Movie Review : Student Of The Year 2

Saturday 7 September 2019


Director : Punit Malhotra
Writer : Arshad Sayed
Cast : Tiger Shroff, Tara Sutaria, Ananya Pandey, Aditya Seal, Samir Soni 
Production Company : Dharma Production, Fox Star Studios
Distributor : Fox Star Studios
Genre : Romance/Action/Drama
Running Time : 145 minutes
Release Date : 10 May 2019
Trailer :


Sequel movie hit Student Of The Year, movie debut trio Sid Malhotra, Alia Bhatt & Varun Dhawan kali ni jadi platform debut untuk Ananya Pandey danTara Sutaria dengan lead cast dari Tiger Shroff merebut gelaran Student Of The Year di St. Teresa.


Kalau dalam SOTY 1, pelajar lelaki atau perempuan kena compete dalam study, dance competition dan triathlon untuk menang trofi Student Of The Year tapi berbeza sikit kali ni bila compete antara sekolah dalam acara sukan especially Kabaddi dan star student akan menang trofi Student Of The Year.


Dance competition ada jugak dalam movie ni tapi acara asing. Lagi extra bila ada dance competition peringkat daerah. Cuma bab study, jawab exam je tak ada sebab masa dah banyak habis dengan sukan dan menari. Macam talent school bukan tempat belajar. Dalam SOTY 1 nampak jugak scene study group, preparation untuk final exam bagai.


Bab cinta of course lah jadi main focus dan sama macam SOTY 1 ada kes love triangle, bezanya dalam SOTY 2, Shreya (Ananya Pandey) dengan Mia (Tara Sutaria) berebut nakkan Rohan (Tiger Shroff). First half director dah tayang kisah cinta Rohan dengan Mia sebab bercinta dari kecil lagi tapi bila masuk St. Teresa, Mia syok dengan Manav (Aditya Seal) sebab handsome dan jauh lebih kaya dari Rohan. Student Of The Year dua tahun berturut pulak tu.


Bila Manav sengaja kacau Mia untuk distract Rohan, Shreya datang berbaik dengan Rohan sebab kesian tengok Rohan dipergunakan Mia dan Manav sampai kena buang dari St Teresa. Lagipun Shreya nak dance partner untuk menang dalam dance competition supaya dia boleh pergi London.


Kalau dalam SOTY 1, kita boleh tengok Rahul Nanda (Varun Dhawan) selalu diabaikan oleh ayah dia sebab pilih bidang muzik dari business, dalam SOTY 2 ada Shreya yang diabaikan oleh ayah dan abang dia sebab jadi punca mak dia meninggal masa lahirkan Shreya. Sentimental mode tu ada tapi Varun did it better lah lagipun plot dalam SOTY 1 nampak lebih relevan dan teratur daripada SOTY 2.


Nak sembang pasal scene kelakar, I can say hambar compared to previous movie tapi ada la beberapa scene Shreya yang menghiburkan especially scene Mia datang minta maaf dekat Rohan. Quite impressed on how Ananya play her character well in this selain dari Aditya Seal yang menyerlah sebagai watak antagonis. Kalau dalam SOTY 1 ada pengetua (Rishi Kapoor) sekolah yang menghiburkan dengan perangai dia, dalam SOTY 2 ada pengetua (Samir Soni) yang try hard being funny. 


Music album SOTY 2 agak average compared to previous movie walaupun guna kahidmat music director yang sama, Vishal–Shekhar. Kalau music album SOTY 1 sampai boleh menang award Album Of The Year tapi music album SOTY 2 dapat sambutan biasa je. Personally love Mumbai Dilli Di Kudiyaan, Fakira dengan Hook Up Song.


Walaupun SOTY 1 nampak lagi menarik jalan cerita, cast dan soundtrack album tapi SOTY 2 menang dekat visual dia. Lighting, color grading, transition, effects, cinematography buat cerita nampak lebih menarik dan sesuai dengan tema teen movie. Cuma kelakar part camera suka zoom dekat muka Rohan bila mention pasal trofi Student Of The Year dengan part tangan Manav buat circle masa game Kabaddi.





Overall untuk layan secara santai, okay lah nak layan hilangkan bosan. Not bad for Ananya tapi sayang lah Tara cuma dapat watak lemau sedangkan Aladdin can do much better for her acting and singing career. Hopefully dia menyerlah dalam movie Marjaavan nanti.

1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.6, 7. Themes +1, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.4, 10. Personal Thought +0.3 = 5.9/10

5 comments

  1. nanti try tengok filem ni hihihi

    ReplyDelete
  2. Jemput join segmen sy 😃
    https://ciknurul23.blogspot.com/2019/09/segmen-bloglist-sii-nurul.html?m=1

    ReplyDelete
  3. bila tengok cerita hindustan..berkobar kobar nak diet sebab teruja tengok body dorang...lawa lawaaaa

    ReplyDelete
  4. Suka tengok makeup bila tengok cite hindustan. Natural tapi lawa sangat. Tajuk cite dah gempak. Boleh la layan santai movie ni nanti.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.