Contest Bunga Paling Besar

Friday, 15 August 2025

Masa tengah hi-tea dekat pantry tiba-tiba je Laila ajak join contest, siapa pakai baju ada bunga paling besar hari Rabu ni, dia akan menang teh ais. 

Masa dia announce tu I dah agak dah akan kalah sebab dalam almari ada banyak bunga baju kecil je. TAPI I teringat baju raya haritu ada lukisan bunga besar. Tak lah besar sangat tapi cukup confident yang I boleh menang pada hari kejadian. 





Besar kan bunga dia?


Setiap hari Rabu, Restoran Tok Bilal dekat SuBest akan jual menu special dari hari biasa. Ada laksam, nasi dagang, pulut ikan masin dengan cucur sayur. Sanggup tau makan laksam dengan air kosong sebab dah confident akan menang teh ais. 

Pagi tu lepas mengharungi rintik hujan dan roadblock, I sampai ke pejabat dengan harapan untuk menang teh ais. 

Aiesyah: Wehhhh ni bukan bunga, ni pokok!!
Ain: Kalah la u Aiesyah, Ana dah tapau dah teh ais tu.
Aiesyah: I ingat I boleh menang dah pagi ni, rupanya bunga Kak Ana lagi besar! Bunga dekat baju I ni 3D tau siap ada dekat belakang lagi.


Ain

Kak Ieda

Dayan

Teha

Syu

Yun

Semua bunga kecil je kan so dah boleh agak dah siapa pemenangnya tapi masa tu Laila tak sampai lagi sebab accident dekat Shah Alam. Resah nak tahu update dari Laila yang tercium bontot kereta orang satu hal, resah nak tahu bunga dekat baju dia besar mana satu hal lagi. 

Pukul 11 pagi Laila masuk office, dengan rasminya I kalah dengan bunga Laila. Terang lagi bersuluh bunga dekat baju dia paling besar sebab tu lah dia confident ajak buat contest. 



Kenapa lah tak terfikir yang Laila ada baju bunga besar? Sebab kecewa dengan kekalahan ni, I self reward teh ais jugak. Petang tu team litigation bawa balik pizza dari Balqis Restaurant lepas meeting dengan klien dekat Shaftsbury Mall, Putrajaya. 


Margherita pizza dia sedap tapi kalau cheese dia lagi banyak mesti lagi sedap. Daun basil pun tak ada so dia tak wangi sangat macam Margherita pizza dekat Gino's. Sekian, contest random dari staff RRM 😆

“Aku yang lelaki pun blushing.” Kisah Aira (Tracie Sinidol) dan Eijaz (Jazmy Juma) dalam drama sensasi Hilang Dalam Rindu ternyata bukan sekadar memikat hati penonton wanita, kaum lelaki juga tidak ketinggalan ‘terhanyut.’ Jalan cerita serta keserasian mereka yang manis dan natural membuatkan penonton terpikat sehingga hampir ‘gila’ menunggu episod seterusnya.

Yang cukup menggelikan hati, ada pasangan dalam kalangan warganet sanggup berhenti menghantar mesej semata-mata supaya tidak terlepas episod Hilang Dalam Rindu. Malah, siap bertanya, “Tengok kat mana tu?”  Tidak hairanlah drama ini kini menjadi buah mulut ramai.

Tidak dinafikan, daya tarikan utama drama ini terletak pada gambaran pasangan suami isteri yang sering ‘bergaduh manja’ seperti anjing dan kucing, tetapi masih comel untuk tontonan. Cerita ringan sebegini mudah diikuti penonton tanpa tekanan, berbeza dengan drama berat yang kebelakangan ini sering menghiasi slot arus perdana.

Jangan ketinggalan! Saksikan terus Hilang Dalam Rindu setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di slot Samarinda TV3. Strim juga episod baharu 24 jam lebih awal melalui Tonton http://www.tonton.com.my .

LEGASI HIBURAN KELUARGA MENJADI TUMPUAN DALAM PROGRAM REALITI TERBAHARU ASTRO ‘TALK TO MY MANAGER’ | Apabila ikatan keluarga dan impian dunia hiburan bersatu di pentas 

Dengan format baharu yang segar dan unik, Astro mempersembahkan program realiti hiburan terbaharu, Talk To My Manager, sebuah pertandingan yang penuh emosi dan mendebarkan, menguji bakat, populariti, kepercayaan dan legasi sesebuah keluarga di pentas hiburan.

