Movie Review : Shakuntala Devi

Saturday 1 August 2020


Director : Anu Menon
Writer : Anu Menon, Nayanika Mahtani, Ishita Moitra
Cast : Vidya Balan, Sanya Malhotra, Amit Sadh, Jisshu Sengupta, Sheeba Chaddha, Luca Calvani, Prakash Belawadi, Ipshita Chakraborty, Jiya Shah, Araina Nand
Production Company : Abundantia Entertainment, Sony Pictures Networks India, A Genius Films Production
Distributor : Prime Video
Genre : Biopic / Drama
Running Time : 127 minutes
Release Date : 31st July 2020
Trailer :


Berteraskan soalan ‘Mampukah genius membina keluarga?’, movie biopic yang diadaptasikan dari kisah hidup ‘Human Computer’, Shakuntala Devi (Vidya Balan) yang diceritakan dari perspektif anak perempuan tunggalnya, Anu (Sanya Malhotra). 

Shakuntala berasal dari Bangalore, datang dari keluarga miskin bila ayah dia merupakan seorang performer di sarkas. Dia selalu bawa Shakuntala (Araina Nand) bersama untuk perform tarot card. Dalam movie agak bercanggah bila ayah Shakuntala, Bishaw Mitra Mani (Prakash Belawadi) tak bekerja dan gunakan Shakuntala sebagai sole bread winner lepas mereka discover dia genius dalam Math.

Shakuntala sakit hati dengan mak dia (Ipshita Chakraborty) yang berdiam diri bila kakak dia, Sharda (Jiya Shah) sakit lalu meninggal. Rasa benci terhadap Bishaw makin membuak lepas dia pindah ke London disebabkan pada tanggapan dia, mereka cuma gunakan dia untuk dapat duit. Bercanggah dengan kisah sebenar bila Shakuntala dibawa ke London oleh ayah dia.


Mungkin jalan cerita ni sengaja dibikin dramatik supaya penonton lebih terkesan bila Shakuntala bawa diri ke London dan untuk mengangkat tema self-made woman dan feminis. Rasanya tak perlu sebab tema feminis dalam movie ni dah menonjolkan sisi egois Shakuntala bila dia juga buat benda yang sama pada Anu. Dan suka menyalahkan lelaki yang datang dalam hidup dia terutamanya Javier (Luca Calvani) dan Paritosh (Jisshu Sengupta).


Perjalanan Shakuntala sebagai Human Computer nampak menarik dengan visual yang cantik dan side effects which looks dreamy and magical supaya movie Math ni nampak best untuk ditonton bersama keluarga. Music album Shakuntala Devi yang digubah oleh duo Sachin–Jigar pun menambahkan lagi rencah movie ni. Jhilmil Piya is my fav!


Penceritaan movie Shakuntala Devi bersilih ganti antara dua generasi – Kisah Shakuntala Devi dan kisah Anu bersama suaminya, Ajay (Amit Sadh). Olahan Anu Menon nampak menarik sebab kita lebih faham perasaan Anu dari penceritaan dia. Lakonan Sanya Malhotra bagus everytime scene dia muncul dan bawa emosi yang sepatutnya. Sama juga dengan Amit Sadh. Both ada chemistry sebagai suami isteri. Vidya pula lebih kepada bawa karakter dia dalam watak Shakuntala. Disappointed.


Tapi bila Anu Menon letak scene Shakuntala beralih kepada astrologer dan politician kemudian halang Anu berjumpa dengan ayah dia, dekat situ nampak sisi jahat Shakuntala. Bila Shakuntala tahu Paritosh sebenarnya gay, dia buat research supaya lebih faham kehidupan dan perasaan homoseksual. Bukannya seperti yang digambarkan dalam movie ni bila Shakuntala tulis buku tentang homoseksual supaya nama dia naik dalam bidang penulisan.


Persoalan teras mampu tak genius membina keluarga – jawapannya mampu. Kita dapat tengok Shakuntala buat yang terbaik untuk Paritosh dan Anu. Cuma gaya penceritaan yang buatkan Shakuntala nampak egois, penipu dan manipulate keadaan. 

