkan semula wang tersebut. Mampukah Hakim melindungi keluarga tersayang sebelum semuanya terlambat?


Dengan naratif yang kuat, pendekatan realistik dan barisan pelakon berkaliber, HAK: Tuntut Atau Tunduk dijangka menjadi antara filem tempatan paling dinanti. 

Kuala Lumpur, 28 Mei 2026 – Setiap dosa yang tidak ditebus pasti akan kembali menuntut harga. Polong, sebuah filem horror thriller arahan Zulkarnain Azhar, bakal menghantui pawagam seluruh negara bermula 28 Mei 2026. Mengangkat tema legasi ilmu hitam, penyesalan dan sumpah yang merentasi generasi, filem ini menjanjikan pengalaman ngeri yang bukan sahaja mengganggu emosi, malah menyentuh sisi paling gelap dalam diri manusia.

Diterbitkan oleh Golden Star Pictures Sdn. Bhd. (GSPSB) dengan sokongan pengedaran oleh 10 Star Cinemas Sdn Bhd serta kerjasama pemasaran Primeworks Studios, Polong menampilkan barisan pelakon hebat Mimi Lana, Fad Anuar, Namron, Jun Lojong, Amir Nafis dan Nadiya Nisaa. Filem ini menggabungkan elemen seram tradisional dengan naratif psikologi yang mendalam, menjadikannya lebih daripada sekadar kisah seram biasa.

Polong mengisahkan Fatima (Mimi Lana), seorang wartawan bercita-cita tinggi yang tanpa sengaja membongkar kisah silam seorang bomoh wanita bersiri Maria Hadi (Jun Lojong), yang pernah cuba menebus dosa di penghujung hayatnya. Namun, pencarian kebenaran itu bukan sahaja mendedahkan jenayah lampau, malah membebaskan sesuatu yang jauh lebih berbahaya, entiti yang pernah dipelihara dan cuba dikawal oleh Maria.

Kini diburu oleh kuasa yang tidak dapat dijelaskan, Fatima terpaksa mencari perlindungan daripada Marissa (Nadiya Nisaa), anak kepada Maria yang hidup dalam pengasingan. Dalam usaha menghentikan sumpah yang semakin mengganas, Marissa berdepan dilema paling sukar iaitu menerima warisan gelap yang ditinggalkan ibunya atau mencari jalan untuk memutuskan legasi tersebut buat selama-lamanya.

“Polong cuba memperlihatkan bahawa ada warisan tertentu yang bukan membawa perlindungan, tetapi kehancuran kepada generasi seterusnya. Bagi saya, ketakutan paling besar bukan datang daripada makhluk ghaib semata-mata tetapi daripada manusia yang sanggup melakukan apa sahaja demi memenuhi keinginan mereka,” jelas Zulkarnain Azhar, pengarah.

Seiring itu, bayangan lampau terus menghantui memperlihatkan bagaimana dosa yang tidak diselesaikan mampu meresap ke dalam kehidupan generasi seterusnya. Sejauh mana seseorang mampu lari daripada masa lalu?

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan Polong di pawagam bermula 28 Mei 2026. Bersedialah untuk berdepan dengan ketakutan yang bukan sahaja datang dari luar, tetapi juga dari dalam diri.

Untuk perkembangan terkini dan kandungan eksklusif Polong, ikuti kami di Facebook, Instagram, X dan YouTube Primeworks Studios.

HARGAI SETIAP DETIK AIDILADHA BERSAMA YANG TERBAIK DARIPADA ASTRO | Kandungan istimewa penuh penghayatan dan hiburan bermakna pada Aidiladha ini untuk seisi keluarga

Kuala Lumpur, 21 Mei 2026 – Astro, selaku peneraju industri hiburan di Malaysia, tahun ini teruja menyambut kehadiran Aidiladha 1447 Hijrah, mempersembahkan barisan kandungan istimewa yang menyentuh hati, sarat nilai kemanusiaan serta penuh hiburan berkualiti untuk seisi keluarga. Mengangkat tema kesyukuran, kebersamaan dan pengorbanan, penonton boleh menikmati pelbagai program menarik merangkumi hiburan, konsert, telefilem, filem pecah panggung serta program informasi khas bermula 20 Mei di setiap saluran Melayu Astro. Antara yang boleh dinikmati bersama seisi keluarga, termasuk:

