Minggu pertama ‘Kilauan Emas 2025’ menyaksikan peserta Mazleen di tempat pertama dengan markah keseluruhan sebanyak 77.50%, diikuti oleh Zekrai (75.49%), dan Nawary (75.25%). Menarik perhatian barisan juri dan para penonton dengan persembahan nyanyian lagu Antara Hujan Dan Air Mata oleh penyanyi Sudirman, Kinar telah dipilih sebagai pemenang Anugerah Emas Berkilau Of The Week di segmen terakhir.
Minggu Bukak Panggung ini juga menyaksikan dua peserta Majid dan juga Ezan berada di kedudukan bawah apabila mendapat markah keseluruhan terendah.
SENARAI LAGU
Vijay - Di Desa Kasihmu Tertumpah - DJ Dave (67.71%)
Nawary: Hapuslah Air Matamu - Sharifah Aini (75.25%)
Zekrai: Tiada Lagi Kidungmu - Lefthanded (75.49%)
Mazleen: Akulah Kekasihmu - Francisca Peter (77.50%)
Ben: I Want to Break Free - Queen (68.68%)
Nurul: Ada Ubi Ada Batas - Saloma (57.58%)
Majid: Andai Ku Bercinta Lagi - Mojo (57.07%)
Zanie: Tua Mengejar Kita - Fauziah Latiff (72.96%)
Shah: Menanti Ambang Syurga - Ahmad Jais (67.05%)
Leeza: Menghitung Hari - Salamiah Hassan (66.41%)
Kinar: Antara Hujan dan Airmata - Sudirman (68.54%)
Ezan: Baby One More Time - Britney Spears (47.46%)
INFO ‘KILAUAN EMAS 2025’
• Seperti musim sebelumnya, persembahan setiap peserta menerusi Kilauan Emas 2025 akan diadili secara 70% daripada pemarkahan oleh barisan panel juri professional, 20% daripada juri awam yang merangkumi markah para penonton undangan dan juga 10% daripada undian para penonton di nrumah.
• Juara musim kali ini akan membawa pulang wang tunai bernilai RM30,000 beserta trofi sumbangan Astro.
• Para penonton dan peminat boleh mengundi peserta kegemaran mereka bagi menentukan pemenang mingguan pada setiap minggu secara dalam talian menerusi laman web Astro Gempak.
• Penerbitan Kilauan Emas 2025 turut disinarkan dengan kolaborasi bersama Astro Gempak sebagai rakan digital, serta SINAR dan GEGAR sebagai rakan radio rasmi. Program ini boleh distrim secara On Demand di Astro GO dan sooka.
Saksikan episod baharu Kilauan Emas 2025 pada setiap hari Sabtu, jam 9 malam di Astro Prima (Saluran 105), On Demand, Astro GO dan sooka.
Minat keluarga ini terhadap kucing memang luar biasa, ada yang membela hingga 22 ekor si bulus! Namun, Chibbu bukan calang-calang kucing. Si kumbang manja ini sentiasa menjadi rebutan, daripada hobi peliknya gemar makan buah tembikai sehinggalah kegemarannya diurut. Memang betul-betul persis manusia!
Lebih menarik, setiap kostum Chibbu direka khas oleh tuannya sendiri yang juga seorang pereka fesyen. Menjelang pentas akhir esok, penonton bakal menyaksikan mereka tampil dengan tema Kerajaan Mesir Purba bersama hiasan batu permata serta fabrik eksklusif, selepas menggayakan karakter lanun ketika sesi ‘pre-judging’ tempoh hari. Komitmen Awwal sebagai ‘cat parent’ jelas terbukti demi memastikan si bulus kesayangannya mencuri perhatian di malam kemuncak Cat Fashion Week.
Adakah Chibbu akan muncul sebagai juara ‘meow-jikan’ yang dinanti-nanti? Jangan lepaskan peluang untuk menonton Pentas Akhir Cat Fashion Week esok, jam 9.00 malam, hanya di TV3!
Giliran Kumpulan Ayu & Bella dibawah mentor Namie meninggalkan pentas The Chosen One XTRA pada minggu keempat selepas mendapat tempat kedua pada minggu lepas. Dengan tema IRL: We Listen, We Don’t Judge, Ayu & Bella gagal menarik perhatian para juri dengan persembahan mereka yang mengadunkan dua lagu iaitu Bujang Senang oleh Wings dan Pawana oleh Search, lantas disingkirkan.
Minggu ini menyaksikan Datuk Aznil Hj. Nawawi (Pak Nil) sebagai juri jemputan disamping Dato’ Awie dan Sharifah Shahirah. Minggu ini turut menyaksikan Kumpulan Iaman & Saputra dibawah mentor Naqiu di kedudukan pertama, merampas takhta daripada Kumpulan Iman, Adawiya & Nikki Palikat yang telah memenangi pusingan pada minggu lepas.