Tak faham dengan obsession feminism dari team production. Tak boleh ke kalau buat movie tu ikut cerita yang sebenar? Kalau watak tu flawed, then be it. We human have flaws. Sama macam Tarabai (Sheeba Chaddha) mentioned dalam scene dia. Dialog pun tak membantu bila banyak ayat yang berulang dan tekankan feminism.


Watak Shakuntala nampak lemah bila besarkan Anu, dan tak ada penjelasan kenapa dia buat macam tu, kita tak boleh nak connect dengan watak dia. Making the movie enjoyable but passable. One time watch. Nasib baik tak tayang dekat cinema sebab covid-19 since movie ni boleh kata tak akan dapat connect dengan male audience.

1. Team Production +0.5, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.9, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought +0.5 = 7.3/10

21 comments

  1. Jalan cerita yang menarik..pelakon pun hebat2 semua..kalau senang boleh tonton nanti

    ReplyDelete
  2. wah...jalan cerita macam menarik je. boleh la try tengok nanti

    ReplyDelete
  3. Story line nampak menarik jika ada peluang ingin mencari filem ini kelak. Terima kasih berkongsi ya

    ReplyDelete
  4. memang overall cerita ni more kepada perempuan punya emosi ke?

    ReplyDelete
  5. Almost every week ke sis tengok film hindi. Hebat! Thank you for introducing me to Bollywood films.

    ReplyDelete
  6. Wahh, tengok sinopsis dan jalan cerita macam menarik. Suka jugak nak tengok filem Hindi yang rare macam ni.

    ReplyDelete
  7. terus teringat kat genius math kita ....apapun cerita ni memang best , suka tengok cerita2 macam ni macam padman toilet dan lain2....apapaun tq sebab review movie bukan melayu dengan baik

    ReplyDelete
  8. jalan cerita dia menarik betul !!! okay, nak kena cari dan tonton. dah masukkan dalam list utk tontotn. tinggal cari masa je nie. hahahaa

    ReplyDelete
  9. Maaf tak perasan kalau time baca atas tu umurnya...nampak macam dah berusia kan, tapi masyaAllah kulit dia cantiknyaaa... kadang cite ni, tengok pelakon je dah menarik perhatian kan...

    ReplyDelete
  10. Alamak. Kita suka dengan ceeita hindustan. Nanti masuk list nak tonton

    ReplyDelete
  11. Jalan cerita dia macam menarik. Tengok gambar filem pon macam cantik je.

    ReplyDelete
  12. Dah lama tak tengok cerita hindustan, best juga storyline this movie.

    ReplyDelete
  13. wow the movie seems nice to watch. it is showing kat cinema now kan? Gonna watch it

    ReplyDelete
  14. Jalan cerita nampak menarik. gambar pun cantik. kalau ada masa nanti boley tengok :)

    ReplyDelete
  15. Movie isue kekeluargaan ni kalau tak kena gaya susah nak terima hehehe tapi kita memang tak tonton movie hindi macam ni wakakakaka pelakon kita tak kenal dah sekarang hehehehe...

    ReplyDelete
  16. based on true story ke? nampak macam menarik. dengan jalan cerita dan komen yang diberikan.

    ReplyDelete
  17. dah lamaa tak layam filem hindi.. sesekali layan pon best jugak kan.. jalan cerita macam best je...

    ReplyDelete
  18. Alaaa. kenapa tak ikut cerita sebenar? kita baca pulak frust. Cerita dah macam menarik dah. Macam teringin pulak nak tengok.

    ReplyDelete
  19. Honestly saya lebih suka tgk Bollywood daripada cerita Melayu coz, klu dorang berlakon tak kaku sgt. oopss xxxx

    ReplyDelete
  20. woo... long time didn't watch tamil movie d. one of my favorite movite to watch as i was staying with my Indian Nanny last time

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.