Buat julung kalinya, program ini akan menampilkan pasangan manager dan artis yang terdiri daripada ibu bapa selebriti dan anak mereka sendiri. Anak-anak akan menjadi tumpuan utama sebagai penghibur, manakala ibu bapa selebriti bertindak sebagai pengurus yang mengemudi arah kreatif setiap persembahan. Talk To My Manager akan mula bersiaran pada 24 Ogos 2025, setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan turut distrim secara On Demand di Astro GO dan sooka.

Seiring perkembangan industri hiburan, semakin ramai bakat generasi kedua tampil ke hadapan membawa perspektif baharu sambil meneruskan asas yang dibina oleh ahli keluarga mereka yang terkenal. Fenomena ini yang merentasi bidang nyanyian, lakonan, komedi, tarian dan lain-lain cabang seni kreatif, mencerminkan minat mendalam penonton terhadap konsep legasi dalam dunia seni persembahan. Menyedari potensi ini, Astro mengambil inisiatif untuk menghasilkan format yang bukan sahaja mengetengahkan bakat baharu, tetapi turut meraikan bimbingan, pengorbanan dan cita-cita bersama yang menjadi pemangkin kejayaan merentas generasi.

Talk To My Manager menggabungkan selebriti ternama bersama anak mereka dalam suasana pertandingan yang menguji kemahiran, kreativiti dan daya ketahanan. Setiap minggu, pasangan ini akan bekerjasama rapat dengan selebriti yang juga ibu atau bapa bertindak sebagai pengurus untuk membimbing perjalanan anak mereka menjadi penghibur profesional.

Menurut Ketua Saluran Astro Ria,  Norzeha Mohd Salleh, “Astro sentiasa percaya kepada kuasa legasi dalam membentuk landskap industri hiburan, dan kini kita menyaksikan gelombang baharu bakat generasi kedua yang mula menyerlah. Program ini memberikan peluang kepada para penonton untuk mengikuti perjalanan tersebut dengan lebih dekat, menyaksikan personaliti ternama berganding bahu bersama anak mereka untuk membuktikan bahawa kejayaan dalam dunia hiburan bukan hanya bergantung kepada bakat, tetapi juga memerlukan dedikasi, ketahanan dan saling mempercayai satu sama lain. Bagaimanakah seorang artis dapat membimbing anak mereka untuk menghasilkan persembahan yang hebat pada setiap minggu? Para penonton boleh menjangkakan detik-detik penuh emosi, cabaran kreatif dan persembahan memukau setiap minggu yang akan memuncak dengan penobatan pasangan manager dan artis terunggul Malaysia serta meraikan legasi yang bakal menginspirasikan generasi akan datang.”

Antara pasangan manager dan artis yang bakal membuat penampilan sulung musim ini termasuk Siti Saerah & Amad, Ameng & Ammar, Aziz M. Osman & Ara Aziz, Sharifah Shahirah & Auddra, Shuib & Thalita, Sharifah Zarina & Athalia, Ina Naim & Hadie dan Liza Hanim & Marsya. Setiap minggu, mereka akan menempuh cabaran kreatif, mengasah kemahiran dan mempersembahkan aksi bertenaga, sambil menguji kesabaran, kerjasama dan keserasian unik yang hanya wujud dalam hubungan keluarga.










Program ini akan dikendalikan oleh pengacara legenda Datuk Aznil Hj. Nawawi (Pak Nil), bersama barisan juri ternama yang terdiri daripada Che Puan Sarimah serta Dato’ AC Mizal.

Para penonton boleh menyaksikan program baharu ini serta kandungan eksklusif Talk To My Manager dengan melanggan Pek Astro One, hanya RM49.99 sebulan. Strim hiburan tanpa henti untuk seisi keluarga dan tingkatkan pengalaman penstriman anda dengan Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Hiburan pada harga RM139.99 sebulan. Layari www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03-9543 3838 untuk melanggan atau menaik taraf hari ini.

INFO PROGRAM & PENJURIAN ‘TALK TO MY MANAGER’

