Beli Tiket Wayang di Mesin Tiket TGV

Tuesday 7 July 2020

Start 1 Julai haritu cinema dah boleh beroperasi balik dah tapi buat masa ni macam tak banyak lagi movie sebab negara lain ada yang lockdown lagi. Dari Malaysia pun ada satu je movie untuk bulan ni. 

Kalau tengok movie memang suka beli tiket online sebab malas nak beratur tunggu pastu lagi menyampah kalau dapat seat tak cun. Tapi kalau tengok movie Hindustan dekat mmcineplex tak payah nak sakit kepala sebab hall 16 tu memang untuk movie Hindustan dan tak pernah ada orang selain muka I dengan adik I lol

Kalau layan movie dekat TGV better beli dekat mesin tiket dia sebab takde option lain pun haha nasib baik tak susah mana. Kalau susah siapa je yang nak guna mesin ni ye dak?

Step 1 : Pilih movie


Pilih la movie yang mana nak. Macam kitorang masa beli tiket ni nak tengok Judgementall Hai Kya, movie Kangana dengan Rajkummar Rao. Gigih la nak tengok masa ni sebab Raj hot teruk sampai tak boleh move on. Dah pilih tekan Next.

Step 2 : Pilih Tempat Duduk


Nak pilih seats ni make sure tengok betul-betul screen dekat mana. Kalau dekat kaunter banyak kali tanya sebab pernah hampir tersilap nak pilih seats depan skrin. Nasib baik perasan, fuhhh! [Dalam gambar tu movie One Two Jaga kan, sebab korek gambar lama lol]

Step 3 : Pilih Tiket


Kalau tengok dekat TGV ni selalunya sesak dada dibuatnya sebab movie small banner macam One Two Jaga dengan Judgementall Hai Kya ni diorang letak dekat hall mahal. Masa ni I tak sedar yang mmcineplex better choice than TGV or MBO. 

Nak beli 2 tiket, tekan la [+] lepastu tekan Next. 

Step 4 : Pilih Movie Snacks


TGV tak banyak choice kan :')  sebab tu tak best :') 

Dah pilih nak yang mana tekan Next.

Step 5 : Payment


 Zaman covid-19 ni memang digalakkan untuk cashless. Antara salah satu sebab kenapa senang guna mesin tiket TGV ni tak perlu nak prepare cash. Cehh padahal dekat kaunter pun boleh je pakai debit. Masuk kad debit macam biasa.


Tunggu mesin baca debit card then masukkan la PIN number. 


anddddd we're doneee! 


Sekejap dan senang je nak beli tiket dekat mesin tiket TGV ni tapi kena beratur lama kalau jumpa manusia yang jenis tak reti buat keputusan dulu sebelum masuk beratur. Kalau jumpa couple lagi rengsa nak tunggu diorang habis sesi berbincang. 


Nanti dah keluar tiket jangan terhilangkan pulak, bab yang tu memang tak boleh nak tolong sebab takde pengalaman lagi. But till then, have fun watching!

5 comments

  1. Tahun 2020 ni macam takde tgk wayang lagi ni.. Kalau beli memang beli online je senang. pernah try guna mesin sekali

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  3. terima kasih dengan maklumat yang dikongsikan bye aqiel

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.