SENARAI LAGU
Usop, Alif & Yusuf - Bukan Niatku (Iklim) + Ada Gajah Dibalik Batu (Wali Band)
Acey, Rayyan & Dahlia - Berjuta Batu (Alleycats) + Kita Usahakan Lagi (Sebatas Senja)
Niki Palikat, Adawiyah & Iman - Fly Me to the Moon (Count Basie and Frank Sinatra)
Tuju, Loca B, Fana, Ayu - Jauhari (Tuju & Loca B)
Naqiu, Iaman & Kumpulan Saputra - Penglipur Lara (Hazama)
• The Chosen One XTRA bukan sekadar memfokuskan bakat nyanyian sahaja, malah juga akan menonjolkan bakat-bakat lain seperti tarian, akrobatik, kebolehan bermain instrumen muzik dan sebagainya.
• Musim ini kembali dengan membawakan barisan artis baharu sebagai ‘coach’ selebriti kepada para bintang cilik seperti Namie, Nikki Palikat, Achey, Tuju & Loca B, Bunga, Usop dan juga Naqiu.
• Persembahan setiap peserta bersama dengan pasangan selebriti mereka akan diadili 100% daripada pemarkahan pihak juri sejurus selepas persembahan mereka tamat.
• Juara ‘The Chosen One XTRA’ akan membawa pulang wang tunai bernilai RM 40,000 beserta trofi sumbangan Astro. Tempat kedua, ketiga dan keempat akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM 30,000, RM 20,000 dan RM 10,000 beserta dengan trofi sumbangan Astro.
• Pentas akhir program ini akan turut menobatkan anugerah Coach Terbaik dengan wang tunai bernilai RM 10,000, serta anugerah Persembahan Terbaik dengan wang tunai bernilai RM 10,000 yang akan ditentukan melalui undian para penonton melalui laman web www.thechosenone.com.my.
Saksikan episod baharu The Chosen One XTRA setiap Jumaat, jam 9 malam di Astro Ceria (saluran 611), serta secara On Demand di Astro GO dan sooka. Siapakah yang bakal menjadi The Chosen One XTRA musim ini?
Bukan sesuatu yang baru bila Korea Selatan memaparkan kegilaan penduduknya untuk memiliki sebuah rumah. Sama juga dalam filem terbaru tayangan rasmi Netflix yang mengisahkan tentang Noh Woo-sung (Kang Ha-neul) yang berjaya membeli rumah sebesar 900 square feet di bandar Seoul.
Awalnya kehidupan dia bahagia bersama si tunang namun ekonomi mula merudum akibat pandemik lantas menyebabkan dia terbeban dengan komitmen. Woo-sung terpaksa bekerja sebagai penghantar makanan separuh masa pada waktu malam selepas bekerja pada waktu siang di pejabat untuk membayar hutang yang ada. Rumahnya dipenuhi dengan mi segera dan cuba untuk kurangkan semaksimum mungkin penggunaan bil elektrik dan air.
Makin bertambah masalah hidup Woo-sung bila jiran tingkat bawah rumah tampal memo pada pintu rumah supaya perlahankan suara. Gara-gara tak puas hati dengan tuduhan yang dilemparkan, Woo-sung pergi ke setiap tingkat di bahagian atas rumahnya untuk siasat dari mana datangnya bunyi bising tersebut.
Filem misteri thriller arahan dan penulisan Kim Tae-joon menampilkan Kang Ha-neul yang pernah popular dengan filem Forgotten (2017). Lakonannya berjaya menghidupkan suasana tegang, berdebar dan tertekan. Sama seperti Woo-sun, bila watak utama balik rumah, kita yang tengok pun akan rasa stress sebab bunyi bising tu akan muncul bila dia ada di rumah sahaja. Sedangkan bunyi bising biasa dari jiran lain pun dah boleh buat kita menyampah, inikan pula bunyi bising yang disengajakan supaya orang keluar dari situ.
Dari awal lagi dah boleh nampak yang naskhah Wall to Wall bukan ke arah filem seram sebab pengarah tak beria fokus pada bunyi tapi lebih kepada stalking. Kalau masukkan elemen seram mungkin lebih menarik sebab benda tu memang dah culture Asia, nak pula bila apartment Korea yang jenis rendah. Lagi senang nak dengar bunyi guli atau bunyi tipikal rumah berhantu.
Selain bunyi bising, Woo-sung dalam dilema sama ada nak percaya dengan nasihat kawan dia tentang bitcoin. Kalau sebut bitcoin, rasa macam scam tapi Woo-sung cuma ada jalan tu untuk tambah pendapatan dia dalam masa yang terdekat. Setiap kali dia klik untuk urusan bitcoin, rasa berdebar. Close-up shot yang fokus dengan reaksi muka Woo-sun buatkan babak tu lebih dramatik.
