Win 3-day passes to Good Vibes Festival 2023 with Hitz FM and Mix FM

Monday, 10 July 2023

Win 3-day passes to Good Vibes Festival 2023 with Hitz FM and Mix FM | Listen to Hitz FM and Mix FM from now till 14 July for a chance to win

Menangi pas 3 hari ke Good Vibes Festival 2023 di Hitz FM dan Mix FM

• Pengunjung festival muzik berpeluang menang sepasang pas 3 hari yang bernilai RM800 setiap  satu untuk berhibur di Good Vibes Festival 2023, dari sekarang hingga 14 Julai, di udara menerusi Hitz FM dan Mix FM. Festival muzik akan diadakan di Sepang International Circuit pada 21 hingga 23 Julai 2023.

• Good Vibes Festival 2023 akan mempersembahkan barisan pemuzik tempatan dan antarabangsa yang terkenal termasuk Hujan, Alyph, The 1975, The Kid Laroi, The Stokes, Daniel Caesar, Sabrina Carpenter, DPR live, Leehi, Blink, Peach Tree Rascals, Jovynn, Leaism, Lullaboy, Bad Habits, Naufal x Mr Yang x Ashleylau, Talitha, The Filters dan ramai lagi.

• Peluang untuk menang tiket:

o Di Hitz FM

▪ Jadi pemanggil terpantas selepas isyarat ke udara di segmen ‘Hitz Morning Crew’, jam 8 pagi, Jumaat, 14 Julai 2023.

▪ Lima pemanggil yang melepasi talian telefon Hitz FM berpeluang menang sepasang pas ke festival untuk 3 hari.


o Di Mix FM

▪ Jadi pemanggil terpantas selepas isyarat ke udara di ‘Mix Drive with Hafiz & Guibo’, Isnin hingga Jumaat, 3 petang - 8 malam.

▪ Peserta perlu kongsikan sorakan berdurasi 10 saat untuk satu nama pemuzik digemari yang akan membuat persembahan di Good Vibes Festival 2023.

▪ Personaliti radio akan menyenarai pendek pemenang-pemenang berdasarkan sorakan terbaik.

• Untuk maklumat lanjut, layari hitz.syok.my atau mix.syok.my dan ikuti platform media sosial.

Ikuti





Kari Daging Kurban Batang Pisang

Sunday, 9 July 2023

 

Semangat balik Sabak raya haji tahun ni sebab ada batang pisang. Patutnya nak balik pagi raya tapi ada tetamu nak datang pagi tu jadi kena balik awal lah kemas rumah. Barai jugak lah stuck dalam jam sampai 5 jam, minum kopi pun tersengguk jugak depan stereng kereta. Nasib baik lah habis jam terus segar mata. 

Sebelum ni tak pernah jumpa stok batang pisang. Balik kampung dekat Kedah pun susah nak jumpa sebab rumah tok wan bukan dekat kawasan kebun pisang. Kalau ada kebun pisang pun belum tentu pisang jenis tu sedap umbutnya. Pernah jumpa dekat Shopee yang frozen punya tapi seller pulak tak reply. Bila dapat tu rasa seronok sangat sebab susah nak dapat. Makcik yang bagi batang pisang tu bagi free je sebab tak ada orang pun makan selama ni. Antara buang ataupun buat baja je dekat kebun. 


Suami dia kata orang utagha je yang makan batang pisang ni. Ye la kot tu sebab masa kecik dulu gulai kawah batang pisang ni jamu dekat kenduri kahwin. Sebab tu suka pergi kenduri kahwin dekat kampung sebab ada menu sedap. 

Batang pisang ni sedap kalau masak dalam kawah sebab api kuat tapi gamble je lah masak atas dapur gas biasa. Bagi hilang kempunan nak makan je. Bab potong batang pisang untuk ambik umbut dia dan masak tu kita bagi sepenuhnya pada yang berpengalaman lah. I tolong sediakan bahan je hshsh


Tak banyak pun boleh dapat dari dua batang pisang ni sebab kita ambik umbut yang nun jauh dekat dalam. Setengah periuk pun tak cecah. Mulut yang nak makan pulak ramai, memang merasa sorang sikit je lah cerita dia. Lepas ni kalau kawan umi offer lagi, dah boleh agak lah nak mintak berapa batang. 