Program Istimewa Aidiladha Penuh Informasi & Inspirasi

  • Khabar Haji 2026: Bermula 20 – 29 Mei 2026, jam 7.30 malam di Astro Oasis (Saluran 106) & Astro Awani (Saluran 501): Khusus buat penonton yang ingin mengikuti perkembangan ibadah haji, Khabar Haji 2026 tampil sebagai program berita dan hal ehwal semasa khas sempena musim Haji 1447 Hijrah. Dikendalikan oleh Mualim Muda Musim 1, Anas dan Ashraf, program ini membawakan laporan langsung dari Tanah Suci Mekah bersama koresponden AWANI, Essan Yahya dan Hilal Azmi, dan hos di studio, Mualim Muda Anas & Mualim Muda Ashraf, menyajikan liputan menyeluruh, tepat dan menyentuh emosi mengenai perjalanan spiritual jemaah haji.
  • MeleTOP Aidiladha Istimewa: Pada 26 Mei 2026, jam 9 malam di Astro Ria (Saluran 104): Episod khas yang mengangkat semangat Aidiladha dengan pengisian penuh makna. Istimewanya, program ini membawakan alunan takbir eksklusif daripada barisan ustaz, mualim muda, dan selebriti lelaki. Selain persembahan meriah, penonton turut disajikan dengan sorotan tawaran menarik Aidiladha di Astro antaranya telefilem menyentuh nilai kekeluargaan dan pengorbanan.

Himpunan Konsert Istimewa Legenda Nasyid Tanah Air

  • Konsert Intifada Rabbani: Pada 26 Mei 2026, jam 11 malam di Astro Ria (Saluran 104) & Astro Oasis (Saluran 106):  Astro turut mempersembahkan tiga konsert nasyid eksklusif yang sarat dengan mesej dakwah, keinsafan dan penghayatan spiritual, menampilkan kumpulan nasyid legenda tanah air, Rabbani. Konsert ini bakal membawa penonton mengimbau nostalgia menerusi alunan lagu-lagu penuh inspirasi yang mengangkat nilai keimanan, perpaduan, perjuangan dan ketabahan yang dekat di hati masyarakat. Konsert ini menjanjikan pengalaman yang menyentuh jiwa melalui gabungan persembahan muzik secara langsung, visual penceritaan yang mendalam serta interaksi bersama penonton, diiringi lagu-lagu malar segar seperti Intifada, Pergi Tak Kembali dan Iman Mutiara yang terus kekal relevan dan dekat di hati rakyat Malaysia merentasi generasi.
  • This Is UNIC: Live in Concert: Pada 28 Mei 2026, jam 9 malam di Astro Oasis (Saluran 106): Sebuah konsert istimewa yang mengangkat perjalanan seni UNIC daripada titik permulaan, era kegemilangan, liku perjuangan hingga kematangan yang dikecapi hari ini. Konsert ini menggabungkan persembahan muzik secara langsung, visual penceritaan dan perkongsian reflektif daripada para artis, membawa penonton menyusuri nostalgia, inspirasi dan makna di sebalik perjalanan mereka.
  • Konsert Kasih Kekasih Inteam 25 Tahun: Pada 30 Mei 2026, jam 9 malam di Astro Ria (Saluran 104) Astro Oasis (Saluran 106): Meraikan perjalanan 25 tahun kumpulan Inteam dalam menyampaikan mesej Islam melalui muzik, konsert ini memaparkan evolusi seni mereka, daripada permulaan hingga ke kematangan, dengan tema kasih sesama insan, nilai kekeluargaan, cinta kepada Rasulullah SAW serta hubungan dengan Allah SWT. Dengan kualiti audiovisual tinggi dan susunan muzik istimewa, ia menjadi sebuah pengalaman yang menyentuh jiwa dan merapatkan hubungan sesama penonton.

Koleksi Telefilem Aidiladha Penuh Warna & Emosi

  • Pakwa Bonda Letop: Pada 27 Mei 2026, jam 10 malam di Astro Ria (Saluran 104): Istimewa buat penggemar hiburan santai, Astro membawakan sebuah telefilem kekeluargaan yang dibintangi oleh pelawak handalan Achey, Namie dan Shashic sebagai tiga adik-beradik tiri yang terlalu melindungi bonda mereka, lakonan sulung Nonna Ejie. Mereka nekad mensabotaj hubungan bonda dengan seorang lelaki muda lakonan pendatang baharu Areef Amran yang diragui niatnya. Namun apabila rancangan mereka mencetuskan kekecohan di luar kawalan, mereka akhirnya terperangkap dalam permainan sendiri hingga hampir memusnahkan hubungan kekeluargaan. Telefilem ini turut dimeriahkan dengan lakonan hebat Pak Ya, Mia Nasir dan ramai lagi.
  • Ops Bapak-Bapak Naik Haji: Pada 29 Mei 2026, jam 9 malam di Astro Prima (Saluran 105): Sebuah kampung yang tenang mulai menjadi kecoh apabila tiga sahabat lama Tok Jalal, Pak Mus dan Roy tiba-tiba dapat peluang untuk pergi menunaikan haji, satu peluang yang memang semua orang pandang tinggi. Orang kampung semua tumpang gembira, tetapi sebaliknya dengan mereka yang sebelum ini bermusuhan akibat satu kejadian.  Masing-masing ingin bersaing untuk menjadi bakal Haji yang paling menyerlah. Dibutakan oleh ego dan keinginan untuk menebus kesilapan, mereka sanggup mengorbankan seluruh simpanan hidup, hanya untuk menyedari kebenaran yang memilukan sebelum perjalanan itu sempat bermula. Akhirnya mereka menyedari permusuhan itu membuatkan mereka berdepan dengan kebenaran yang sangat menyakitkan. Lakonan Dato' Jalaluddin Hasan, Aziz M.Osman, Roy Azman, Ropie dan ramai lagi.
Filem Blockbuster Pilihan Ramai di Pawagam Rumah Anda