Sinematografi dari Jeong Gui-ho buatkan filem Wall to Wall terlihat menarik kerana vsiual language yang menguatkan lagi penceritaan. Camera works yang cantik dan smooth dalam beberapa babak macam shot Woo-sun dalam pejabat ejen hartanah untuk jual rumah dia atau masa dia menyembang dengan kawan dia. Dari pan shot perlahan-lahan bergerak untuk fokus pada perbualan mereka berdua sekaligus menjadi simbolik pada rasa percaya Woo-sun kepada kawan dia tentang bitcoin.
Masa penduduk blok terjah rumah dia sebab bunyi bising, mereka semua berada di kawasan yang gelap sebab masing-masing masih tertanya-tanya tentang bunyi dari rumah Woo-sun. Walaupun watak sampingan ada yang punyai agenda tersendiri tapi Gui-ho biarkan mereka tak curi spotlight watak utama. Pencahayaan sangat memainkan peranan dalam filem Wall to Wall.
Masuk second half penulis masukkan watak Yeong Jin-ho (Seo Hyun-woo), jiran tingkat atas rumah Woo-sung. Mereka berdua ada strategi tersendiri untuk cari bunyi bising tersebut. Sebelum ni dah pernah nampak Seo Hyun-woo dalam drama Seoul Buster (2025) tapi watak dia dalam tu kelakar. Berbeza dalam filem Wall to Wall di mana personaliti dia lebih serius. I dah tak ingat watak dia sebagai wartawan dalam drama Flower of Evil (2020) sebab dah lama.
Kehadiran watak presiden blok Jeon Eun-hwa (Yeom Hye-ran) menambahkan elemen misteri bila dia ada agenda tersendiri sebelum line GTX siap dibina. Tapi bila dah tahu dia siapa, filem Wall to Wall jadi draggy pula sebab naskhah ni dah tak fokus pada Woo-sun. Ada peluang untuk tamatkan cerita tapi pengarah drag lagi sampai jadi bosan. Babak Woo-sun dekat balai polis pun pengarah sengaja drag untuk tambah masalah pada watak utama sedangkan dia boleh duduk dalam situasi nasib baik.
Filem Wall to Wall ada elemen plot twist dan kejutan tapi bergantung pada orang lah, dia teka watak mana yang akan menyumbang kepada elemen tu. Sebab dari awal pun pengarah dah masukkan beberapa watak sampingan untuk tambah tekanan pada watak utama.
Ending dia mungkin a bit confusing to some tapi Woo-sun bagi reaksi macam tu sebab dia berpatah balik ke kehidupan lama. Balik kepada dilema lama sama ada untuk stay atau balik ke kampung yang lebih tenang. Kalau I jadi dia, balik je lah ke kampung tolong mak dia dekat kebun, spend time dengan mak dia yang dah berusia daripada hidup macam gelandangan semata nak capai impian memiliki sebuah rumah.
1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +0.8, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +0.7, 10. Personal Thought +0.6 = 7.8/10
Tarikh Tayangan: 16 Disember 2020 – 4 Februari 2021
Trailer:
Ki Seon-gyeom (Im Si-wan) adalah bintang atlet sukan lari 100m untuk pasukan negara Korea Selatan. Dia juga merupakan anak lelaki juga bongsu kepada pelakon wanita terkenal, bapanya pula ahli politik negara. Kakaknya pula bintang sukan golf negara. Semua ahli keluarganya mempunyai pencapaian masing-masing dan sentiasa diawasi oleh bapa mereka supaya sentiasa menjaga imej di mata awam.
Satu hari Seon-gyeom tanpa sengaja bantu Oh Mi-joo (Shin Se-kyung) di sebuah restoran. Pertemuan seterusnya mereka berdua sama-sama terperangkap di balai polis dalam satu insiden. Pertemuan ketiga baru dapat berkenalan secara rasmi di mana Mi-joo adalah seorang penterjemah dan sentiasa menerima tawaran untuk terjemahkan filem-filem tempatan juga luar negara.
Oh Mi-joo dilantik oleh Seo Dan-ah (Sooyoung), ejen kepada Seon-gyeom untuk terjemahkan temu bual atletnya di Pulau Jeju nanti. Sejak dari hari tersebut mereka berdua semakin rapat lalu jatuh cinta.
Hubungan mereka dihalang oleh Assemblyman Ki Jeong-do (Park Young-gyu) kerana dia merancang untuk kahwinkan Seon-gyeom dengan Dan-Ah, anak tunggal perempuan Seomyung Group. Sama seperti Chairman Seomyung Group (Lee Hwang-eui), mereka berdua tidak tahu yang Seo Dan-Ah dah pun jatuh cinta dengan pelukis muda bernama Lee Yeong-hwa (Kang Tae-oh).
