Movie Review | Kapan Kawin? (2015)

Thursday 24 December 2020



Pengarah :  Ody C. Harahap

Penulis Skrip :  Monty Tiwa, Robert Ronny, Ody C. Harahap

Pelakon : Adinia Wirasti, Reza Rahadian, Adi Kurdi, Feby Febiola, Ivanka Suwandi, Erwin Cortez, Ellis Alisha, Firman Ferdiansyah

Syarikat Produksi : Legacy Pictures

Pengedar :  Netflix

Genre :  Romantik / Komedi

Durasi Tayangan :  115 minit

Tarikh Tayangan : 12 Februari 2015

Trailer :

Soalan kapan kahwin ni memang menjengkelkan semua orang sampaikan Dinda (Adinia Wirasti) yang berjaya dalam karier sebagai Hotel Manager pun tak dipandang oleh ibu bapa dia selagi tak bawa teman lelaki balik ke rumah untuk berjumpa dan berbincang soal kahwin. 

‘Hari ni hari ulang tahunmu ke-33! Bak kata bapak, kalau kamu itu kapal perang, siren tanda bahaya sudah berbunyi. Bis aditembak kapal perang Jepang’ - Dewi

Eva (Ellis Alisha) cadangkan supaya upah pelakon untuk menyamar selama beberapa hari sebagai teman lelaki dan Dinda dipertemukan dengan artis jalanan yang berbakat jauh lebih besar dari pelakon drama iaitu Satrio Maulana (Reza Rahadian). Eva dengan Satrio sama-sama pelakon teater tapi sejak bekerja di hotel, Eva memilih untuk berhenti berlakon. 

Dengan bayaran yang dipersetujui sebanyak Rp15 juta dan set pakaian lengkap untuk karakter lelaki metropolitan, Satrio ikut Dinda pulang ke Yogyakarta untuk bertemu ibunya, Dewi (Ivanka Suwandi) yang kaki drama dan ayahnya, Gatot (Adi Kurdi) bersempena majlis ulang tahun perkahwinan mereka. Untuk bagi impression bagus kepada parents dia, Dinda dah book katering, khemah, band, decoration dan benda-benda lain untuk majlis tu nanti. 

Rupanya parents Dinda dah plan out beberapa ujian untuk menguji tanggungjawab, pengorbanan, kejujuran dan kesetiaan Satrio supaya Dinda berkahwin dengan orang yang tepat. Dinda pula berdoa supaya Satrio bisa menandingi sosok karakter abang ipar dia, Jerry (Erwin Sutodihardjo) yang dibanggakan oleh orang tuanya. Mampu tak Satrio penuhi hajat Dinda dan orang tua dia, kena tengok sendiri lah movie Kapan Kahwin di Netflix. 

Jalan cerita movie genre romantic komedi di bawah produksi Legacy Pictures arahan pengarah dan juga penulis Ody C. Harahap ni memang predictable lah tapi disebabkan kekuatan lakonan Reza Rahadian sebagai Satrio dan juga chemistry bersama Adinia Wirasti, membuatkan movie ni best untuk ditonton. Scene Satrio dengan Adinda menari dekat majlis ulangtahun perkahwinan parents Dinda tu sweet sangat. Tak perlu cakap ayat romantis pun dah boleh tahu dari renungan mata Satrio. Apa jadi dekat belakang dah tak ambil peduli dah sebab Rio dengan Dinda dah tarik kita ke dalam dunia mereka berdua. 

Awalnya watak Satro Maulana ni nampak macam annoying tapi bila movie masuk ke second half baru nampak sisi dia yang penyayang. Macam dalam scene diorang pergi picnic dekat pantai bila Satrio perasan yang Dinda terlampau utamakan orang lain sampai endahkan perasaan sendiri. Family dia pun tak tahu apa makanan favorite Dinda. Tak menyesal lah pilih movie ni sebab ada Reza Rahadian haha

Watak Dinda sebagai leading actress pun bagus dalam genre ringan dan ekspresi muka dia sesuai dengan mood atau suasana sesuatu scene. No wonder lah dia dapat dua pencalonan untuk anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Indonesian Film Festival dan Maya Awards. Kudos to Lulu Lutfi Labibi untuk wardrobe Dinda yang cantik, sesuai dengan karakter Dinda especially dress dekat majlis ulangtahun perkahwinan Dewi dan Gatot.

Sinematografi dari lensa Padri Nadeak nampak cantik dengan keindahan kawasan Yogyakarta sama ada di pantai yang tenang, di kawasan pokok nipah ataupun kesibukan warga pekan mencari nafkah. Decoration pun cantik especially decoration dari jagung tu. Bonus lah dalam movie ni boleh tengok Reza menyanyi. Tambah lagi satu sebab untuk jatuh cinta dengan Reza. Suara dia sedap!

 

Movie Kapan Kawin bukan setakat naskhah untuk berjenaka dengan kehidupan si bujang tapi juga bagi mesej kepada para ibu bapa yang sentiasa membanding-bandingkan anak dan mengukur kejayaan hanya pada perkahwinan. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +0.8, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9/10

3 comments

  1. soalan yg orang single malas nak dengar..hahaha
    macam comel je cite ni, nanti nak tengok :)

    ReplyDelete
  2. Chemistry antara leading actor dan actress ni penting kan untuk menjayakan cerita

    ReplyDelete
  3. add on my list dlm netflix! hehee

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.