  • Don Dukun, 31 Mei 2026, jam 7 malam di Astro Ria (Saluran 104):  Astro membawakan “Don Dukun”, sebuah filem komedi-seram tentang seorang bomoh ‘influencer’ media sosial yang terpaksa berdepan kuasa gelap sebenar. 
  • Baik Punya Ah Long, 27 Mei 2026, jam 12 tengah hari di Astro Prima (Saluran 105):  Kisah dua beradik yang cuba membina perniagaan pinjaman wang sambil berdepan cabaran daripada musuh yang berbahaya.

Tayangan Filem Tempatan Terbaharu di Astro First

  • Duyung: Legend Aurora, 21 Mei 2026: Astro First membawakan sekuel yang dinanti-nantikan dengan menyaksikan kemunculan semula Puteri Duyung lakonan Maya Karin. Filem ini mengisahkan usaha Jimmy untuk membantu menyelamatkan Aurora selepas ditangkap oleh Kumpulan pukat tunda haram dan dilelong kepada seorang saintis misteri, Dr Evo. Sarat dengan elemen fantasi, pengembaraan dan nostalgia, filem ini turut  menampilkan Anna Jobling, Saiful Apek dan Datuk Yusry Abdul Halim dalam sebuah kisah penuh dramatik dan visual memukau. Sebagai tawaran Istimewa, Astro First turut menawarkan pakej Kombo Duyung yang menggabungkan Duyung: Legenda Aurora dan filem Duyung (2008) pada harga RM 19.90.
  • Mikael: Pemburu Dua Alam, 4 Jun 2026: Menggabungkan aksi, komedi dan elemen supernatural, filem ini mengikuti kisah Mikael, seorang anggota polis yang juga pemburu jin, dalam membongkar siri pembunuhan ngeri di sebuah pekan kecil. Penyiasatan tersebut membawanya berdepan ancaman makhluk ghaib dan pertarungan akhir yang bakal menentukan nasib dunia. 
Blockbuster Antarabangsa Dengan Akses Awal Eksklusif

  • The Super Mario Galaxy Movie: Pada 25 Mei 2026: Astro turut membawakan akses awal eksklusif kepada The Super Mario Galaxy Movie, sebuah pengembaraan galaksi penuh warna yang mengikuti Mario dan Luigi menjelajah dunia baharu bersama Yoshi sambil berdepan ancaman daripada Bowser Jr. dan watak-watak ikonik lain termasuk Rosalina. 

  • Lee Cronin’s The Mummy, 22 Mei 2026: Daripada pengarah terkenal Lee Cronin hadir sebuah interpretasi baharu The Mummy yang lebih gelap dan mendebarkan. Bermula 22 Mei 2026, filem ini mengisahkan kehilangan misteri seorang kanak-kanak di padang pasir sebelum kemunculannya semula lapan tahun kemudian mencetuskan mimpi ngeri buat keluarganya. 
  • Michael, 9 Jun 2026: Sebuah bipik epic mengenai Raja Pop Dunia, Michael menampilkan kisah intim Michael Jaclson menerusi arahan Antoine Fuqua dan penulisan John Logan. Dibintangi Jaafar Jackson sebagai Michael Jackson, file mini turut menampilkan Colman Domingo, Miles Teller dan Kat Graham dalam sebuah karya yang dihangka menjadi antara tayangan paling dinanti tahun ini yang akan bermula pada 9 Jun 2026. 

