“Aku yang lelaki pun blushing.” Kisah Aira (Tracie Sinidol) dan Eijaz (Jazmy Juma) dalam drama sensasi Hilang Dalam Rindu ternyata bukan sekadar memikat hati penonton wanita, kaum lelaki juga tidak ketinggalan ‘terhanyut.’ Jalan cerita serta keserasian mereka yang manis dan natural membuatkan penonton terpikat sehingga hampir ‘gila’ menunggu episod seterusnya.
Yang cukup menggelikan hati, ada pasangan dalam kalangan warganet sanggup berhenti menghantar mesej semata-mata supaya tidak terlepas episod Hilang Dalam Rindu. Malah, siap bertanya, “Tengok kat mana tu?” Tidak hairanlah drama ini kini menjadi buah mulut ramai.
Tidak dinafikan, daya tarikan utama drama ini terletak pada gambaran pasangan suami isteri yang sering ‘bergaduh manja’ seperti anjing dan kucing, tetapi masih comel untuk tontonan. Cerita ringan sebegini mudah diikuti penonton tanpa tekanan, berbeza dengan drama berat yang kebelakangan ini sering menghiasi slot arus perdana.
Jangan ketinggalan! Saksikan terus Hilang Dalam Rindu setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di slot Samarinda TV3. Strim juga episod baharu 24 jam lebih awal melalui Tonton http://www.tonton.com.my .
Kita baru terlayan ni
ReplyDelete