Lunch Di Seoul Garden 1Utama

Saturday 28 September 2019

Image

Bulan lepas dah pergi ke Seoul Garden tapi ditutup sebab new makeover sampai 18 Ogos. Since curious nak tengok apa yang baru dekat Seoul Garden, ajak kawan-kawan tempat kerja lama dengan family diorang join sekali lunch dekat sini. 

Pembaharuan dekat Seoul Garden ni bila dia ada Premium Set, cuma kena tambah lagi RM10 untuk merasa set ni. You guys akan dapat tag oren supaya penjaga kaunter boleh ensure you guys memang purchase set ni. 

Kalau dulu ada dua jenis sup je, sekarang dah ada 4 pilihan - Tomyam, Milky Seafood, Tomyam Kimchi and each table boleh dapat 2 sup. 

Yang bestnya sup dengan grill berbeza, each tempat masak ada button sendiri so you tak payah pening bila memasak nak rush sebab takut sup kering or bahan hangus dekat grill. 



So for that day kitorang pilih sup Milky Seafood dengan Tomyam Kimchi. I prefer Milky Seafood sebab sedap. Sup dia walaupun milky tapi tak muak cuma warna je putih melepak. Tapi Tomyam Kimchi is a no no sebab masin dan rasa cuka dari kimchi tu. 



Pilihan bahan mentah masih lagi sama macam dulu cuma susunan je lah berbeza. Lunch tak ada kambing dan ketam, kena tunggu dinner baru keluar. Makanan ready made disediakan tapi dah tak ada kimbap dengan sushi dah which is sad lah since its my fav. 






Sebelum ni tak ada isi ikan dory tapi lepas makeover dah ada, super love sebab isi ikan ni lembut. Makan dengan sup milky seafood memang nyummmmm! 



Kalau makan dekat Seoul Garden ni memang hentam ambik seafood dengan kambing je. Memang tak lah nak pandang ayam. Yang tu hari-hari boleh makan masa lunch. Seafood dengan kambing dah la mahal, bukan selalu pun boleh makan. 

Untuk yang premium set tu, kaunter dia kecil je dan rasanya tak setiap waktu dia ada semua bahan. So kalau pergi time peak hour macam weekend dan public holiday kena tunggu lama la kalau nak makan semua bahan. Not sure dekat outlet lain but this one macam ni. 

   Image result for seoul garden


 

Sebelum ni pernah makan ikan salmon tapi kembang tekak tapi disebabkan premium set Seoul Garden ni sedap yakmattttt! Banyak kali repeat order ikan salmon dengan beef new zealand. Memang wangi dan sedap! 

Since makan ramai-ramai, meja book besar sikit lah. Ni pun entah berapa kali staff SG datang kutip pinggan mangkuk semua pastu tukar grill baru. Sup pun 2 kali tambah. Service staff SG even peak hour memang terbaik, that's why suka makan dekat Seoul Garden dari dulu lagi. 


Kalau ternampak daging ayam tu that's not mine okay lagipun diorang tersalah ambik sebab ada tag yang dah lari pergi mana so diorang tersalah ambil sebab ingatkan tu daging.





For me bagus la SG buat makeover especially steamboat and grill system tu memang terbaik la sangat memudahkan customer. 

4 comments

  1. sedapnya. saya kalau pergi seoul garden selalu beli set korea je yg restaurant kat luar SG tu. tapi sometime makan buffet macam nie best jugak boleh makan seafoods sepuas hati..haha..

    ReplyDelete
  2. Wowww syoknyaa. dah lama tak makan SG! Ni mcm kena pegi ni. ish haha Tapi rasanya SG ni kena ikut tmpat jugak kan. Mcm taiping ni jrg lah org makan SG. So pilihan dia pun kureng jugak. Last ain pegi last year kot. Nnti nk try p kot ada set premium jugak

    ReplyDelete
  3. tak pernah berjaya jejakkan kaki kat SG ni.. Asyiklah ada halangan.. hehehe..
    Meriah betul makanannya..

    ReplyDelete
  4. Saya pun suka makan di Seoul Garden tapi x boleh selalu pergi. Kena kawal perbelanjaan. Kalau pergi masa birthday best, birthday girl/boy dapat makan free.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.