Blog Performance July 2020

Saturday 1 August 2020

Kalau bulan Jun sedih tengok statistik blog, bulan Julai nampak happy sikit lah. Happy banyak actually sebab adsense dah approved! Yeay me! Tambah pula bila dapat job dari luar negara lagi la rasa happy. Bila client suka dengan kerja kita, lagi bertambah semangat nak blogging. 

1. PV


Sejak ramai yang kena block tak boleh share link dekat Facebook, dah stop dah share movie review dekat group. Susah la PV nak cecah 1k. So far tak tahu lagi macam mana nak naikkan PV. Takut juga kalau kena block. 

Sekarang cuma blogwalking je lah itu pun jarang-jarang sebab tak sempat. Bulan Julai tak banyak cuti. Masa yang ada guna untuk update blog je. Bulan Jun target nak cecah 880k tapi tak kesampaian lah sebab mampu pergi 865k je. So for August, maybe 895k. 

2. Post


Bulan Julai tak ada langsung post movie review yang naik dalam popular post. Nasib baik ada entry lirik lagu jadi penyelamat traffic haha

3. Keywords



Please abaikan keyword yang tak senonoh tu. Gara-gara kes Sharifah Sakinah, galak pulak memasing cari post macam tu. Bulan lepas perasan ada yang search pasal sejarah permaisuri Jhansi. Mungkin baru lepas tengok movie Manikarnika. 




4. Audience

Lepas dah lama audience dari negara India hilang, sekarang dah muncul balik. Bila belek tengok dah nampak dah kenapa




Sebab entry webseries dan drama ada dekat first page! Happy sangat sebab tak expect boleh duduk dekat first page sebab selalunya website yang famous dekat India je selalunya. Lepas perasan Movie Review : Baaghi 2 selalu muncul dekat popular post, saja try Google rupanya dah ada dekat first page dah! Fuhhh!



Ni antara yang duduk dekat first page. So far yang ni je la cari sebab selalu muncul dekat keywords dan popular search bulan Julai. Even ada pembaca dari Indonesia komen dekat blog ni lepas baca movie review movie Melayu. Which is great lah because dah pergi international dan dah nampak pembaca kita suka baca apa. Tapi nak update movie Melayu tu yang malas sikit sebab tak banyak details boleh dapat. Movie Melayu pun tak banyak yang best. But we can try. 

5. Bilangan Entri

Bulan Jun tak semangat nak update entri sebab terkesan dengan kematian Sushant pada 14 Jun 2020 and the case still ongoing. Julai dah nampak progress boleh update sampai 66 post. Itupun sebab banyak entri makanan, lirik lagu dan Wordless Wednesday. Bulan ni nak try shoot sampai 70 entry dan banyakkan lagi Movie Review/Drama Review/Telemovie Review. 

Salam Aidiladha semua :)

7 comments

  1. wah tahniah dah dapat adsense :)

    ReplyDelete
  2. Tahniah..welcome to google adsense.salam aidiladha.

    ReplyDelete
  3. bestnya dah dapat adsense. Ajari daku tak lepas-lepas lagi.

    ReplyDelete
  4. Wah.. nak try google jugalah.. Kot keluar first page..
    You can do it Farhana.. Chayook!! Chayook!!

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah.. Keep it up sis!

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.