Legend vs BBNU, Wany Hasrita Mendahului Zamani Dalam Minggu Pertama Karaoke Superstar!

Friday 10 June 2022

 

Pentas program realiti pertandingan ala berkaraoke nyanyian artis popular yang baharu, ‘Karaoke Superstar’ mengambil Wany Hasrita sebagai pemenang pada minggu pertamanya. Dengan jumlah kemenangan sebanyak empat kali daripada lima segmennya, Wany Hasrita berjaya menumpaskan penyanyi legend, Zamani serta geng kelab peminatnya.

“Saya cuma nak bercakap, tiada pengalah dan tiada pemenang di sini ya”, kata Wany dengan rendah hatinya selepas menghiburkan penonton dengan riak wajahnya yang disamakan dengan filter popular TikTok ketika mengambil trofi.
 

Program bersaing secara karaoke ini bermula dengan segmen pertamanya iaitu Superfans, di mana seorang daripada kelab peminat artis perlu membuat persembahan yang hebat untuk memenangi pusingan ini. Wakil daripada kumpulan peminat Zamani yang bernama Sarah Malique berjaya mengumpul markah dalam pusingan ini, memberikan mereka satu markah melangkaui team Wany Hasrita. “Range dia tidak tinggi lah, dia tak sampai”, komen Dato’ M. Nasir terhadap wakil daripada kelab peminat Wany Hasrita, Zhafri Shah.
 

Program ini disambung dengan segmen Karok Uji yang menampilkan persembahan artis dan peminatnya dengan lagu luar daripada keselesaan mereka. Kali ini, persembahan Wany Hasrita dan peminatnya berjaya mengalahkan persembahan Zamani dan peminatnya dengan lagu ‘Taman Astakona’ nyanyian asal Slash. Manakala Zamani dan peminatnya menyanyikan lagu ‘Amalina’ nyanyian asal Santesh.

Pusingan ketiga iaitu Kuiz Karok Star menampilkan artis dan peminatnya yang perlu memilih jawapan paling tepat dalam kuiz-kuiz yang diberikan untuk menjadi pemenang dalam segmen ini. Team Wany Hasrita sekali lagi meraih kemenangan dalam pusingan ini dengan mendapat jumlah markah sebanyak 17 markah, mengalahkan team Zamani dengan 14 markah.
 

Pusingan seterusnya disambung dengan segmen Mikrofon Misteri di mana seorang penyanyi misteri akan diletakkan di sebalik tabir secara rahsia dan artis perlu meneka mereka berdasarkan suara mereka sahaja. Malangnya bagi Zamani yang telah meneka dengan salah, markah diberikan kepada Wany Hasrita yang meneka persona disebalik tabir tersebut dengan tepat.

Program ini ditutup dengan segmen Messy Up Star sebagai segmen terakhir bagi pengadilan para juri. Messy Up Star menampilkan persembahan mesh up kedua-dua artis yang perlu menyanyikan lagu pihak lawak masing-masing. Lagu yang dinyanyikan oleh Zamani adalah ‘Menahan Rindu’, manakala Wany Hasrita pula menyanyikan lagu ‘Syair Si Pari-Pari’. Tuah di tangan Wany Hasrita apabila dia sekali lagi merebut kemenangan dalam pusingan terakhir ini.
 

Kemenangan terakhir ini menjadi batu loncatan kepada Wany Hasrita yang meraih gelaran ‘Juara Minggu Pertama Karaoke Superstar’. Pentas ini ditutup dengan persembahan Wany Hasrita dan Mikrofon Misterinya, Bob Yusof.
 

Siapakah yang akan merebut gelaran juara minggu kedua Karaoke Superstar? Nantikan episod kedua program pertandingan berkaraoke ini di saluran Astro Ria (Saluran 104) pada setiap Ahad, jam 9 malam. Program ini juga boleh distrim secara eksklusif menerusi On Demand dan di aplikasi Astro GO untuk pilihan yang lebih fleksibel.

4 comments

  1. tak pernah nengok rancangan ini.... macam menarik jugak ni

    ReplyDelete
  2. Thanks for your sharing:) I'll waiting for your visite...

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.