Raikan Aidiladha Bersama Kandungan Astro Audio Penuh Makna

  • ZAYAN: Sempena Aidiladha tahun ini, ZAYAN mengajak pendengar menghayati semangat pengorbanan dan kebersamaan menerusi sebuah pengembaraan bermakna dari hati Sabah. Bersama penyampai Anas Tahir, pendengar dibawa menyelami pengalaman Aidiladha yang unik di Semporna, Sabah, sebuah lokasi yang kaya dengan tradisi, nilai komuniti dan kesyukuran. Dengan kerjasama Komuniti Dakwah Tarbiah (KDT), inisiatif istimewa ini mengetengahkan keindahan berkongsi rezeki, mengeratkan silaturahim dan semangat kebersamaan dalam komuniti setempat. Daripada persiapan ibadah korban hinggalah kemeriahan aktiviti komuniti, Anas turut berkongsi kisah-kisah menyentuh hati yang mencerminkan makna sebenar Aidiladha.
  • THR GEGAR: Pendengar boleh menikmati “Playlist Pengorbanan”, sebuah segmen muzik khas selama satu jam yang menampilkan lagu-lagu bertemakan pengorbanan, kasih sayang dan penghargaan, diselitkan dengan perkongsian kisah benar daripada para pendengar. Di platform digital pula, “Kapsul Aidiladha bersama Ustaz Zarifi” menyajikan video pendek berinformasi mengenai pengertian Aidiladha, konsep pengorbanan dan keikhlasan dalam ibadah. Menambahkan elemen santai dan menghiburkan, “BPG Masak Singgang Daging” membawa pendengar menyaksikan pengalaman penyediaan hidangan tradisional Pantai Timur yang sinonim dengan Aidiladha, sekali gus melengkapkan sambutan penuh bermakna buat warga THR Gegar.
  • SINAR: Bersempena sambutan Aidiladha kali ini, SINAR membawakan pengalaman istimewa menerusi program Lapah Korban bersama Agrobank. Pendengar berpeluang merasai sendiri pengalaman melapah korban bersama barisan GenSINAR Pagi iaitu Roy Azman, Sharifah Shahirah dan Hefny yang berlangsung di Tanjung Karang. Kerjasama julung kali antara SINAR dan Agrobank ini bertujuan memeriahkan lagi sambutan Aidiladha dengan pengisian yang lebih bermakna melalui aktiviti ibadah korban. Program ini bukan sahaja memberi peluang kepada pendengar mendekati penyampai SINAR, malah turut mengeratkan ukhuwah antara pihak penganjur, komuniti setempat dan orang ramai dalam semangat kebersamaan serta gotong-royong.

Rangkaian kandungan Aidiladha Astro ini menjanjikan pengalaman tontonan yang bukan sahaja menghiburkan, malah menyentuh hati dan memperkukuhkan nilai kekeluargaan serta keimanan. Langgan Pek Entertainment Astro One berserta Netflix bermula RM74.90/sebulan* atau pilih Pek Sports Astro One beserta Netflix bermula RM94.90/sebulan*. Strim senang hati, hiburan tanpa henti untuk seisi keluarga. Pelanggan yang berminat boleh layari astro.com.my atau hubungi Astro menerusi WhatsApp di 03 9543 3838.

Movie Review | Scream 3 (2000)

Wednesday, 20 May 2026

 

Pengarah: Wes Craven  
Penulis Skrip: Ehren Kruger  
Pelakon: David Arquette, Neve Campbell, Courteney Cox Arquette, Parker Posey, Patrick Dempsey, Scott Foley, Lance Henriksen, Matt Keeslar, Jenny McCarthy, Emily Mortimer, Deon Richmond, Patrick Warburton   
Syarikat Produksi: Konrad Pictures, Craven/Maddalena Films 
Pengedar: Dimension Films
Genre: Slasher / Thriller 
Durasi Tayangan: 117 minit
Tarikh Tayangan: 03 Februari 2000 (Westwood), 04 Februari 2000 (United States) 
Trailer:


Selepas dibuktikan tidak bersalah, Cotton Weary (Liev Schreiber) menjadi hos rancangan yang popular dan mempunyai tunang. Namun populariti Cotton tidak lama kerana dia dihubungi oleh Ghostface yang ingin mengetahui keberadaan Sydney Prescott (Neve Campbell). Tapi tak ada siapa yang tahu di mana Sydney selepas serangan Ghostface di Kolej Windsor dalam Scream 2 (1997).
 
Pembunuhan Cotton dikhabarkan kepada Gale Weathers (Courteney Cox Arquette) yang baru sahaja menang anugerah untuk penulisan buku tentang pembunuhan bersiri Ghostface. Detektif Mark Kincaid (Patrick Dempsey) minta Gale pergi ke Hollywood untuk mendapatkan berita eksklusif. 

















Di sana Gale bertemu semula dengan Dewey Riley (David Arquette) setelah berpisah kerana tidak sehaluan. Dewey bekerja sebagai penasihat untuk penggambaran filem Stab 3: Return to Woodsboro, instalment ketiga yang diadaptasikan dari pembunuhan bersiri Ghostface.  Tak lama kemudian, salah seorang pelakon Stab 3, Sarah Darling (Jenny McCarthy) dibunuh dengan kejam di set penggambaran ketika sedang menunggu kehadiran Roman Bridger (Scott Foley), pengarah filem. 

Dewey akhirnya menghubungi Sydney yang bersembunyi di kawasan terpencil untuk datang ke Hollywood. Dengan mudah Sydney bersetuju kerana Ghostface berjaya menemui dia sebelum sesiapa buka mulut. Mereka bekerjasama dengan Detektif Mark setelah menerima tips dari video Randy. 


