Movie Review | Midnight (2021)

Sunday 12 September 2021

Director : Kwon Oh-seung

Writer : Kwon Oh-seung

Cast : Jin Ki-joo, Wi Ha-joon, Kim Hye-yoon, Gil Hae-yeon, Park Hoon, Gil Hae-yeon

Production Company : Peppermint & Company, CJ ENM

Distributor : CJ Entertainment, TVING

Genre : Thriller

Running Time :103 minutes

Release Date : 30 June 2021

Trailer :


Bertemakan pembunuh psiko yang kejam, movie Midnight mengisahkan tentang Kyeong-mi (Jin Ki-joo), seorang gadis yang cacat pendengaran menjadi saksi percubaan membunuh So Jung-eun (Kim Hye-yoon) dalam perjalanan ke rumah bersama ibu dia (Gil Hae-yeon). 

Modus operandi Do-shik (Wi Ha-joon) ialah dengan mengumpan mangsanya yang berseorangan di lorong gelap pada waktu malam. Do-shik kemudiannya bunuh mangsa di dalam van hitam yang penuh dengan pelbagai jenis senjata. Awalnya target mangsa dia adalah ibu Kyeong-mi tapi dia berubah fikiran bila ternampak Jung-eun yang lebih mudah dan leka dengan smartphone. 

Bila Kyeong-mi ternampak Jung-eun yang cedera teruk, dia cuba dapatkan bantuan menggunakan sistem keselamatan yang dipasang di kawasan tersebut. Untuk mengelakkan daripada kantoi, Do-shik menyamar sebagai si abang yang mencari adiknya yang hilang di kawasan tersebut. Lagi pula Kyeong-mi dan ibu dia tak tahu muka sebenar Do-shik bila awalnya dia memakan pelitup muka dan topi. Kelebihan bagi Do-shik bila Kyeong-mi dan ibu dia cacat pendengaran dan sukar untuk bercakap. 

Pacing movie Midnight arahan dan penulisan Kwon Oh-seung ni agak laju buatkan penceritaan dan beberapa babak mendebarkan. Tak payah tanya berapa kali terkejut tengok movie ni sebab watak Do-shik yang mengerikan. Background music dari Hwang Sang-jun memainkan peranan lantas menjadi salah satu kekuatan naskhah Midnight. Kalau tengok dekat panggung wayang confirm popcorn asyik jatuh dekat kerusi depan sebab terkejut. Lemah semangat teman. 

Walaupun movie yang bertemakan pembunuh psiko ni dah berlambak dalam industry perfileman Korea Selatan tapi keunikan movie terbitan Peppermint & Company dan CJ ENM ni bila watak protagonisnya adalah watak orang kurang upaya. Selalunya golongan nil ah yang paling mudah dijadikan target oleh pembunuh tapi kali ni diberikan ruang dan peluang untuk menjadi penyelamat. 

Kelemahan pada movie genre thriller ni tetap ada bila ada banyak loopholes dan penulis sengaja tone down watak pihak polis untuk highlight watak psiko killer sebagai antagonis yang kuat. Menjadi persoalan bila pihak polis sewenangnya lepaskan Do-shik pergi lepas guna taser gun kepada Jong Tak (Park Hoon). Watak Kyeong-mi dan ibu dia pun nampak tak keruan masa kejadian tersebut berlaku sedangkan ada cukup masa untuk patah balik ke kawasan van Do-shik untuk selamatkan So Jung-eun. Ataupun tulis karangan supaya polis faham kenapa Jong Tak bergaduh dengan Do-shik dekat dalam balai instead of uu aah uuu ahh lepastu balik rumah. 

Scene Do-shik pergi ke rumah Kyeong-mi pun macam merepek sebab dia boleh dapat alamat dari Google. Seriously, semudah tu? Macam mana Do-shik boleh angkut So Jung-eun ke dalam van dia tanpa dilihat oleh mak Kyeong-mi pun jadi persoalan utama juga sedangkan jarak lorong merah dengan van tu terletak beberapa meter. 

Macam biasa scene hujung mesti sengaja drag supaya ada pertembungan panjang antara watak antagonis juga protagonis. Kenapa Kyeong-mi tak lari bersembunyi dekat dalam supermarket ataupun kedai di kawasan tu instead of acu pisau dekat tempat awam. Dia ada banyak peluang untuk sembunyi dan minta bantuan dengan tenang tapi pilih untuk buat kecoh sampai orang panik dan bagi peluang untuk Do-shik untuk attack. 

Sayang lah bila movie Midnight ada peluang untuk jadi salah satu movie thriller yang bagus pada tahun 2021 tambahan pula lakonan beberapa watak agak cemerlang dengan screenplay yang mantap. Disebabkan movie ni dapat juga belajar serba sedikit tentang kehidupan dan devices yang membantu orang kurang upaya hidup seperti manusia lain. 

1. Team Production +0.3, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +1, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.2, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.7, 10. Personal Thought +0.3 = 5.8/10

5 comments

  1. Salam kenal sis...errr akak bkn pembunuh psiko ya..waras lg..😆

    ReplyDelete
  2. Mcm best jk.. Dh lh sya mnat crta2 psiko2 ni.. Lebih mnakutkan dari hantu. Haha..

    https://misseffah-ara.blogspot.com/2021/09/betulkah-kita-di-fasa-endemik-nortaqifa.html

    ReplyDelete
  3. Ohh cerita baru tahun ni. Okay baik, nak tengok lah nanti.

    ReplyDelete
  4. Okey, nanti boleh consider untuk tengok :)

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.