  • Format penjurian Talk To My Manager adalah berdasarkan 100% pemarkahan oleh barisan juri profesional yang dipecahkan kepada dua bahagian iaitu 60% kecekapan, kreativiti pengurusan dan strategi ‘manager’, dan 40% adalah dari keunikan persembahan dan kualiti vokal ‘artis’.
  • Pasangan manager dan artis yang meraih undian online tertinggi akan diberi ganjaran mingguan istimewa yang dapat membantu mereka dalam sesi penjurian pada minggu seterusnya. Antara ganjarannya adalah peluang kedua untuk membuat persembahan, penambahan markah dan juga kebolehan untuk memilih juri yang akan memberikan komen. Para penonton boleh mula mengundi selepas diumumkan hos di akhir rancangan pada minggu tersebut dan boleh mengundi sepanjang minggu di lama rasmi Astro Gempak.
  • Program ini juga memaparkan elemen baharu di mana pasangan manager dan artis akan berdepan dengan media untuk menjawab apa sahaja persoalan ketika program sedang berlangsung. 
  • Untuk pengisian di platform digital, program ‘Talk To My Manager Live+’ akan disiarkan secara serentak di www.gempak.com ketika berlangsungnya konsert mingguan. Program ini akan dihoskan oleh Mika Nabil & Fiza Frizzy.
  • Musim baharu ini turut berkolaborasi bersama Astro Gempak selaku Rakan Digital dan SINAR sebagai Rakan Radio Rasmi. 
INFO SIARAN ‘TALK TO MY MANAGER’


i. KONSERT TALK TO MY MANAGER | Mulai 24 Ogos 2025, setiap Ahad, jam 9 malam

Berlangsung selama 7 minggu, konsert Talk To My Manager akan bersiaran setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam. Program ini turut boleh distrim secara On Demand di aplikasi Astro GO dan sooka.  

ii. STUDIO TALK TO MY MANAGER | Mulai 23 Ogos 2025, setiap Sabtu, jam 10 malam 

Menampilkan kandungan eksklusif ‘Manager’ melakukan kerja serta mempersiapkan artis masing-masing menjelang konsert mingguan dalam latihan vokal dan kelas tarian bersama pengurus masing-masing dan mentor-mentor yang terlibat.

iii. BTS TALK TO MY MANAGER | Mulai 20 Ogos 2025, setiap Rabu, jam 8.30 malam

Kompilasi sorotan persediaan para peserta menjelang konsert mingguan serta klip-klip sedutan belakang tabir termasuk susunan persembahan, pengurusan peserta, latihan vokal dan kelas tarian bersama pengurus masing-masing dan mentor-mentor yang terlibat. 

#TalkToMyManager #TTMM20255 #AstroOne

TRACIE–JAZMY: FENOMENA BARU DALAM INDUSTRI DRAMA MELAYU

Tuesday, 12 August 2025

TRACIE–JAZMY: FENOMENA BARU DALAM INDUSTRI DRAMA MELAYU | “Ini dunia mereka, kita ni menumpang je…” #JaCieEffects Buat Hati Penonton Cair!

#JaCieEffects kini hangat diperbualkan di alam maya! Gandingan Tracie Sinidol dan Jazmy Juma bukan sahaja mencuri tumpuan peminat di Malaysia, malah turut meraih perhatian ramai di Indonesia dengan ‘chemistry’ mereka yang benar-benar ‘mencairkan’ dalam drama Hilang Dalam Rindu.

100% adaptasi novel dengan sentuhan vibe wattpad! Drama ini cukup istimewa kerana setia pada jalan cerita asal tanpa babak ‘cringe’ yang meleret. Pengarahan Along Kamaluddin memastikan setiap episod membawa penonton hanyut dalam kisah cinta yang tulus dan menyentuh hati.

Bukan itu sahaja, sebanyak 31,500 naskah novel habis terjual dalam masa singkat, menandakan sambutan hangat yang diterima. Malah, ada penonton yang sebelum ini jarang mengikuti drama Melayu, sanggup berjaga hingga jam 5 pagi untuk maraton episod tanpa henti.

Walaupun masih baru dalam industri, Tracie dan Jazmy mempamerkan keserasian luar biasa. Babak romantik mereka yang sederhana cukup membuat peminat cair, seolah-olah menyaksikan kisah cinta sebenar yang terjalin di antara mereka.

Tracie turut menerima pujian atas lakonannya yang sopan serta menjaga batas pergaulan dengan baik. Dia juga berjaya membawa watak Dira dengan sisi gelap dan kompleks, menambah kedalaman karakter dan membuktikan bakat lakonannya yang serba boleh.


Antara reaksi peminat yang mencuit hati:
“Cerita ni memang ikut novel sepenuhnya. Skrip pun sangat tepat 😍🩷 Love it!”
“Sorry sinetron Indonesia... kita nonton ini dulu 😂 Ramai juga orang Indonesia yang follow 😭💓”
“SUMPAH BEST GILA! Tapi sayangnya novel belum sempat beli lagi 🥹 Chemistry Tracie dan Jazmy memang padu 🦋💗”

Jangan ketinggalan! Saksikan terus Hilang Dalam Rindu setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di slot Samarinda TV3. Strim juga episod baharu 24 jam lebih awal melalui Tonton http://www.tonton.com.my .

