Movie Review | Udta Punjab (2016)

Sunday, 14 February 2021

Director : Abhishek Chaubey

Writer : Sudip Sharma, Abhishek Chaubey

Cast : Shahid Kapoor, Kareena Kapoor, Alia Bhatt, Diljit Dosanjh, Satish Kaushik, Suhail Nayyar, Manav Vij, Prabhjyot Singh

Production Company : Balaji Motion Pictures, Phantom Films

Distributor : Balaji Motion Pictures, White Hill Studios

Genre : Black Comedy

Running Time : 147 minutes

Release Date : 17 June 2016

Trailer :

Diadaptasikan dari kes penggunaan dadah dalam kalangan remaja di Punjab, India yang dikenali dengan Narco Terror, movie Udta Punjab arahan Abhishek Chaubey ni diterbitkan di bawah syarikat produksi Balaji Motion Pictures dan Phantom Films. 

Dalam movie bergenre black comedy ni ada 2 kisah yang berlainan tapi saling berkait dan bertemu di hujung movie. Antara punca kenapa movie ni boleh mendapat perhatian ramai sebab Shahid Kapoor berlakon bersama dengan Kareena Kapoor lepas movie Milenge Milenge (2010) gara-gara putus cinta. 

Cerdik jugak lah pihak produser guna trick ni untuk marketing sebab movie ni ada masalah dengan lembaga penapisan sampai kena buang 89 scene yang dikatakan terlampau vulgar dan straightforward. Susah kalau buat movie based on true story ni tapi nasib baik mahkamah bagi kebenaran untuk teruskan dengan hanya satu scene sahaja yang dipotong. 

Movie bermula dengan konsert Tommy Singh a.k.a The Gabru (Shahid Kapoor) yang menjadi idola ramai remaja lelaki dan kerana pengaruh dia juga ramai yang ambil heroin. Salah seorangnya adalah Balli (Prabhjyot Singh), adik kepada pegawai polis Sartaj (Diljit Dosanjh) yang mengambil rasuah sekiranya lori dadah ditahan di jalan raya. 

‘We were in the eigth grade when your first song released. We are your fans since. We want to be like you, The Gabru! When the first time I injected myself I swear, all I could see was your face!’

Dan kerana rasuah dia, Balli overdose dan dirawat di klinik Dr. Preeti Sahni (Kareena Kapoor Khan) yang dah lama buat research dan bersuara lantang sebagai aktivis untuk banteras penggunaan dadah. Bauria (Alia Bhatt) pula terpaksa bekerja sebagai buruh kasar di ladang gandum dan kemudiannya terjumpa paket berisi 3 kilogram dadah heroin. Kalau dia jual boleh dapat Rs10 juta tapi dia buang dalam telaga. Mengamuk lah tokan dadah dan gunakan dia sebagai hamba seks sebagai ganti kerugian.

 

Tokan dadah cuma pengedar kecil dan setiap daerah ada tokan dadah untuk pastikan stok heroin sentiasa cukup. Selagi tak tumbangkan ketua besar, selagi tu lah Punjab akan hadap masalah yang sama. Boleh jadi Punjab akan menjadi seperti negara Mexico. Sampai sekarang banyak lagi kes heroin sama ada diseludup dari Pakistan ataupun dihasilkan sendiri dalam kilang seperti yang ditunjuk dalam Udta Punjab. 

Tone movie Udta Punjab ni disetkan kepada warna-warna gelap untuk menggambarkan betapa kelamnya negeri Punjab dengan masalah yang menimpa. Kebanyakan lelaki remaja akan jatuh ke dalam masalah yang sama. Watak Preeti seorang sahaja yang digambarkan dalam pakaian yang berwarna pastel dan terang kerana dia adalah punca Sartaj berubah dan bongkarkan konspirasi walaupun risiko dibunuh tu besar. Sartaj juga gambarkan Dr. Preeti sebagai seorang yang bersih di dalam tempat yang kotor. Ditambah dengan music score dari Amit Trivedi menambahkan lagi elemen dark and depressing.

 

Lakonan Shahid Kapoor sebagai Tommy antara kekuatan movie Udta Punjab dan watak dia boleh kata diambil dari penyanyi sebenar Yo Yo Honey Singh yang masuk ke pusat pemulihan akibat penggunaan dadah dan menjadi pengaruh kepada peminat dia. Scene Tommy dapat tahu fans dia bunuh mak sendiri sebab nak duit untuk beli dadah tu perfectly delivered dari expression Shahid. Scene dia bercakap dalam tandas, scene dia on stage, tembak manager dia semuanya tinggalkan kesan. It just horror to watch a talented person ends up being trash because of drugs. 