Lepas 2 jam masak atas dapur dapat lah makan kari daging batang pisang ni. Kalau tengok pun boleh nampak lah umbut tu tak lembut macam masak dalam kawah tapi kalau masak sampai 6 jam karang kitorang pulak tak tahu bila nak makannya. 

Umi masak pekat sebab kitorang nak tapau bawak balik masuk peti ais. Nanti nak makan panaskan balik lepastu tambah air. Selain dari kari daging batang pisang, ada sup tulang jugak sebab Raya Haji kan, peti ais penuh dengan 20kg daging kurban. Sakit terus gusi sebab kunyah daging dari siang sampai malam. Bukan sebab daging keras tapi menu daging pelbagai resipi dari pagi sampai ke malam. 

Cari Bunga Marigold di Nursery Lot 53

 

Sejak Lot 53 berpindah ke Kampung Melayu Subang tak pernah menyinggah ke sini sebab nampak macam susah nak park. Tapi tu lah kalau tak pergi mana nak tahu susah ke senang kan? Jawapannya senang. Nak pula bila pergi weekdays macam ni memang tak ada kereta langsung. 

Motif utama pergi ke Nursery Lot 53 ni sebab nak cari bunga marigold. Umi dah lama mencari katanya, dekat Sabak kemain banyak nursery tapi tak jumpa jugak bunga marigold. Ada, tapi dia nak yang ada biji benih sekali. Dekat Shopee pulak tak ada stok. Lepas hantar adik-adik pergi tengok wayang dekat Citta Mall, menapak lah ke sini. 

M: Kita datang sini sebab nak cari bunga marigold je kan? 
U: ....................

Kalau buat diam macam ni dah tahu dah mesti ada benda lain dia cari. Tanya siap-siap sebab takut penuh kereta. Nursery Lot 53 yang baru ni dah la lagi besar dari sebelumnya. Pasu pun banyak yang cantik dari saiz kecil sampai lah yang besar gedabak. 



















Cantik pulak tengok diorang tanam pokok pegaga upside down macam ni. Jimat ruang

Tengah ralit ambik gambar dekat nursery ni tiba-tiba nampak umi berlari datang. Ingatkan nak tanya benda urgent rupanya

U: Dekat sini ada membership, RM10 ja untuk setahun. Kalau jadi ahli boleh dapat 20% discount!
M: Aikkkk nak beli bunga marigold ja kan? Tak payah lah sampai buat membership card. 
U: ......
M: ????
U: .......
M: okay T.T


Nasib baik bunga marigold tak ada dalam list ni


M: Jumpa dak bunga marigold? 
U: Jumpa!
M: Aikkk ni bukan pokok senduduk ke? Kan bersepah dekat hutan belakang rumah? Kenapa nak beli jugak? 
U: Hmmm tak berani lah nak ambik pokok dekat hutan tu. 
M: Lah diorang ni pun ambik dekat hutan jugak, semai dekat sini. 
U: Dulu kan dah pernah ambik tapi hantu kacau. Haaa kalau beli dekat sini confirm takdak hantu pasai hantu pi kat depa. 
M: Okayyyyy T.T


Konon nak beli bunga marigold, penuh 3 troli dengan pokok bunga sudahnya. 

U: Ehhhh dah bayar baru perasan pokok bunga ni dah ada lah dekat rumah. 
M: Takpa, tinggai ja la dekat sini
U: Eh tak boleh! Hat kat rumah warna lain, hat ni warna lain. Tengok kelopak dia tak sama
M: T.T


Kalau pergi nursery tak sah lah tak ambik satu. Dah umi kata dia nak bayar sebab bawah dari yang dia bajet haaa ambik je lah pokok butterfly ni. Dah lah warna purple, cantik pulak tu bentuk daun dia. Tengok dekat banner dia pasang, pokok ni indoor jadi sesuai sangat lah letak dalam bilik air. 