‘So, if it is a trilogy you are dealing with, here are some super trilogy rules: 1. You got a killer who's going to be super human. Stabbing him won't work. Shooting him won't work. Basically in the third one you gotta cryogenically freeze his head, decapitate him, or blow him up. 2. Anyone including the main character can die. This means you Syd. I'm sorry. It's the final chapter. It could be fucking 'Reservoir Dogs' by the time this thing is through. Number 3. The past will come back to bite you in the ass.’ – Randy


Kalau Scream 1 (1996) arahan Wes Craven menggunakan elemen slasher dan misteri, Scream 2 (1997) pula lebih bersifat satira dan komedi. Sementara instalment ketiga dengan kehadiran Ehren Kruger menggantikan Kevin Williamson sebagai penulis menggunakan elemen slasher dan thriller. Ehren lebih selesa menggunakan industri perfileman Hollywood untuk menyindir dan pamerkan sisi gelap industri tersebut. Peter Deming mewujudkan suasana yang ngeri dan menghantui setiap kali Ghostface muncul. Ruang pejabat yang biasa boleh jadi menakutkan bila tinggal berseorangan. 


Masa Randy sebut tentang kisah silam akan menghantui Sydney, I expect penulis akan kembangkan kisah silam Billy Loomis rupanya tak. Watak antagonis dalam filem Scream 3 agak lemah dan mungkin itulah juga punca utama kenapa instalment ni kurang mendapat sambutan. Kalau dia tak meroyan, tak ada masalah pun. 

Elemen whodunit pun tak menarik sebab penulis masukkan juga unsur seram untuk ganggu mental dan fizikal Sydney. Wujudnya Ghostface pun dah mengganggu ketenangan Sydney jadi tak ada keperluan pun nak serabutkan lagi hidup Sydney. Hidup dia sampai dah hilang arah tuju sebab tak boleh ada cita-cita macam orang lain. Kesian bila tengok babak dia basuh muka dekat tandas sebab dia pun tak kuat nak hadap Ghostface. 


Slasher dalam filem Scream 3 tak gore macam dua filem sebelumnya jadi agak bosan lah sebab mudah sangat watak-watak sampingan mati kecuali babak Cotton dan Sarah Darling. Jumpscares dan thriller terasa kuat di babak ni. Entah berapa kali menjerit dan terkejut bila Ghostface muncul. 

Tak puas hati betul production decide untuk tone down watak Gale Weathers dalam Scream 3. Buruk betul hairstyle dia lepastu tak function dekat final act. Tapi seronok tengok watak Jennifer Jolie (Parker Posey) yang melakonkan watak Gale dalam Stab 3. Bila dua watak ni satu team rasa macam tengok kembar yang kuat dinamiknya. Sayang lah Parker Posey ni perform dalam instalment yang tak disukai sedangkan dia ada potential.


“I know we’ve never met and I don’t mind you never returning my calls, but after two films I feel like I am in your mind.” - Jennifer Jolie

Watak Dewey dengan Detektif Mark pun tak dapat banyak peluang dalam pasukan protagonis sampaikan final act jadi draggy dengan speech Ghostface. Tapi I enjoy conversation Detektif Mark dengan Sydney dekat balai polis. 


Sidney: Hey Detective, what's your favorite scary movie?
Mark: My life.
Sidney: Mine too.

1. Team Production +0.5, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +0.8, 6. Genre +0.5, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought +0.6 = 6.8/10

Movie Review | Scream 2 (1997)

Pengarah: Wes Craven
Penulis Skrip: Kevin Williamson
Pelakon: David Arquette, Neve Campbell, Courteney Cox, Sarah Michelle Gellar, Jamie Kennedy, Laurie Metcalf, Jerry O'Connell, Jada Pinkett, Liev Schreiber
Syarikat Produksi: Konrad Pictures, Craven-Maddalena Films
Pengedar: Dimension Films 
Genre: Slasher
Durasi Tayangan: 120 minit
Tarikh Tayangan: 10 Disember 1997 (Hollywood), 12 Disember 1997 (United States)
Trailer:


2 tahun selepas insiden pembunuhan bersiri di Woodsboro dalam Scream (1996), sekali lagi Sidney Prescott (Campbell) menjadi sasaran Ghostface. Pembunuh bertukar orang tapi modus operandi masih sama kerana tragedi yang berlaku di Woodsboro diadaptasikan untuk filem Stab. 

Pembunuhan pertama berlaku ketika tayangan filem Stab di sebuah wayang di mana dua orang pelajar Kolej Windsor, Ohio - Maureen Evans (Jada Pinkett) dan Phil Stevens (Omar Epps) dibunuh dengan kejam oleh Ghostface di hadapan semua orang. Tak ada siapa yang tahu pembunuhnya kerana ramai penonton yang datang berpakaian seperti Ghostface. 

Berita tersebut menyebabkan kampus dipenuhi dengan pihak media dan pastinya Gale Weathers (Courteney Cox) aktif untuk mendapatkan berita eksklusif. Kali ni Gale dihalang oleh Dewey Riley (David Arquette) yang menjadi tempang akibat masalah saraf gara-gara ditikam oleh Ghostface. Dewey menyampah dengan penulisan Gale yang menggambarkan dia sebagai polis yang tidak cekap sedangkan dia banyak membantu ketika di Woodsboro. 

Gale juga bertemu dengan Debbie Salt (Laurie Metcalf), wartawan dari penyiaran lain yang menjadikan dia sebagai inspirasi dalam bidang jurnalis. Setelah kematian jurukamera di Woodsboro, Gale bekerja dengan Joel Jones yang masih lagi baru dan penakut. 