Asalnya nak tengok drama Run On arahan Lee Jae-hoon ni sebab nak tengok Kang Tae-oh lepas suka dengan lakonan dia dalam drama The Potato Lab (2024). Tak kisah pun watak dia cuma sampingan sebab memang nak tengok dia. Tak sangka pulak suka dengan skrip drama yang berkisar tentang dunia atlet dan penterjemah.
Sebelum ni tak lah ambil kisah sangat dengan penterjemah, I tahu pekerjaan tu ada sebab golongan ini lah yang akan sediakan sarikata supaya kita boleh menonton dengan selesa. Bila tengok watak Oh Mi-joo ni semakin faham lah macam mana penterjemah bekerja. Betapa meluasnya permintaan dalam industri filem dan sekali sekala dapat juga tawaran untuk terjemah untuk atlet yang sentiasa bergerak ke luar negara atas tuntutan kerja.
Watak Oh Mi-joo ni memang sejenis yang rajin dan semangat untuk pastikan kualiti kerja dia terjaga. Boleh nampak lah beza hasil kerja dia dengan penterjemah yang asal boleh. Pernah je kan kita hadap penterjemah yang malas bila babak dalam filem atau drama berbual dalam bahasa Rusia lepastu penterjemah letak [berbual dalam bahasa Rusia]. Rasa nak tekan pangkah masa tu jugak. Disebabkan Oh Mi-joo lah ada beberapa pelakon tempatan yang berjaya dapat tawaran untuk berlakon di Hollywood atau filem-filem dari negara luar.
Drama Run On ni tak lah fokus sangat dengan kisah cinta walaupun ada dua lead couple tapi pada kehidupan dan perkembangan diri. Sebelum berjumpa dengan Oh Mi-joo, watak Seon-gyeom sentiasa mendiamkan diri dan ikut saja permintaan bapa dia. Seon-gyeom anggap dengan berdiam diri akan selamatkan ahli keluarga yang lain tapi makin lama makin teruk. Dari Mi-joo dia dapat kekuatan untuk bersuara dan melawan.
Why not include your failures as part of the process? It’s also part of your journey to success. – Oh Mi Joo
Seronok tengok Shin Se-kyung sebab dia comel, cara dia bercakap pun comel. Pembawakan diri dia sebagai Oh Mi-joo tu comel lah for me. Dia suka overthinking sampai keluar subtitle dekat muka dia tapi personaliti dia tak lari jauh pun dari Seon-gyeom sebab dua-dua suka motivate orang tapi bila masuk bab diri sendiri, acuh tak acuh saja.
Kedua-dua mereka tak mampu berkembang sebagai manusia sebab persekitaran semasa membesar tu tak sihat. Bila masing-masing jadi safe space untuk masing-masing, naturally they grow wiser and healthier. Comel masa Mi-joo peluk Seon-gyeom masa dia menangis dan comel juga bila Seon-gyeom pat kepala Mi-joo bagitahu partner dia did a good job.
Yang I tak suka dalam drama ni perkembangan watak Seo Dan-ah yang kononnya hati keras dan dingin dengan semua orang. Even dengan adik sendiri pun dia layan kasar padahal dia tahu Seo Tae-woong (Choi Jae-hyun) sakit. Tak faham juga kenapa dia tak bagitahu pasal Yeong-hwa dekat Chairman, masa dia minta putus pun tak faham apa konflik yang cuba dimasukkan.
Sub-plot yang masukkan konflik keluarga Dong Kyung (Seo Jae-hee) pun tak perlu sebab tak ada benda tapi nak buat teruk. Konflik Ye-jun pun buang masa sebab tak menambahkan impak pada genre drama pun. Tak rasa kesian pun bila tahu kenapa dia suka asingkan diri dari keluarga dan selesa melepak di rumah Yeong-hwa. Penerimaan Yeong-hwa tu terasa flat sebab dia pun tak ada apa nak cakap bila tahu. Jadi buat apa masukkan? Baik fokus dengan konflik keluarga Seomyung Group.
Memandangkan drama Run On menggunakan latar industri hiburan, ada beberapa babak yang menggunakan reference dari filem-filem terkenal. Yang pastinya I tak faham pun sebab tak tengok pun filem-filem yang featured dalam Run On. Tak lah heavy sangat reference tu tapi kalau kita tahu dan faham, mungkin impak dan feel tu lebih terasa lah.
Music album Run On tak ada yang menarik, dia macam dimasukkan untuk menambahkan mood pada penceritaan. Lagu Run To You – LUCY bersifat light and breezy song, sesuai lah dengan konsep drama Run On. Babak romantik diselitkan lagu romantik balada berjudul Ride or Die – Kei dan Falling dari Yu-ju.
Nevertheless, Run On still a good watch for me.
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +0.8, 6. Genre +0.8, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 8.6/10