Pesta Lampu Sungai Besar 2019

Thursday 19 September 2019


Balik Sabak minggu lepas nampak ada deco berlampu dari jauh, dari luar nampak macam cantik. Bila tengok banner baru tahu ada LED Festival dari jam 7 malam sampai 12 malam start 13 September sampai 29 September 2019. 

Disebabkan birthday si Farah terpaksa lah ikutkan jugak apa dia nak sebab malas nak melayan kalau dia merajuk nanti. Tak relevan sebenarnya buat dekat Dataran Tonggak 10 ni sebab tempat sempit. Bab sesak tak payah cakap lah, dengan kaki sakit kena langgar dengan stroller, terlanggar sana sini, panas lagi. 

Belum sembang pasal baju lagi bila tak bawak balik baju lebih terpaksa pakai baju mak entah zaman bila. Dia pun tak pernah pakai masalahnya. Dah pesan siap-siap dengan Ayin, nak ambil gambar sampai pinggang je sebab bahagian bawah nauzubillah sangat fashion dia.

Muka terpaksa senyum
Harga tiket masuk untuk kanak-kanak dengan dewasa sama je, RM5. Sakit jugak nak hulur tapi harap boleh claim dari akaun bank Farah nanti sebab dia yang beria kemain. 

Tak banyak pun attraction dekat dalam ni sebab nak bergambar satu tempat pun kena tunggu lama except dekat bahagian bungan LED ni. Entah kenapa tak ramai yang nak bergambar sini. Bunga pun dah banyak tercabut dari tanah dah. 



Lagi satu hal turn off bila backdrop tu haaaa pakai kain plastik contruction tu je. Posing ala model pun belum tentu gambar jadi cantik haha


Nampak tak muka macam tepung gomak? Sebab dekat sini suruh Farah pegang hp on torchlight. Kalau tak sia-sia je 5 hengget ambil gambar tak nampak muka. Ini pun ternampak tips orang sebelah bergambar. 


Besar sebenarnya swan ni tapi sesak dengan orang


Harap tak kena kecam lah sebab bendera terbalik. Nak bergambar belah depan tapi gelap. Dekat sini je lighting cantik lepastu tak payah beratur lama sampai baju basah dengan peluh. 

Since pakai baju mak kan, takde mood lah nak bergambar sangat tapi bukan banyak pun tempat boleh bergambar dengan tenang. Gambar sendiri berapa keping je, selebihnya ambil gambar budak berdua ni.  



50x suruh posing, 50x jugak buat gaya ni haihhhhh
Risau jugak lah tengok budak-budak yang datang haritu sebab tangan tak reti duduk diam, macam dalam gambar tu. Ada lagi best parents siap suruh anak main lompat-lompat atas lampu. Kalau pecah tu dah satu hal penganjur nak replace. Kalau barang je rosak, okay lagi, kalau ada yang injured? Haaaa nangis pun tak guna. 


Lama jugak lah tunggu nak dapat shot cantik tapi hmmmm tersesat jugak sorang dekat belakang tu. iRedho.


Starwalk ni cantik actually tapi nak tunggu macam lengang sikit memang tak dapat lah and since gambar semuanya gelap, kita selfie je lah. 



Not bad lah cantik pesta lampu ni tapi kalau buat dekat Stadium Sungai Besar better kot sebab lagi luas. Nak park kereta pun senang, tak la gelap sangat dan bahaya macam dekat Tonggak 10 ni. 

Spend time lama dekat dalam ni walaupun sekejap tapi cukup untuk buat panas dan haus. Air tong pun boleh tahan jugak harga dia, cair pulak tu. Baik bawak sendiri lah air mineral untuk jimat sebab air tong pun takde lah sedap mana. 

Apart from this festival ada jugak booth jual macam-macam produk tapi malas nak belek sebab poket dah kering dah. Panas pulak tu, memang tak kuasa lah nak belek benda lain. Lepas keluar memang aim nak balik je. Siapa yang nak pergi tu good luck lah. Hopefully jangan buat dah, sakit kalau Farah nak pergi lagi sebab muka dia tak terserlah erti penyesalan. 

7 comments

  1. hahahahah muka tu memang tak puas hati betul...dengan penceritaan dia lagi..nampak benar sangat menggeramkan hati...

    tapi...still cantik lahhh pakai baju mak pun..hihihi

    ReplyDelete
  2. Waaaa meriahnyaaa...
    Lama tak balik Sabak Bernam kampung suami Sis...mesti meriah Sabak kan ada pesta macam ni..

    ReplyDelete
  3. Meriahnyaaa sini! knpa byk lampu. ni nak marah ni hahahahah taklah gurau je. dkt taiping pun ada jugak bulan lpas heheh tpi tak byk lmpu mcm sini laaa. knpa dorang suka tmpat yg sempit??? hahaha emo

    ReplyDelete
  4. waahh..dah sampai sungai besar ye pesta lampu ni. kte pergi yang kat Meru, klang ituhari :-)

    ReplyDelete
  5. ayo daftarkan diri anda di a*g*e*n*3*6*5 :D
    WA : +85587781483

    ReplyDelete
  6. event dah cantik.. Tapi bila tempat tak okay, pengunjung pun tak okay.. memang jadi tak best lah..

    ReplyDelete
  7. Yes i am totally agreed with this article and i just want say that this article is very nice and very informative article.I will make sure to be reading your blog more. You made a good point but I can't help but wonder, what about the other side? !!!!!!THANKS!!!!!! http://pestadomino.com

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.