Lepasni kalau nak beli pokok boleh datang sini sebab senang nak parking, membership pun dah ada haha 

BOH Teh Hijau Latte


You will never know when your tastebud will change. Sama lah macam I yang dah tibehhhh suka dengan green tea. Sebelum ni cuba minum rasa macam biasa je tapi lately rasa menarik pulak. Maybe sebab barista dekat Starbucks tu pandai bancuh kot. Tukang bancuh air dekat restoran Thai pun bancuh sedap sampai jadi seronok minum green tea. 

Minggu lepas pergi pantry nampak pulak Green Tea Latte BOH dekat shelf. Tanpa segan silu ambil try satu paket. Ambil tanpa rasa bersalah sebab dah tahu siapa owner minuman ni. Dekat office Sheera je yang suka minum green tea. Kalau pergi Starbucks mesti order green tea latte ataupun matcha. 

Masa bancuh tu macam cuak jugak sebab tangan I bukannya pandai sangat bancuh tapi ajaibnya kali ni bijak benar terasa sebab bancuh je jadi. Lepastu letak ais sampai Sheera tergugat nak join jugak. Warna dia mungkin tak menarik dan sama macam dalam gambar dekat packaging tu tapi rasa dia sedap, lebih kurang macam Starbucks punya. 

Kalau beli Iced Green Tea dekat Starbucks dalam RM15 so cheaper version of that drinks boleh lah hilangkan cravings dengan BOH Green Tea Latte ni. Tambah 30 sen lah sebab ais beli sendiri dekat kedai bawah. I seriously recommend this one untuk yang suka minum green tea latte. Harga untuk satu pek ni bawah RM20 tapi beli dekat Shopee dapat lah RM15 exclude shipping fee. Dalam satu pek ada 12 stick, cukup lah untuk sebulan dua tapi kalau buat macam Sheera, letak dekat office, tak sampai seminggu dah habis. 

Movie Review | Alienoid (2022)


Director: Choi Dong-hoon
Writer: Choi Dong-hoon
Cast: Ryu Jun-yeol, Kim Woo-bin, Kim Tae-ri, So Ji-sub, Yum Jung-ah, Jo Woo-jin, Kim Eui-sung, Lee Hanee, Shin Jung-geun
Production Company: Caper Film 
Distributor: CJ E&M, Well Go USA (North America)
Genre: Sci-fi / Action 
Running Time: 142 minutes
Release Date: 20 July 2022
Trailer :


Naskhah science fiction yang mendapat tayangan perdana di 21st New York Asian Film Festival berlatarkan kewujudan alien arahan Choi Dong-hoon menggunakan latar masa sejak tahun 1380 di mana alien cuba menjadikan manusia sebagai hos untuk mengambil alih Bumi. Muncul watak Guard (Kim Woo-bin) dan robot pembantunya, Thunder memburu alien jahat dan mengurung mereka dari merosakkan planet tersebut. 

Thunder yang kasihan akan bayi perempuan, bawa dia pulang merentasi masa ke tahun 2012 dengan alasan mengkaji tingkah laku manusia sejak bayi. Yian (Choi Yu-ri) membesar dengan sihat dan pintar di bawah jagaan Guard. Kerana kepintarannya juga, dia korek sedikit demi sedikit identiti ayahnya dan Thunder. 


Di latar masa tahun 1381, Mureuk (Ryu Jun-yeol) menggunakan ilmu dan kuasanya untuk menangkap pencuri kerana upah yang lumayan. Dari kisah Gaeddongi (Kim Ki-cheon), dia dapat tahu tentang kewujudan pisau dengan bilah batu kristal berwarna biru. Mureuk pasti pisau tersebut boleh dijual dengan harga yang tinggi tapi kerana tamak, dia terjerat dalam perang antara manusia dan alien di zaman tersebut. 

Perjalanan cerita antara alien dan manusia ni menggunakan 3 latar masa dan peralihan tersebut bersilih ganti dan mengejut jadi memang kena fokus betul bila layan filem Alenoid ni. Tengah seronok tengok keletah Mureuk tiba-tiba pengarah bawa kita ke tahun 2022 di mana Guard terpaksa melayan kerenah Yian yang mengadu dengan guru sekolah tentang alien menyamar sebagai ayah dia. 