Performance Shahid dengan Alia diiktiraf sebagai best performance di Filmfare Awards selain mendapat pencalonan di award events lain. Walaupun second half dan ending nampak tergesa dan unrealistic tapi performance dan konsep penceritaan yang harus diberikan pujian. Kudos to team production for making this movie as a medium for social awareness. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 9.3/10

 

Director : Michael Fimognari

Writer : Katie Lovejoy

Cast : Lana Condor, Noah Centineo, Janel Parrish, Anna Cathcart, Ross Butler, Madeleine Arthur, Emilija Baranac, Trezzo Mahoro, Kelcey Mawema, Sofia Black-D'Elia, Henry Thomas, Sarayu Blue, John Corbett

Production Company : Overbrook Entertainment, Awesomeness Films, Ace Entertainment

Distributor : Netflix

Genre : Romantic / Comedy

Running Time : 115 minutes

Release Date : 12 February 2021

Trailer :

Installment terakhir dalam franchise To All the Boys yang diadaptasikan dari New York’s bestseller book dengan tajuk yang sama karya penulisan Jenny Han finally released on Netflix! Quick recap, Lara Jeans (Lana Condor) dengan Peter Kavinsky (Noah Centineo) buat kontrak cinta but then end up falling in love dalam To All the Boys I've Loved Before. Sequel To All The Boys : PS I Still Love You, Lara Jean rasa insecure dan mula rapat dengan Josh Ambrose, her another crush. 

Kali ni dalam To All the Boys: Always and Forever, Lara Jean dengan Peter Kavinsky akan pilih university mana yang akan mencorak masa depan mereka berdua. Peter dah diterima ke Stanford tapi application status Lara masih lagi pending and turns out she didn’t make it. Dia cuba daftar ke Berkeley  sebab jarak cuma satu jam dari Standford tapi akhirnya dia ubah keputusan untuk ke New York University sebab jatuh cinta dengan bandar tu. 

‘I thought I will get overwhelmed but I could really see myself living there. I get why so many books are sets there. Everywhere you look, there’s a story. ‘ – Lara Jeans 

Tapi berita tu agak mengecewakan Peter sebab jarak Standford dengan NYU agak jauh sebab 3,000 batu jaraknya. 4 jam perjalanan kalau both of them nak jumpa on weekend. Disebabkan takut masa depan diorang akan end up macam couple lain, both of them bergaduh dan putus. 

Tak sangka jalan cerita last installment untuk franchise kisah romantik Lara Jean dan Peter Kavinsky ni diolah dengan baik dan realistik. Setiap watak dikembangkan dengan baik walaupun screentime pendek sahaja untuk supporting cast. All of them really lift up the mood and tension. Genevieve (Emilija Baranac) makin rapat dengan Lara and relationship Christine (Madeleine Arthur) dengan Trevor (Ross Butler) dikembangkan lagi. Netflix boleh buat spin-off untuk kisah cinta diorang.

Watak Peter makin sweet dan matang dalam movie ni especially dalam scene diorang pergi tour ke New York sebelum grad and yes, of course masa prom. Watak Lara Jean get less annoying but more understanding and standing firm with Peter. To watch them grow as a matured partner really left a sweet and memorable moment for me as audience and maybe I can say as a fan. 

‘I want to be the one by your side. It won’t always be easy, but I want to do whatever it takes to make this works because that’s what you do when you love someone.’ – Peter Kavinsky

Sama macam previous installments, props team tak pernah gagal dengan aesthetic theme dan tone untuk setiap scene. You guys can spot many royal blue and pink themes in this installment. Kali ni family Lara Jean pergi bercuti ke Korea Selatan masa musim panas. Scene dekat Namsan Tower cari pad lock yang mak diorang kunci dekat situ kinda sweet sebab 3 beradik – Margot (Janel Parrish), Lara dengan Kitty (Anna Cathcart) rapat sangat. Suka tengok diorang bertiga spend time together. 

Music department having a great time creating magic in this one sebab soundtracks meriah sangat. Lagu Gee dari SNSD, Savage – Blackpink, Pocketful of Sunshine – Natasha Bedingfield, Like Me Better - Lauv, lagu dari band Oasis, indie band dan banyak lagi lah untuk setiap scene yang memerlukan melody dan tone yang sesuai untuk deliver perasaan yang tak terluah dari watak-watak yang ada.

 

Dialog dan monolog dalam Always and Forever agak menusuk and relatable in life. There’s time bila kita takut dengan masa depan atau takut tersalah buat pilihan and end up regretting it. But shit happens anyway so just enjoy the teenage life. Boleh kata Always and Forever adalah movie yang tepat untuk Valentine’s Day dan yang paling tepat sekali untuk menamatkan trilogy kisah cinta remaja Lara dan Peter. 

"In movies, love is always about the big moments. But maybe, love is actually about the moments when you think no one is watching." - Lara Jean

Hard to say goodbye but this is the end….

