Ini 8 Petanda Anda Alami Gastrik Kronik (Gastritis), Ada Harapan Ke Untuk Sembuh?
Tuesday, 9 March 2021
![]() |
| Klik gambar untuk baca lebih banyak artikel kesihatan |
- Loya tekak
- Muntah-muntah
- Ketidakhadaman
- Mengalami sakit perut
- Mengalami kembung perut
- Sering sendawa
- Hilang selera makan
- Penurunan berat badan
Apakah punca yang menyebabkan keadaan gastritis kronik?
Bagi masalah gastritis yang kronik, terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan ia berlaku. Antara punca tersebut ialah:
- Kehadiran bakteria H. pylori dalam perut
- Pengambilan minuman beralkohol dengan kerap atau secara berlebihan
- Kesan ubat-ubatan tertentu yang diambil dalam tempoh jangka masa panjang
- Mengalami penyakit tertentu seperti kegagalan buah pinggang
- Sistem imun tubuh yang sudah lemah
- Kerap mengalami tekanan atau stress yang menjejaskan sistem imun tubuh?
Bagi masalah gastritis yang berpunca daripada bakteria H. pylori, ia boleh disembuhkan melalui penggunaan antibiotik. Manakala bagi masalah gastritis yang disebabkan oleh pengambilan minuman beralkohol, caranya adalah berhenti mengambil alkohol.
Namun, bagi mereka yang sudah lama mengalami gastritis kronik ini, berkemungkinan terdapat kerosakan kekal pada dinding perut bahagian dalam.
Adakah masalah gastritis yang teruk ini dianggap berbahaya?
Gastritis yang kronik bukanlah satu keadaan yang berbahaya. Namun, jika ia berlaku dalam tempoh masa yang lama, ia boleh menyebabkan beberapa masalah atau komplikasi lain. Antaranya adalah seperti kemunculan ulser dalam perut, mengalami anemia, pertumbuhan polip atau tumor yang bukan kanser serta risiko mendapat kanser perut.
Cara untuk elakkan diri daripada mendapat masalah gastritis yang kronik
Terdapat beberapa kaedah atau cara yang boleh diamalkan untuk mengurangkan risiko mendapat masalah ini.
Antara kaedah yang boleh dilakukan ialah:
- Cuci tangan anda dengan bersih terutamanya sebelum menyentuh makanan. Bakteria H. pylori amat mudah menjangkiti dan memasuki perut anda jika kebersihan diri diabaikan.
- Hentikan pengambilan minuman beralkohol dengan serta-merta. Pengambilan minuman beralkohol dengan kerap boleh merosakkan lapisan mukosa pelindung dalam perut anda.
- Kurangkan pengambilan makanan berlemak, berminyak, berasid dan juga pedas.
- Uruskan stres dan tekanan yang dialami dengan baik.
- Elakkan makanan yang tinggi dengan kandungan garam.
- Elakkan makanan yang diproses seperti nuget, daging burger, dan juga sosej.
- Banyakkan pengambilan makanan berserat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan.
- Amalkan memakan makanan yang tinggi dengan probiotik seperti kimchi dan yogurt.
- Kurangkan pengambilan minuman berkafein seperti kopi, teh dan minuman berkarbonat.
- Elakkan berbaring dalam tempoh dua hingga tiga jam selepas waktu makan.
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.