Sementara itu, Sidney semakin tertekan dengan Ghostface baru walaupun dijaga oleh dua orang detektif. Di kampus Sidney ditemani oleh teman sebilik bernama Hallie McDaniel (Elise Neal), teman lelaki Sidney bernama Derek Feldman (Jerry O'Connell) dan juga Randy Meeks (Jamie Kennedy). 

Rakan sekelas mereka, Mickey Altieri (Timothy Olyphant) buat teori yang pembunuhan di wayang berlaku kerana filem Stab sebab Ghostface tak akan ditiru kalau tiada orang yang tahu bagaimana cara dia menyerang dan membunuh mangsa. 

‘Its a classic case of life, imitating art, imitating life.’ - Mickey

Naskhah sekuel Scream 2 arahan Wes Craven dan penulisan dari Kevin Williamson berkembang dengan latar tempat yang lebih besar dan watak lebih ramai dek kejayaan Scream (1996) baik dari kutipan tiket panggung mahupun juri kritik. Amaze juga lah dengan production team sebab berjaya hasilkan sekuel dalam tempoh masa yang singkat lepas first instalment dan sekuel pulak sama level dengan previous instalment.

Dalam sekuel lebih ramai pelakon kulit hitam especially Jada Smith untuk opening scene. Walaupun babak dia kelakar dan mengejutkan tapi opening scene dalam Scream (1996) lebih meninggalkan impak. Yang kelakarnya, reaksi Jada masa tengok Stab adalah reaksi I bila tengok babak dekat sorority house Omega Beta Zeta dengan Ghostface dalam kereta polis. Macam tu je kena perli dengan pengarah 😆

Filem Scream 2 masih mengekalkan genre slasher, komedi dan satira kepada filem-filem seram di Hollywood tapi bunga bahasa dalam filem ni lebih akademik berbanding instalment pertama. Mungkin sebab terpengaruh dengan suasana dekat kampus. Perbahasan tentang filem pun banyak berlaku dalam kelas subjek filem. 

Sama macam sebelumnya, watak Randy bagi tips berdasarkan hasil kajian dia dari filem-filem seram yang dia tengok. Seronok juga lah tengok dia berbalah dengan Mickey sebab dalam filem Scream, tak ada orang pun layan teori dia. 

‘The way I see it, someone's out to make a sequel. You know, cash in on all the movie murder hoopla. So, it's our job to observe the rules of the sequel. Number one: the body count is always bigger. Number two: the death scenes are always much more elaborate. Carnage candy. And number three: never, ever, under any circumstances, assume the killer is dead.’ – Randy

Dialog dan alur penceritaan Scream 2 menarik tapi bila ada banyak sangat reference, I pun tak berapa nak faham komedi yang mana-mana watak lontarkan. Zaman 90’s bukannya kenal sangat semua pelakon. Tengok waktu sekarang pun tak kenal sangat sebab reference bukan sekadar pop culture Hollywood pada era 90-an tapi filem-filem era sebelumnya. 

Tapi enjoy je tengok sebab nak tahu sangat siapa yang jadi Ghostface dan berdendam sangat dengan Sidney dan mangsa-mangsa lain. Music album Scream je tak berapa nak berkenan sangat sebab lagu punk rock atau indie macam tu. Lirik kena dengan situasi tapi taste music tak sama so tak boleh pergi.

p/s: markah ditolak sikit sebab bunuh watak yang ada potential. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.7, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +0.7, 10. Personal Thought +0.8 = 9.2/10

“KONSPIRASI” PAPAR REALITI GELAP DI SEBALIK PERJUANGAN MEMBANTERAS RASUAH

Tuesday, 19 May 2026

“KONSPIRASI” PAPAR REALITI GELAP DI SEBALIK PERJUANGAN MEMBANTERAS RASUAH | INTEGRITI JADI TARUHAN, KUASA MENJADI REBUTAN

Kuala Lumpur, 18 Mei 2026 – Dalam perjuangan menegakkan kebenaran pasti hadir bersama ancaman, pengkhianatan dan perebutan kuasa yang berbahaya. Konspirasi, sebuah filem aksi thriller terbaharu Ghaz Abu Bakar, bakal membawa penonton menyelami dunia penuh debaran, pengkhianatan dan konflik bermula 21 Mei 2026 di pawagam seluruh Malaysia.

Diterbitkan oleh Elepfilm Entertainment dan Asia Tropical Films serta Primeworks Studios sebagai rakan pemasaran rasmi, Konspirasi menampilkan barisan pelakon hebat seperti Dato’ Adi Putra, Hisyam Hamid, Alicia Amin, Shiqin Kamal, Che Puan Sarimah Ibrahim, Amir Nafis, Roy Azman dan Esma Daniel. Sebuah naskhah intens yang menggabungkan elemen aksi, siasatan siber serta pergelutan politik dalam sebuah pengalaman sinematik yang mendebarkan.