Movie Review | Blood Brothers: Bara Naga (2025)

Monday, 11 August 2025


Pengarah: Syafiq Yusof, Abhilash Chandra
Penulis Skrip: Abhilash Chandra, Ghazwan Tomasi, Ayam Fared, Ashraf Modee Zain
Pelakon: Sharnaaz Ahmad, Shukri Yahaya, Syafiq Kyle, Syazwan Zulkifly, Amelia Henderson, Wan Hanafi Su, Zamarul Hisham
Syarikat Produksi: Skop Productions, Enotech, Komet Productions, M Republic, D'Ayu Pictures, Primeworks Studios
Pengedar: Primeworks Studios, CBI Pictures (Indonesia), Netflix
Genre: Aksi / Thriller
Durasi Tayangan: 130 minit
Tarikh Tayangan: 10 April 2025 (Malaysia), 11 Jun 2025 (Indonesia), 10 Ogos 2025 (Netflix)
Trailer:


Filem bermula pada tahun 1995 di mana Dato’ Zul (Wan Hanafi Su) terpaksa menyingkirkan salah seorang Naga iaitu Bakri Salleh di dalam organisasi mereka kerana membelot. 30 tahun kemudian sejarah berulang kembali apabila Abang Sham (Razib Salimin) langar peraturan dengan membunuh anak buah Bos Sam (Ray Dapdap) hanya kerana ingin selamatkan seorang wanita yang sedang hamil. 

Ikut tradisi lama, Abang Sham perlu dibunuh kerana hutang darah dibayar dengan darah. Ghaz diarahkan untuk laksanakan tugas tersebut. Walaupun ramai yang tak selesa dengan keputusan tersebut namun terpaksa patuh dengan keputusan Tujuh Naga. 


Dato’ Zul merupakan bekas komando dan meggerakkan organisasi Tujuh Naga melalui kenalan politiknya dan berselindung di sebalik pengawal keselamatan elit. Perniagaan tersebut diuruskan oleh Ghaz dan dibantu oleh Ariff (Syafiq Kyle), Malik (Irfan Zaini), Pablo (Andy Teh) dan Sham. Manakala anak lelaki merangkap anak bongsu Dato’ Zul bernama Fadhlan (Shukri Yahya) menguruskan perniagaan haram.

Kerana cemerlang dan setia dengan Dato’ Zul, Ghaz diambil sebagai menantu dan suami kepada anak perempuannya Sheila (Amelia Henderson). Namun pada malam perkahwinan mereka, Sheila dibunuh dan orang terakhir yang berjumpa dengan wanita cantik tersebut ialah Ariff. Berang dengan pemergian Sheila dan pengkhianatan tersebut, Ghaz buru Ariff untuk lunaskan dendamnya.  


Filem aksi thriller arahan Syafiq Yusof dan Abhilash Chandra mengangkat kisah gangster yang lebih kurang sama dengan franchise KL Gangster (2011) arahan abangnya, Shamsul Yusof di bawah terbitan produksi yang sama, Skop Productions. Bezanya, Tujuh Naga terlihat mewah dan eksklusif untuk kaburi mata pihak polis dan orang awam. 

Nicholas Chin paparkan dunia Blood Brothers dengan cemerlang dari segi visual yang menarik. Beberapa lokasi yang biasa terlihat cantik dan berbeza dengan sentuhan color grading mengikut palette warna hangat. Beberapa babak juga banyak bermain dengan penggunaan cahaya berwarna merah dan biru mengikut emosi dan situasi penceritaan. 


Wardrobe team did a good job sebab semua watak nampak segak dalam filem ni terutamanya Andy dan Irfan. Tapi kenapa Ghaz pakai baju Melayu hitam masa nikah? Tenggelam terus padahal dia patutnya jadi tumpuan utama. Tak match dengan pengantin perempuan satu hal lagi. Nak kata dia lebih pentingkan brothers dari Sheila ke macam mana?

Banyak action stunt dimasukkan sesuai dengan tuntutan genre filem dan alur penceritaan. Babak aksi antara dua pelakon utama dibikin sendiri untuk dilihat natural dalam kamera. I do enjoy some of  their fighting scenes except climax. Lama juga pengarah drag dekat situ padahal boleh kembangkan dekat tempat lain. Antagonis tak kuat mana pun kalau diikutkan tapi entahlah kenapa lama betul meleretnya. Ada beberapa kali watak sampingan menunggu turn kena pukul. Lepas tengok filem Blood Brothers: Bara Naga, I rasa Syafiq perlu chill sikit bab meletup ni sebab benda tu bukan kewajipan untuk genre aksi. Apatah lagi bila berlebihan.