Ada masanya plot filem Alenoid rasa macam terlampau banyak info dan watak yang dimasukkan tapi disebabkan elemen komedi dan olahan santai buatkan cerita seronok ditonton sehingga ke hujung. Lakonan Ryu Jun-yeol  mencuri tumpuan dengan comic timing dan chemistry dengan Kim Tae-ri. Pengarah masukkan juga watak duo pendekar yang mirip seakan-akan watak sampingan dalam The Kungfu Hustle. Mungkin sebagai tribute kepada pengarah kegemaran. Pace filem Alenoid juga laju dan sarat dengan aksi baik di latar masa sekarang mahupun latar masa sebelumnya. 

Awalnya macam pelik juga kenapa pengarah kenalkan watak Mureuk secara mengejut tapi sedikit demi sedikit kita dapat pickup siapa watak ni dan bagaimana dia boleh terjebak. Kehadiran dia bukan kebetulan pun tapi memang dah ditakdirkan cuma ada kekeliruan dekat hujung yang mungkin akan terjawab pada Part 2 nanti. Bila Part 2 akan keluar tu tak pasti sebab tak ada berita rasmi walaupun filem dah pun habis shooting sebab team production shoot sekali jalan je untuk kedua-dua bahagian. 


Filem Alenoid Part 1 ni terasa panjang juga terutamanya pada second half sebab pertarungan antara Guard dan The Collector ambil masa yang lama. Keliru juga lah bila Guard nampak macam tak pasti dengan kekuatan The Collector sedangkan dia jaga banyak Haava di rumah untuk elakkan kebinasaan berlaku di Bumi. 

Idea untuk filem Alenoid ni menarik dan segar cuma olahan tu lah ada masanya terlampau sarat. No wonder lah team production alami kerugian yang banyak sebab dah labur sebanyak 33 billion won tapi cuma mampu kutip 13 juta won saja sepanjang tempoh tayangan. 


Boleh faham juga kenapa bajet filem meningkat sebanyak tu sebab penggunaan CGI yang banyak terutamanya untuk babak alien di latar masa moden. Visual yang dipaparkan tampak kemas dengan transisi menarik. Smooth je bila Guard bertukar rupa manusia kepada robot untuk berlawan dengan The Collector. 

Anyway, it’s a fun watch for me. Kalau yang tak suka dengan genre science fiction mungkin filem ni bukan untuk you guys. 

1. Team Production +0.8, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0.7 = 8.6/10

Drama Review | Delete (2023)


Director: Parkpoom Wongpoom
Writers: Tossaphon Riantong, Jirassaya Wongsutin, Parkpoom Wongpoom
Cast : Natara Nopparatayapon, Sarika Sartsilpsupa, Nat Kitcharit, Chutimon Chuengcharoensukying, Jinjett Wattanasin, Charlette Wasita Hermenau
Production Companies: GDH 559, Netflix
Distributor: Netflix
Genre: Sci-fi / Drama / Thriller
Running Episodes: 8 episodes (45 minutes per episode)
Release Date: 29 June 2023 
Trailer :


Naskhah terbaru Netflix membawa penonton ke alam di mana smartphone yang boleh melenyapkan orang sekelip mata. Vibe drama genre thriller drama arahan Parkpoom Wongpoom mengingatkan pada franchise drama Black Mirror di mana teknologi membantu manusia dengan cara yang agak seram. 

Kisah bermula dengan episod kecurangan Lilly (Sarika Sartsilpsupa) dan Aim (Nat Kitcharit) terhadap partner masing-masing. Alasan Lilly adalah kerana suaminya, Too (Natara Nopparatayapon) yang menakutkan. Hidup di rumah ladang dengan harta yang banyak tak menjamin kebahagiaan. Sementara Aim pula hilang rasa cinta terhadap kekasihnya, Orn (Chutimon Chuengcharoensukying). 


