My Spotify Wrapped 2020, Positive Arijit Singh Ka Fan Hoon Mein!

Wednesday 9 December 2020

Setiap tahun Spotify akan buat Spotify Wrapped just untuk meraikan para pengguna kot dengan buat summary lagu apa yang paling banyak tuan punya account dengar, artis atau album mana yang jadi kegemaran. 

I baru start guna Spotify tahun ni itupun sebab kawan Twitter belanja since ada satu spot extra hihi

Sebelum ni tumpang Spotify Hilmi je dengar lagu dekat office tapi jarang jugak sebab lagu Hindustan tak banyak lagi masuk Spotify. Lepas lockdown haritu dah banyak album 90's dimuatnaik. Bila tengok dekat playlist On Repeat, boleh nampak la kan lagu Hindustan je banyak. 




So my Spotify Wrapped is here.....


Untuk genre music, I am more to Modern Bollywood sebab lagu Hindustan yang baru lebih catchy, fun and lebih pendek duration compared to oldies. Lagu Hindi yang lama mau cecah sampai 6 minit. Lagu baru ada yang dua minit je. Ada juga yang release extended version tapi 4 minit je lah habis kuat pun. 

Tak tahu kenapa jarang dengar lagu English dekat Spotify ni, to be exact dah jarang dengar dah lagu English. Maybe sebab banyak sangat vulgar words macam lagu Say So - Doja Cat tu ataupun lagu lemau macam Billie Eilish haha.


Well....if you said so, yupppp I did.... hiks


Kalau dah dengar lagu Hindustan sah-sah la kan banyak artis dalam satu lagu. Ada tu sampai 6 suara sebab ada 6 watak dalam movie tu haha lagu Melayu pun dah mula letak ramai penyanyi dalam satu lagu. Macam lagu Gila tu ada Noki K-Clique, Kaka Azraff dengan Loca B. Lagu Pulang pun ramai juga nama penyanyi yang involved...


Part ni macam susah nak percaya sikit sebab dengar lagu ni sekali je pun. Banyak search lagu Mujhse Dosti Karoge ada lah. Tak pun lagu dari movie Gupt. 


Lagu ni special sebab lepas mendiang Sushant Singh Rajput pergi je director Mukesh Chabbra decide untuk release movie so album yang digubah oleh A.R. Rahman ni mula dimuatnaik di Spotify sebagai hadiah kepada fans Sushant. And this is my fav song - Main Tumhara. The lyrics is too deep and filled with love :')

But still, my fav is Shayad. Lagu ni berhantu sebab lirik dia mendalam and relatable sangat. Dah la Arijit Singh yang nyanyi so no doubt lah will stay in my heart forever. 

Anddddd..... my top artist for 2020 is..... ARIJIT SINGH!! Hahaha I rasa dari tahun 2012 pun dah memang nama dia je paling tinggi dekat dalam carta haha

Dah 8 tahun dah tapi belum ada lagi yang mampu ubah perasaan tu bila dengar lagu yang dinyanyikan oleh Arijit. But heyyy, hati dah mula terbuka untuk Jubin Nautiyal dengan Darshan Raval ataupun Shaan. Tapi emosi tu tak terkacau bilau bila dengar suara Arijit lah. anyway thanks Spotify for this stats! 

2 comments

  1. true!! lagu2 hindi oldies mmg sampai ke 6mins hahaha

    ReplyDelete
  2. Right now, you might be endorsed to a name. Provided that this is true, your music may be on Spotify as of now.download spotify premium

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.