My favourite fighting scene masa Ariff lawan dengan lelaki misteri dekat bar. The camera works is stunning. Music score dari Ricky Lionardi dan Teoh Eng Hooi mengukuhkan lagi penceritaan dan impak pada babak-babak tertentu. 

Penceritaan Blood Brothers: Bara Naga bergerak laju dengan latar masa yang bersilih ganti antara masa lalu dan masa sekarang. Ditambah juga dengan elemen plot twist – signature utama Syafiq Yusof. Dalam filem ni, plot twist tak umpphh sangat sebab dah boleh dijangka and somehow it feels familiar dengan filem-filem aksi yang lain.


Sama macam filem Polis Evo 3 (2024), filem Blood Brothers: Bara Naga pun ada babak-babak komedi yang dihadirkan menerusi watak Jaki (Syazwan Zulkifly) tapi komedi dia bukan my cup of tea so I feel flat. Mungkin personaliti watak Jaki sendiri menyakitkan hati jadi bila dia try hard jadi kelakar rasa macam nak tumbuk je. 

Few times juga babak komedi dalam Blood Brothers: Bara Naga berbaur lucah dan kasar. Tak boleh nak complaint banyak lah sebab filem ni pun berlatarkan dunia gangster. Tak kan nak sembang 7 pintu syurga pulak kan? Ray DapDap is a misfit for Boss Sam.


Mungkin filem Blood Brothers: Bara Naga ada ramai pelakon jadi screentime tak cukup untuk cover semua menyebabkan ada banyak lompong juga untuk perkembangan watak dan dialog. Sekaligus gagal menghadirkan emosi pada babak drama macam perbualan Sheila dan Ghaz tentang kenapa dia nak keluar dari dunia gangster. 

Tak pasti kalau Sheila kahwin dengan Ghaz sebab cinta ataupun dipaksa oleh Dato’ Zul sebab chemistry both actors tak ada. Masa Ghaz tanya kenapa Sheila ambil anxiety pills tu pun kasar. Nak pula dia bagitahu Daniel (Dini Schatzmann) dia ada 7 inci lembut as if Daniel tak ada benda yang sama fgs. Walaupun itu untuk komedi tapi kesian betul dekat Sheila yang terperangkap dalam dunia Tujuh Naga. 


Bonding Fadlan dengan Sheila lagi meyakinkan sebagai adik-beradik yang care with each other since Amelia nampak selesa dan menyerlah dalam satu skrin yang sama dengan Shukri Yahya. I tertipu dengan pandangan Fadlan masa Sheila makan pil dia dalam bilik lepas deep talk dengan Ghaz. But at least tercapai lah juga impian Sheila bila Fadlan mampu tunaikan T.T  

Watak Mira (Tracie Sinidol) senasib dengan Sheila bila dia kena manipulate dengan Ariff untuk dapatkan ubat. Bakat Tracie tersia dalam ruang yang terhad dan skrip yang lemah untuk watak-watak wanita. 


Personally, Syafiq Kyle dengan Sharnaaz tak ada chemistry jadi setiap kali dua watak ni bergaduh atau bergabung, I rasa biasa je. Feel tu tak sama macam duo Khai-Sani dalam franchise Polis Evo, Iman Shah-Ash dalam One Cent Thief atau mana-mana duo yang tinggi dinamikanya. But this is my personal view sebab I tengok ramai yang suka gabungan Syafiq dan Sharnaaz. 

Overall Blood Brothers: Bara Naga is a good action film walaupun ada kelompongannya. Kekuatan banyak terletak pada barisan pelakon terutamanya Shukri Yahya yang bergerak seperti sesumpah. Bila saja watak dia perlu bertukar, dia akan bertukar. Tak pasti dia guna rujukan mana untuk watak Fadlan tapi terngiang-ngiang signature Syafiq Kyle di separuh masa pertama filem dan dalam masa yang sama tak melupakan personaliti Fadlan masa kecil. Andy Teh dan Irfan Zaini pun menyerlah. Sayang Amir Nafis tak dapat screentime dan dialog yang bagus dalam filem ni sedangkan dia cemerlang dalam KL Gangster Underworld. 


For those yang belum tengok boleh layan di Netflix. Tak sesuai untuk tontonan keluarga dan bawah umur.

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.5, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +0.4, 10. Personal Thought +0.5 = 6.5/10