Mereka berdua bertemu dalam satu sesi temu bual kerana Aim bekerja sebagai photographer dan juga seorang penulis novel. Karakter dan peribadi Aim buatkan Lilly jatuh cinta. Masalah bermula bila hubungan mereka dapat dihidu oleh Orn. Lilly pula dapat tahu dia mengandung. Untuk kepastian, dia pergi ke pasaraya untuk dapatkan pregnancy test. 

Di situ dia berjumpa dengan seorang budak perempuan yang minta supaya Lilly mengambil gambar menggunakan smartphone unik. Sekelip mata, gadis tersebut hilang entah ke mana. Lilly jumpa jalan keluar untuk masalah mereka dengan hapuskan Orn dan Too. Bila dah terdesak kedua-duanya tak fikir panjang. 


Drama Delete mungkin mempunyai idea yang segar dengan menggunakan keunikan smartphone yang boleh melenyapkan identiti dalam sekelip mata namun bukan pada olahan dan alur ceritanya. Pace yang digunakan tersangatlah perlahan sampai 1.5x bukan penyelamat untuk keluar dari kebosanan drama ni. 8 episod terasa panjang sangat, nasib baik lah dekat Episod 5 plot semakin menarik dengan kehadiran lelaki misteri. 

Penulis tak dedahkan apa yang terjadi pada individu yang ‘hilang’ atau kenapa smartphone tu boleh wujud. Siapa yang wujudkan pun tak diceritakan, yang pastinya penggunaan tu mengikut niat individu. Pistol kalau digunakan untuk melindungi maka selamat lah orang sekitarnya tapi kalau digunakan untuk menyerang dan membunuh, semua orang pun rasa terancam. 


Penulis tak fokus sangat pun dengan smartphone unik tu tapi pada konflik Aim, Lilly dan Too. Watak June juga ada fair share dalam perkembangan plot dan hala tuju juga nasib Lilly. Pelik dengan kesemua watak yang ada dalam drama Delete sebab tak ada sesiapa pun yang mempersoalkan kenapa smartphone berbahaya macam tu boleh wujud. Nampak sangat semua pun ada masalah besar dan perlukan sesuatu yang mudah dan cepat untuk keluar. Bila Aim cakap dengan Lilly, tak ada orang pun akan cari orang tua homeless tu dah boleh nampak lah diorang dua ni match made in heaven sebab perangai selekeh sama level je. 

Bertambah lemah skrip tu bila tak ada sesiapa pun yang fikir kesan jangka masa pendek atau panjang bila individu hilang walhal kebanyakan watak adalah nama besar dan dikenali. Masa ada masalah semuanya fikir pandangan masyarakat tapi bila dah guna smartphone semua relaks macam tak ada apa akan jadi. Pihak polis boleh terima cerita Aim tanpa buat susulan lanjut sedangkan Orn hilang dekat rumah yang penuh dengan CCTV. 


Plot twist dekat hujung yang paling mengecewakan sebab dah jumpa favorite character tapi penulis sengaja buat surprise which is unnecessary at all. Macam defeat the purpose lah kewujudan smartphone ajaib tu. Mungkin penulis nak bagitahu yang smartphone tu wujud atau tidak, jenayah tetap akan berlaku juga? 

Kalau team production nak buat musim kedua, mungkin tak ramai yang berselera nak tengok lepas 8 episod yang tak dikembangkan secara mendalam pun. Visual dengan music score okayish lah. 

1. Team Production +0.5, 2. Visual +0.6, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.3, 5. Casting +1, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.5, 8. Editing +0.2, 9. Social Message +0.7, 10. Personal Thought +0.2 = 5.4/10

Movie Review | Eraser (2023)

Pengarah: Mark Lee See Teck

Penulis Skrip: Mark Lee See Teck, Tang Yen Yen, Mark Lee, Siti Jasmina Ibrahim

Pelakon: Namron, Adibah Noor, Angela Chan, Dhiyauddin Ariffin, Alyssa Lee, Danish Adam, Freedie Wong

Syarikat Produksi: Fiery Films

Pengedar: MyContent, Amazon Prime Video 

Genre: Drama

Durasi Tayangan: 94 minit

Tarikh Tayangan: 1 Jun 2023

Trailer : N/A

Naskhah drama yang menyajikan tema kekeluargaan dan kasih sayang tanpa mengira bangsa disajikan di Amazon Prime Video bermula Jun lepas. Filem arahan Mark Lee See Teck diambil dari filem pendek berdurasi 3 minit dan dikembangkan bersama barisan penulis yang lain untuk menjadi sebuah kisah yang sarat dengan pengajaran dan mesej sosial. 

