
Masa minggu pertama Ashikin mendaftar jadi chambeee dekat Ram Reza & Muhammad, dia sangatlah sopan orangnya. Suara pun tak dengar, senyum je. Rupanya tu lakonan semata. Masuk minggu kedua dia memang sejenis fighter.
Ayat yang paling kerap keluar dari mulut Ashikin 'Let me explain.....'

16 Ogos lepas Ashikin buat poster jermput semua orang pergi ke long call dia pada 18 September 2026 di High Coourt KL. Sidang Ashikin, sidang yang pertama jadi kitorang gerak awal dari office. Laila sampai dalam jam 9 lebih macam tu terus gerak pergi sana. En. Fendy, Aiesyah, En. Akmal dengan Alya dah ada dekat sana sebab ada trial satu hari tu.
Dalam kereta memang kitorang bertiga je. Yang lain tak dapat join sebab ada meeting dengan signing. Perjalanan pagi tu menyedihkan sebab jerebu teruk sampai tak nampak sangat kiri dan kanan. Bangunan tinggi samar-samar je lah. KLCC dengan TRX memang gone. Sampai je dekat mahkamah, tak ada masalah pun nak parking sebab tak ada event besar di sekitar kawasan mahkamah.
Tapi masa sampai ke pintu depan tu ada nampak pihak media pacak kamera, tak pasti lah ada kes besar apa hari tu. Mungkin kes yang firm kitorang terlibat dalam trial tu? Mungkinnnn hshshs
 |
| Bunga untuk Ms Shikin 💗 |
Kitorang naik ke tingkat 3 tapi ehhhhh sidang pertama dah habis dah pun. Ashikin tengah sibuk cari spot cantik nak bergambar. Kitorang ingatkan boleh sampai sebelum Ashikin keluar rupanya YA buat kerja laju pulak pagi ni.
Simpan gambar dekat sini sebagai tanda hadir support long call Ms Ashikin.
Macam kenal baju adik Shikin pakai ni. Ni baju Shikin pakai masa kitorang pergi
long call Laila lepastu
accident 😂
Ni semua gambar dari phone I dan family Shikin. Dari photographer belum dapat lagi. Masa bergambar dengan photographer tu jammed kejap sebab selalunya instruction dia pose formal lepastu freestyle. Sekarang dah ada lagi satu tambahan, pose random.
Kitorang macam blur kejap macam mana nak pose random? Rupanya pose squeeze, pose tunjuk main character atau pose giggles gegadis.
Masa long call Shikin ni Hafizan pun ada sekali datang jenguk sebelum pergi ke meeting di Q Bistro. Sejak dah jadi bos firm sendiri, semakin sibuk lah meeting sana sini. Family Shikin so sweet bagi appreciation token kepada yang datang. Semua orang dapat kipas tangan batik. Cantik-cantik pulak tu coraknya. Terima kasih sangat sebab sekarang musim panas kadang penat pegang kipas tangan elektronik sebab berat.
Warga RRM yang ada di High Court KL masa tu pergi jumpa Shikin waktu lunch sebab masa tu je senggang untuk celebrate kejap. Kitorang dah bergerak ke tempat lain lepas habis bergambar dengan Shikin.
Tahniah Shikin dah jadi lawyer dan selamat bekerja di Ram Reza & Muhammad sebagai peguam litigasi. Semoga litigation team semakin agresif dan cemerlang 🎇🎉
pernah ada chambee dia office ammi dulu yang jenis sikit-sikit "i'm not sure what to do, I don't know how to do". Sekali dua ko ajar, kali ke tiga silalah pergi jumpa ko punya leader and discuss...kita bukan lawyer. payah nau dapat gen z yang semua nak bersuap ni...nak buat research pun tak reti...
ReplyDeletehahaha ada juga jenis gitu tapi sabar je layan sebab 9 bulan je kan. nanti dah keluar jadi lawyer biar dia rasa jumpa chambee/colleagues perangai cenggitu.
DeleteTahniah. Anak buah Cie dulu long call di Temerloh. Merasa la makcik dia masuk court buat pertama kali nya.
ReplyDeleteHelpful information about choosing immigration law professionals. immigration lawyer
ReplyDeleteKnowledgeable lawyers provide support during difficult situations. dwi defense attorney
ReplyDeleteSkilled legal professionals carefully assess every allegation. dallas dwi lawyers
ReplyDelete