Selangor Agrofest 2019

Saturday 14 September 2019

Image result for agrofest shah alam

Before this pernah pergi Agrofest di Sungai Besar tapi kali ni buat dekat je dengan rumah dekat Bulatan Bazarena Shah Alam bertemakan Permodenan Pertanian Ke Arah Kehidupan Lestari. 

Dah plan nak datang sini hari Ahad lepas beriadah di Bukit Cerakah, Shah Alam sebab satu hala balik ke rumah je. Sebelum sampai rumah, kita singgah dulu sini meriahkan suasana. 




Kawasan ni agak luas so untuk make sure tak ramai yang sesat, dah letak peta siap-siap tapi hari Ahad tu tak lah banyak sangat booth sebab ruang tengah tu kosong je. Tak pasti lah dah ramai yang habis berjualan ataupun memang kosong. 


Dekat khemah ni kebanyakannya tunjuk cara penanaman tanaman sayur dengan buah. Geram sangat bila masuk dekat sini sebab buah dengan sayur besar kemain. Sihat sangat nak compare dengan yang kita tanam memang jauh beza sangat. 





Banyak cara untuk tanaman ni, ada yang buat penanaman hidroponik bertingkat, hidroponik kongsi dengan ikan, penanaman menegak, penanaman gaya bandar dan lain-lain. Ada juga pertandingan gubahan dan ukiran buah, pameran pertandingan hasil etc. 



Walaupun salad ni tak berapa nak segar tapi geram tengok salad dia gemuk kemain. Kalau kita yang tanam berapa kali entah tabur benih tetap jugak tak naik.









Ada juga section yang terangkan betapa pentingnya pokok dalam kehidupan kita selain bagi oksigen, pokok la yang lindungi dari hakisan tanah. Bila ada pokok, air sungai lagi bersih dan jernih.


Yang ni pameran tanaman tradisional, tanaman di kawasan kampung kebiasaannya perlukan kawasan yang luas macam sawah padi. Fun fact, daerah Sabak Bernam dah jadi kawasan jelapang padi mengalahkan negeri Kedah bila jadi supplier utama kepada hasil beras di negara kita. 



Ni pameran contoh tanaman hidroponik bertingkat yang dah jadi trend sekarang untuk kawasan yang tak berapa luas. Dalam gambar tu bayam brazil dengan saiz yang agak besar. Geram sangat tengok. 


Yang ni pun hidroponik tapi berbeza dengan dekat atas bila tanaman ni perlukan sinaran cahaya yang agak banyak untuk membesar. Menangis jugak tengok bil elektrik tiap bulan ni. 


Cara penanaman ni pun dah makin popular sekarang sebab jimat space untuk kawasan bandar. Nak jugak buat macam ni tapi tak jumpa lagi port yang sesuai sebab tong ni agak besar. 


Yang ni contoh kedua untuk penanaman bandar tapi yang ni lagi kemas tersusun lah compared dengan penanaman tong tadi. 




Yang ni pula penanaman hidroponik bertingkat dwifungsi. Belah atas tanam pokok, di bahagian bawah ternak ikan. 


Yang ni pun hidroponik bertingkat jugak, bezanya air yang di atas turun supply tanaman di bawah. 


Selain jenis penanaman, ada juga pameran untuk tunjuk apa kegunaan hasil tanaman. Ada yang boleh dibuat perfume dan facial skincare selain jadi produk makanan dan minuman.




Pameran untuk racun tanaman pun ada dekat Agrofest ni, siap tunjuk jenis racun yang digunakan oleh kebanyakan petani dan penjaga tanaman di kawasan rumah. 


Dah lupa dah kenapa ada koleksi ulat dekat sini. Yang pastinya ulat dekat sini pun sama sihat je dengan tanaman yang lain. 


Bergerak ke khemah lain, dekat khemah MARDI ni ada pameran buah-buahan dan hasil tanaman gaya MARDI. Tak jauh beza sangat lah dengan khemah sebelum ni. Rasa geram tu tetap ada bila tengok buah-buahan gemuk dia. 






Untuk yang tengah belajar dalam bidang agro ni boleh la datang beli miksroskop mini dengan harga promosi.


Tak sangka pulak sekarang ni ada yang buat hadiah tanaman daam balang dan botol kecil sebagai hiasan. Rasa nak beli tapi takut pulak tak tahan lama. 







Dekat khemah ni boleh tengok hasil penanaman padi secara berperingkat dari stage penyemaian benih sampai lah siap dituai. 



Settle dekat khemah MARDI, pergi ke khemah Industri Perairan dan Perikanan pulak. Dekat depan khemah dah bau ikan bakar. Tak tahu lah dia jual ke dia buat pembuka selera. Ikan dia kemain sihat. 


Dekat khemah ni ada booth jual ikan, akuarium, produk makanan berasaskan ikan dan lain-lain yang berkaitan. Dekat sebelah tepi tu ada info tentang hidupan marin. Mostly pasal pencemaran di laut sampai bahayakan kehidupan marin terutamanya penyu. 







Ada jugak tub yang ada hidupan marin macam tub ni ada ikan yu tapi diorang tak letak banyak lah, cukup untuk orang awam tahu bentuk dan rupa dia macam mana. 





Paling meriah bila sampai dekat part ikan sebab banyak jenis ikan boleh tengok. Suka tengok ikan coral dengan nemo sebab comel. Pergi kedai ikan pun suka tengok jugak jenis ikan ni sebab colourful dan comel. 


2 comments

  1. Bestnya dapat sayur fresh macam tu :)

    ReplyDelete
  2. Ala dah lepas. Kalau tak boleh juga datang sini tengok pokok huhu

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.