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Movie Review | Layla Majnun (2021)

Saturday, 13 February 2021


Pengarah : Monty Tiwa

Penulis Skrip : Alim Sudio, Monty Tiwa

Pelakon : Acha Septriasa, Reza Rahadian, Baim Wong, Uli Herdinansyah, Beby Tsabina, Dian Nitami, August Melasz

Syarikat Produksi : Netflix  

Pengedar :  Netflix

Genre :  Romantik / Drama

Durasi Tayangan :  119 minit

Tarikh Tayangan : 11 February 2021

Trailer :

Diadaptasi dari kisah legenda hikayat Laila Majnun dari tanah Arab mengenai cinta yang tidak kesampaian hingga Qais bertukar menjadi orang gila dan hidup di gurun, di dalam sebuah gua. Manakala Laila hidup melarat walaupun berkahwin dengan orang berada. Keduanya bersatu di akhirat.

Layla Habashi (Acha Septriasa) seorang guru Bahasa Indonesia di sebuah sekolah di Semarang, Indonesia. Minat dia yang mendalam pada sastera mendorong dia untuk menghasilkan sebuah novel yang diambil dari kisah benar hidup dia sendiri. Dan kerana itu juga, dia dijemput menjadi pensyarah jemputan di Azerbaijan selama 2 minggu. 

Malangnya, Ibnu Salam (Baim Wong) datang membawa pinangan kerana dia mahu seorang isteri yang moden, solehah dan bijak sesuai dengan dirinya sebagai seorang calon ketua daerah. Oleh kerana ibu Layla (Dian Nitami) terhutang budi dengan keluarga Ibnu, Layla terima pinangan tersebut dengan syarat dia masih boleh bekerja selepas menikah dan dia boleh pergi ke Azerbaijan. 

Di sana, dia bertemu dengan pelajarnya Samir Asadzadeh (Reza Rahadian) yang suka dengan karya Laila Majnun hasil penulisan Nizami Ganjavi (1188). Mereka berdua menjadi rapat dan ternyata cinta Samir tak bertepuk sebelah tangan. 

‘…. sudah menemukan penawarnya dan juga penyakitnya. Kau adalah penyembuh bagi semua yang salah pada diriku. Namun pada saat yang sama, kau adalah penyakitku. Oh, apa yang dapatku katakana? Kau adalah segalanya bagiku. Kebaikanku, keburukanku. Sakitku dan penyembuhku.’

Sama seperti kisah lagenda, Samir juga lari ke gurun bila dapat tahu Layla akan dinikahkan kepada Ibnu Salam. Nasib dia baik bila Ilham (Uli Herdinansyah) dan Narmina (Beby Tsabina) dapat menjejak melalui GPS dan semangat dia untuk hidup datang balik bila Layla kirimkan barang paling berharga dalam hidup dia. 

Kekuatan filem Layla Majnun arahan dan penulisan Monty Tiwa ni bukan pada kisah cintanya tapi pada sejarah Jawa dan juga sejarah serta ketamadunan masyarakat penduduk di negara Azerbaijan. Banyak lokasi pelancongan dan monumen bersejarah diselitkan di dalam movie ni membuatkan kita terpukau lantas terlupa dengan kisah Samir dan Layla. Mungkin juga sebab kita dah terbiasa sangat dengan filem adaptasi Laila dan Majnun. 

Kekuatan kedua haruslah Reza Rahadian, I mean semua orang pun tahu kenapa Netflix berani ambil risiko untuk terbitkan filem dengan skrip yang agak lemah dan pace yang sangat perlahan. Chemistry Reza dengan Acha juga nampak canggung dalam sesetengah scene sampai tertanya Layla jatuh cinta dengan Samir sebab budi atau betul jatuh cinta? Karakter Ibnu Salam juga nampak dibunuh dengan kejam oleh penulis bila berubah drastik di saat akhir untuk kuatkan lagi percintaan Samir dan Layla. 

Scene ke gurun dengan scene menari tu tak perlu masuk pun lebih baik. Sama juga scene Samir tunggu Layla di Menara Perawan atau jambatan, kan lebih mudah kalau guna Whatsapp bagitahu plan cancel? Agak kelakar bila Samir hantar lagu cinta Azerbaijan di Whatsapp tapi Layla bertanyakan maksudnya kepada orang lain. Google Translate? 

‘Saya mahu minta tolong terjemahkan lagu ini’

‘Samir sungguh-sunguh cintakanmu Layla.’

Cringe. 

Hilang rasa romantik bila keluar dialog macam tu. Better kalau dia terjemahkan betul-betul dari lirik yang puitis ditambah dengan backstory yang cantik. Deliver the drama please. I was expecting more from Netflix especially after Imtiaz Ali has come up with his version of Laila Majnu (2018) but turns out they're just mehhh. 

Twist dekat ending tu nampak menarik tapi bukan itu yang diimpikan pada bulan cinta ni ya.  

1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +1, 6. Genre +0.3, 7. Themes +0.4, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.3 = 6.6/10