Mengangkat genre political thriller, aksi dan siasatan siber, Konspirasi mengisahkan tentang Suruhanjaya Pecegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menerima maklumat sulit mengenai sebuah pelayan tersembunyi yang menyimpan senarai ahli politik korup serta transaksi kewangan luar negara. Demi memastikan maklumat tersebut tidak jatuh ke tangan pihak tertentu, Tan Sri Kamil (Roy Azman) mengarahkan pasukan elit diketuai Adli (Dato’ Adi Putra) bersama Ily (Shiqin Kamal), Dhani (Hisyam Hamid), Maya (Alicia Amin) melancarkan satu operasi sulit berisiko tinggi.

Namun, operasi tersebut bertukar menjadi malapetaka apabila sebahagian data mula bocor ke media dan laman gelap sehingga mencetuskan krisis politik negara. Kepercayaan terhadap SPRM mula dipersoalkan, di samping desas-desus tentang kewujudan pengkhianat dari dalam organisasi semakin menguat. Dalam tindakan merungkai dalang sebenar, pasukan Adli mula menyedari bahawa mereka bukan sahaja berdepan permainan politik tetapi turut terperangkap dalam konspirasi dahsyat melibatkan serangan siber berskala besar, manipulasi kuasa serta ancaman asing yang mahu melemahkan negara dari dalam.

“Konspirasi bukan sekadar filem aksi tetapi sebuah gambaran tentang bagaimana kuasa, ketamakan dan pengkhianatan boleh menghancurkan kepercayaan. Kami ingin menunjukkan bahawa perjuangan menegakkan kebenaran sentiasa hadir bersama risiko, tekanan dan pengorbanan” ujar Ghaz Abu Bakar, pengarah.

Konspirasi tampil sebagai sebuah filem yang bukan sahaja menghiburkan, malah membawa penonton menyelami sisi gelap dunia kuasa dan manipulasi. Jadi tunggu apa lagi? Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan Konspirasi di pawagam bermula 21 Mei 2026. Bersedialah untuk sebuah permainan kuasa yang bakal mengubah segala-galanya.

Untuk perkembangan terkini dan kandungan eksklusif Konspirasi, ikuti kami di Facebook, Instagram, X dan YouTube Primeworks Studios.

**********************

MENGENAI PRIMEWORKS STUDIOS 

Primeworks Studios - Peneraju Legasi Landskap Hiburan Di Mata Dunia

Primeworks Studios merupakan sebuah syarikat terkemuka di Asia Tenggara yang memiliki asas kukuh dalam pembangunan kandungan, pengeluaran filem, pengedaran filem, jualan kandungan, dan animasi. Selama lebih dari tiga dekad, Primeworks Studios telah menjadi peneraju yang memainkan peranan penting dalam membentuk landskap hiburan di Malaysia. Dengan menerapkan nilai dan teras yang utuh, Primeworks Studios terus unggul dalam  menghasilkan kandungan yang menarik dan berkualiti buat penonton di seluruh dunia disamping  mengekalkan legasi hiburan untuk menghiburkan penonton sejajar dengan keadaan masa kini dan masa akan datang.

MENGENAI ELEPFILM ENTERTAINMENT

Founded in 2016, Elepfilm Entertainment is a Kuala Lumpur-based film production and distribution company driven by a passion for storytelling, creativity, and innovation. Backed by a team of experienced industry professionals, Elepfilm continues to grow as a dynamic player in Malaysia’s film and entertainment industry, delivering impactful cinematic experiences for both local and regional audiences.

Built on the philosophy of discovering and empowering talented filmmakers, Elepfilm is committed to nurturing homegrown directors, emerging creators, and new voices in cinema. Specialising in high-quality commercial entertainment with an edutainment approach, the company focuses on producing compelling local content that blends entertainment with meaningful social values, awareness, and national integrity. With a strong emphasis on innovation, collaboration, and storytelling excellence, Elepfilm continuously explores new possibilities within the evolving entertainment landscape.

Expanding beyond traditional film production, Elepfilm actively collaborates with industry partners across various sectors of the creative industry. The company was also involved in major regional productions including All In as Executive Producer and Money Games as Co-Producer, further strengthening its presence within the regional film industry while continuing its mission to elevate Malaysian storytelling standards.

MENGENAI ASIA TROPICAL FILMS

Founded with a vision to elevate Asian storytelling and filmmaking standards, Asia Tropical Films Sdn. Bhd. is a leading Malaysian production house specialising in film, television, and commercial content production. Headquartered in Kuala Lumpur, the company provides comprehensive end-to-end production solutions spanning feature films, TV dramas, variety and talk shows, branded content, marketing strategies, filming investments, and distribution services.

Backed by an experienced team and strong regional collaborations as well as extensive industry resources, Asia Tropical Films has played a key role in elevating Malaysia’s filmmaking industry through high-quality productions and international production support. The company is recognised for delivering excellence across every phase of production — from creative development and pre-production planning to filming, post-production, marketing, and distribution. Led by acclaimed Malaysian director and producer Matt Lai, the company has produced multiple commercially successful films, including Ah Beng VS Liang Po Po, Money Games, All In, What! The Heist, and Juang.