Kisah bermula dengan kehidupan sebuah keluarga di kawasan pekan kecil. Satu malam Azman (Dhiyauddin Ariffin) bersama ayahnya, Ahmad (Namron) dalam perjalanan pulang dari masjid lalu bertembung dengan Xiao Li (Alyssa Lee) yang memerlukan bantuan. Dia bersama ibunya, Ah Yoke (Angela Chan) dalam kebasahan dek hujan dan sehelai sepinggang mencari tempat berteduh. 

Khadijah (Adibah Noor) tanpa berfikir panjang menjemput mereka anak-beranak tinggal di rumahnya buat sementara waktu. Ah Yoke bercadang untuk pajak barang perhiasan dan bekerja di mana-mana kedai lalu berpindah ke Australia. Di sana dia akan tinggal bersama kakaknya. 

Kerana trauma dan konflik yang dialami buatkan dia susah untuk percaya kepada sesiapa pun termasuklah Khadijah dan Ahmad yang banyak membantu. Ah Yoke larang anak perempuannya rapat atau mesra dengan Azman kerana mereka hanya berada di situ sekejap sahaja tapi nasihat dan larangannya diendahkan. Xiao Li selesa bergaul dengan penduduk kampung di situ kerana layanan mereka yang baik dan mesra terhadapnya. Walaupun dibuli di sekolah, Azman sentiasa akan datang membantu. 

Naskhah Eraser mempunyai jalan cerita yang ringkas walaupun pada setiap plot mempunyai konflik yang didedahkan oleh penulis. Olahan pengarah terlihat santai menyebabkan naskhah drama ni tak terasa seperti filem yang kuat impak emosinya tapi terasa seperti iklan pemadam untuk Hari Kebangsaan. Metafora pemadam yang Azman guna pun tak begitu jelas maksudnya. 

Masa Ahmad nasihatkan Azman gara-gara dia hilang semangat untuk siapkan projek seni tu rasa macam tak patut sebab emosi dia tak stabil lagi. Kenapa nak paksa? Faham lah diorang nak Azman menang dan capai impian melalui peluang yang ada tu tapi masa macam tak sesuai. It’s not that easy lah. Pertandingan macam tu tiap tahun pun ada, tambah pula motif untuk siapkan supaya Azman tahu erti tanggungjawab padahal peribadi dia elok je. Mesej dari projek seni tentang mengubat hati tu dah cantik dah tapi masa dan olahan tak kena. 

Bahasa yang semua watak guna dalam kebanyakan babak skema sangat so it’s a bit cringe lah untuk habiskan. Bab lakonan semua pelakon tak ada masalah pun sebab conversation mudah dalam situasi yang santai. Slang Xiao Li je lah comel sebab Bahasa Malaysia dia ada slang Cina macam ‘tengok sana ada ikan leh’. 

Sinematografi Eraser more to warm tone, sesuai lah dengan mesej yang dibawa oleh pengarah. Yang tak syoknya bila ada visual beberapa babak yang gegar. Props team pun pandai cari tempat dan props yang membantu latar tempat dan masyarakat dalam penceritaan Eraser. Suka tengok bilik Azman penuh dengan lukisan tangan yang dia hasilkan. 

Kekuatan filem Eraser terletak pada chemistry semua pelakon dalam keluarga kecil walaupun Ari (Danish Adam) tak ada banyak sangat screentime tapi anak bongsu ada spot tersendiri untuk menyerlah. Comel tengok bonding Ahmad dengan Azman especially part dekat dapur sembang pasal hal sekolah dan keluarga. 

Sayanglah filem Eraser ada potensi untuk jadi naskhah slice of life yang bagus tapi tersia dek olahan dan editing. 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +0.8, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.5, 7. Themes +0.8, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0.4 = 6.3/10