Try Iced Latte Burger King

Wednesday 22 June 2022

Sejak dah minum kopi ni, habis semua tempat nak try macam mana kopi diorang buat. Tapi tak daya la nak minum Americano so kita try Latte je. Bak kata Jihoon Treasure, tak kisah lah tengah panas ke, masa hujan ke, ribut taufan datang ke kalau nak order minuman tetap order yang ada ais. 

So bila pergi dekat Burger King ternampak dekat kaunter ada menu Freshly Brewed, terus order Iced Latte. Untuk makanan ambil set Burger King Cheeseburger, Mozarella Stick dengan Long Beef. 


First time makan Mozarella Stick dekat Burger King tapi apa lah bezanya dengan tempat lain pun. Bahan utama mozarella cheese dengan tepung je lah. Tapi I lagi suka Domino's punya sebab tepung tak tebal sangat dan tak ada breadcrumbs. Jenis lelangit lembut ni makan breadcrumbs mesti luka. 


Burger King ni makanan dia nampak tak menarik tapi rasa sedap. Pickles pun tak kedekut nak bagi tak macam mekdi. Fries dia pun sedap walaupun tak cantik sangat. Nampak je burger dia kecik tapi mengah jugak nak habiskan satu cheeseburger tu padahal bukan ambil yang double ke triple ke apa. Ambil yang biasa je. 


Sayangnya Iced Latte Burger King ni tak sesuai dengan tekak I sebab pahit nau. Tak tahu lah kalau dekat franchise Pavillion ni yang tak pandai bancuh. Cukup lah sekali sebab macam tak kena gak makan burger lepastu minum latte. Ni sembang tekak I lah bukan tekak orang lain. Gandingan yang hebat semestinya burger dengan coke hshshs kbai

5 comments

  1. Kita suka kopipahit haha. Mgkin suka americano tanpa gula kot

    ReplyDelete
  2. Sy setuju, burger kena minum coke. Tapi kalau Americano pun sedap, tapi dah FJ tak suka, kenalah minum coke atau pepsi, kan.

    ReplyDelete
  3. maybe sebab pairing tu kot. minum Latte mestilah dengan cake. hehe

    ReplyDelete
  4. Kluang tak ada outlet Burger King 😔

    ReplyDelete
  5. Hahaha.. Part berger dengan coke tu memang setuju habis.. Nampak gaya nak kena gi ke burger king juga nie..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.