Its recent productions have achieved record-breaking box office milestones, including one of Malaysia’s highest-grossing local Chinese films and among the country’s strongest local opening box office records, further solidifying Asia Tropical Films as one of the region’s emerging production companies.

MENGENAI AFFIN GROUP

Incorporated on 23 October 1975, AFFIN Group proudly commemorates its 50th anniversary in 2025, a milestone that reflects five decades of steadfast dedication to growth, innovation, and financial excellence, all in line with its vision to be the Most Creative and Innovative Financial Company in Malaysia. Affin Bank Berhad operates as the financial holding entity of Affin Islamic Bank Berhad, Affin Hwang Investment Bank Berhad and Affin Moneybrokers Sdn Bhd. Generali Insurance Malaysia Berhad and Generali Life Insurance Malaysia Berhad are affiliated companies of Affin Bank Berhad.

AFFIN Group provides an array of financial products and services catering to individual, enterprise, commercial and corporate clients. The focus market segments are categorised under essential business units such as Community Banking, Enterprise Banking, Corporate Banking, Treasury, and Investment Banking. For more information, please visit www.affingroup.com.

GELOMBANG TARUNG : UNFORGIVEN TERUS HANGAT DI PAWAGAM, TERIMA KUTIPAN RM 15.7 JUTA  | Kekal Pilihan Nombor 1 Filem Pilihan Ramai

Kuala Lumpur, 18 Mei 2026 - Filem aksi arahan pengarah Razaisyam Rashid, TARUNG: Unforgiven terus mencipta fenomena tersendiri apabila berjaya meraih kutipan pecah panggung sebanyak RM15.7 juta dalam tempoh 11 hari tayangan, sekali gus membuktikan bahawa filem tempatan masih kukuh dan terus mendapat tempat di hati penonton Malaysia.

Dengan momentum yang masih kekal hangat di pawagam dan perbualan yang aktif di media sosial, TARUNG: Unforgiven kini melangkaui status sebuah filem semata-mata dan telah berkembang menjadi fenomena budaya pop tempatan. Malah, sejak hari pertama tayangan, TARUNG: Unforgiven kekal mendominasi carta Top 10 GSC di tangga pertama sehingga hari ini.

Pengarah dan Penulis Skrip merangkap Penerbit Eksekutif TARUNG : Unforgiven, Razaisyam Rashid menyatakan “Melihat sambutan luar biasa penonton terhadap TARUNG: Unforgiven benar-benar menyentuh hati saya dan seluruh pasukan produksi. Kami menghasilkan filem ini dengan penuh jiwa, disiplin dan komitmen untuk mengangkat lagi martabat filem aksi tempatan ke tahap yang lebih tinggi. Kutipan RM15.7 juta ini bukan sekadar angka, tetapi satu isyarat jelas bahawa penonton Malaysia bersedia dan terbuka untuk menyokong karya tempatan yang berani, jujur dan berkualiti. Saya berharap momentum ini akan terus berpanjangan dan membawa lebih ramai penonton ke pawagam untuk merasai sendiri pengalaman TARUNG: Unforgiven di layar besar.”

Pelakon, Penerbit dan Penerbit Eksekutif TARUNG: Unforgiven, Aedy Ashraf, “Kami amat bersyukur dengan sokongan luar biasa yang diberikan oleh penonton sejak hari pertama tayangan TARUNG: Unforgiven. Melihat reaksi di pawagam serta perbualan yang tercetus di media sosial memberikan kami tenaga dan semangat yang sangat besar sepanjang perjalanan ini. Kejayaan ini adalah milik semua yang telah percaya dan menyokong TARUNG: Unforgiven. Setinggi-tinggi penghargaan kami ucapkan kepada semua yang telah menonton dan menyokong filem ini. Bagi yang masih belum berkesempatan, inilah masanya untuk turun ke pawagam dan merasai sendiri pengalaman dunia TARUNG: Unforgiven”.

TARUNG: Unforgiven membariskan bintang hebat tanah air, Aedy Ashraf, Mierul Aiman, Bront Palarae, Zul Ariffin, Amir Ahnaf, Azira Shafinaz, Sharifah Sakinah, Ubai Amir, Sky Iskandar, Ikmal Amry, Aeril Zafrel, Razib Salimin, Shaharuddin Thamby, Wak Ruzaidi, Theebaan G, Akmal Asyraf serta petarung sebenar, Jai JMT dan Ijam Asri.

Sertai siri jelajah filem TARUNG : Unforgiven dan temui barisan pelakon minggu ini di Utara pada 22, 23, 24 Mei. Untuk perkembangan terbaru dan klip menarik filem ini, boleh dapatkan di semua digital platform Alpha47, Icon Pictures dan Astro Shaw. Gunakan #TarungUnforgiven bagi berkongsi dan ikuti keterujaan tentang filem ini.