Movie Review : Baaghi 3

Tuesday 5 May 2020


Director : Ahmed Khan
Writer : Farhad Samji
Cast : Tiger Shroff, Ritesh Deshmukh, Shraddha Kapoor, Ankita Lokhande
Production Company : Nadiadwala Grandson Entertainment, Fox Star Studios
Distributor : Fox Star Studios
Genre : Action / Thriller
Running Time : 143 minutes
Release Date : 6 March 2020
Trailer :


Installment ketiga dari franchise Baaghi under production house yang sama - Nadiadwala Grandson Entertainment mengisahkan tentang Ronnie (Tiger Shroff) yang nak selamatkan abang dia, Vikram (Ritesh Deshmukh) dari ketua terrorist ISIS, Abu Jalal Gaza (Jameel Khoury) di Syria gara-gara ditangkap semasa undercover untuk buru samseng IPL (Jaideep Ahlawat).


IPL dah lama bekerja  dengan Abu Jalal Gaza menculik dan seludup orang India dan Pakistan untuk dijadikan korban dalam letupan di tempat awam. Kalau si suami refused, isteri dan anak-anak kena bunuh. Ronnie, Sia (Shraddha Kapoor), Akhtar Lahori (Vijay Varma) dan polis Syria cuba halang misi ISIS untuk letupkan bandar Syria dengan guna semua tebusan.


Berbekalkan janji kepada ayah dia, Inspektor Charan Chaturvedi (Jackie Shroff), Ronnie dari kecil lagi jaga Vikram dengan baik. Dari kecil lagi kalau Vikram kena buli memang dia jerit nama Ronnie je. Dia masuk polis pun, Ronnie yang belasah semua samseng. 


Dalam movie ni memang director Ahmed Khan highlight Tiger dan guna skills yang dia ada untuk nampak macho onscreen. Dari scene fight dengan samseng, lawan dengan chopper, kereta kebal, remake scene Captain America, terbang guna tali macam Hrithik buat dalam Bang Bang dan WAR, semua ada untuk entertain audience. 


Watak Shraddha cuma untuk jadi cantik dan exaggerate. Watak Riteish pula selain jerit nama Ronnie, dia akan deliver dialogue lawak hambar. Memang patut lah Tiger ambil screentime banyak dari dua watak ni sebab tak faham kenapa writer buat macam tu. Nasib baik watak Ruchi (Ankita Lokhande) okay. 


Jackie Shroff muncul sekejap tapi cukup untuk hilangkan rindu tengok dia berlakon onscreen. Pertama kali Jackie dengan Tiger Shroff muncul dalam satu movie yang sama sebagai ayah dan anak. Pandai team production cari pelakon kanak-kanak yang lebih kurang sama dengan muka Tiger dan Riteish even lakonan pun bagus. 


Movie ni dipromosikan sebagai genre action tapi lebih kepada masala sebenarnya sebab tak banyak pun fight ataupun action stunt yang nampak real. Angin beria, Tiger lari sana-sini buat acrobat dan ada scene yang director tak tunjuk pun dia fight tapi dah settle belasah semua. There’s no physics applied. Terima je bila Ronnie terbang lepas kena tembak dengan chopper and land on chopper at the end. Sayang lah action stunt hasil koreografi Ram Chella, Lakshman Chella dan Kecha Khampadkee tapi tak disunting dengan kemas. 


Visual ada part yang okay ada yang tak. Untuk first half banyak guna VFX  tapi tak kemas even layang-layang pun nampak kartun. Scene orang kena bakar depan balai polis pun tak nampak real. Tapi dekat second half bila Ronnie hancurkan kem Abu Jalal nampak gah. I do enjoy that scene to be honest. Wedding set Vikram-Ruchi pun cantik. Tak tahu kenapa makeup team beria buat muka Tiger dengan Shraddha nampak perang walhal dua-dua kulit cerah. 


Music album not bad lah walaupun most of their tracks adalah remake macam lagu Do You Love Me dari lagu British dengan cameo Disha Patani lepas muncul dalam Baaghi 2, Dus Bahane dari movie Dus tahun 2005 dan lagu Bhankas remake lagu Ek Aankh Marun To dari movie Tohfa tahun 1984. 


Tak ada yang fresh pun dari segi jalan cerita sebab movie ni ambil plot cerita movie Tamil Kaththi tahun 2014 dengan koleksi lagu yang kebanyakannya remake dan dialog yang lemah. Even action stunt acrobat Tiger pun kita dah biasa tengok dalam movie-movie sebelumnya. Ekspresi dan attitude yang sama dari debut. Movie ni sesuai untuk fans Tiger dan nak layan secara santai sahaja. 


Ada Baaghi 4 pun I okay je tapi tolong la tukar scriptwriter and stick to action rather than masala. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +0.5, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.3, 5. Casting +0.5, 6. Genre +0.3, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.4 = 5.2/10

7 comments

  1. Nampak storyline memang tak mengecewakan.. hehe. Bleh try tengok bebila nanti ni :) Pelakon pun semua Syaza minat hihihi

    ReplyDelete
  2. Baaghi 1 dan 2 dah tengok. Nanti nak Baaghi 3 ni pulak.

    ReplyDelete
  3. Storyline menarik, bole masuk wishlist

    ReplyDelete
  4. wahhhh nak tengok laaa menarik nih

    ReplyDelete
  5. banyak rupanya baaghi ni ye

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.