BIG STAGE ALPHA MINGGU 5 : IZAT IBRAHIM KEMBALI UNGGULI PENTAS BIG STAGE ALPHA

Tuesday, 27 May 2025


Minggu kelima Big Stage Alpha menyaksikan Izat Ibrahim melonjak naik ke tempat pertama, dengan markah keseluruhan daripada juri sebanyak (83.70 %), manakala di tempat kedua Rizal Rasid (79.50 %) dan di tempat ketiga Ariel Fesol dengan (74.45 %).  Awienit (59.10 %) pula berdepan dengan detik mendebarkan apabila terselamat dari penyingkiran pada minggu ini setalah mendapat undian rendah dari penonton. 


Minggu bertemakan “Certified Boy Groups” ini menampilkan Dato’ AC Mizal sebagai juri jemputan. Selain itu, peserta Daniel Sher telah dipilih sebagai penerima Anugerah Ikon Perfume Paradise. Saksikan Big Stage Alpha di Astro Ria (Saluran 104), On Demand, Astro GO dan sooka.

SENARAI LAGU 

Arief Fesol: Oh! La! La! - KRU (78.65%)

Awienit: Tearin Up My Heart - NSYNC (59.10%)

Rizal Rasid: Ayu - V.E. (79.50%)

Izat Ibrahim: Khayalan - Ruffedge (83.70%)

Danial Sher: Flying Without Wings - Westlife (75.25%)

Araff: Babe - KRU (72.95%)

Afiq Sky: Cari Tapak - Senario (70.00%)

Allan Andersn: Hard to Say I'm Sorry - AZ Yet / Chicago (67.55%)

Ray-D: Everybody - Backstreet Boys (75.15%)

Alpha Ultra: Fiction - B2ST

Alpha Prime: Growl - EXO

INFO PROGRAM BIG STAGE ALPHA
  • Buat julung kalinya, Big Stage Alpha tampil dengan format all-male spin-off, menampilkan 18 bintang lelaki yang akan bersaing untuk merebut peluang eksklusif menjadi sebahagian daripada “boy group” (kumpulan lelaki) pertama yang bakal debut di bawah naungan Astro, ditentukan melalui gabungan markah juri dan undian peminat.
  • Peserta-peserta ini yang berusia antara 18 hingga 37 tahun, datang daripada pelbagai latar belakang termasuk Brunei, Singapura dan Indonesia.
  • Setiap minggu, mereka akan diuji hingga ke had maksimum melalui persembahan solo dan misi berkumpulan berdasarkan tema yang diberi. Juri akan memberikan markah, namun undian peminat yang akan menentukan siapa yang layak ke peringkat akhir.
  • 6 finalis akan membentuk sebuah ‘boy group’ (kumpulan lelaki) yang akan membuat kemunculan di bawah naungan Rocketfuel bersama Astro.
  • Big Stage Alpha lebih wangi dengan Perfume Paradise yang hadir selaku Penaja Utama, dan juga ZUS Ngupi selaku Kopi Rasmi sepanjang musim ini dijalankan.
  • Musim baharu ini turut berkolaborasi bersama Astro Gempak selaku Rakan Digital dan ERA sebagai Rakan Radio Rasmi.

Drama Review | Dahaad (2023)

Sunday, 25 May 2025


Directors: Reema Kagti, Ruchika Oberoi
Writers: Reema Kagti, Ritesh Shah, Zoya Akhtar, Jithin 
Cast: Sonakshi Sinha, Gulshan Devaiah, Vijay Varma, Sohum Shah
Production Companies: Excel Entertainment, Tiger Baby Films
Distributor: Amazon Prime Video
Genre: Crime / Mystery / Thriller
Running Episodes: 8 episodes (minutes per episode)
Release Date: 12 May 2023
Trailer:


Di kampung kecil bernama Mandawa, Rajasthan, India, Inspektor Anjali Bhaati (Sonakshi Sinha) ditugaskan untuk menyiasat kehilangan seorang wanita dewasa. Siasatannya menemui kes kematian wanita-wanita lain dengan modus operandi yang sama. Kesemuanya dijumpai meninggal dunia di dalam tandas awam dengan pintu terkunci dari dalam. Mangsa juga memegang botol air mineral dan berpakaian pengantin. Punca kematian adalah racun cyanide. 

Sebanyak 27 orang mangsa wanita dari kasta rendah dari pelbagai daerah dikonklusikan sebagai pembunuhan bersiri oleh seorang lelaki. Kebanyakan wanita berkasta rendah sukar mencari calon suami kerana miskin tegar sedangkan mereka perlu membayar wang hantaran kepada pihak lelaki semasa berkahwin. Tekanan dari keluarga dan masyarakat buatkan kesemua mangsa setuju untuk kahwin lari dengan pembunuh. 


Dalam masa yang sama, Inspektor Anjali juga mengalami tekanan yang sama kerana dia juga lahir dalam keluarga berkasta rendah. Nasib dia baik bila ketua dia, Inspektor Devi Lal Singh (Gulshan Devaiah) selalu ambil berat dan permudahkan urusan kerja Anjali. Bukan kerana suka atau tertarik dengan Anjali, tapi cara kerja Anjali yang sentiasa maju beberapa langkah dari pegawai polis senior yang lain buatkan Inspektor Devi beri perhatian yang lebih. 

Beberapa bukti dan alibi merujuk kepada Anand Swarnakar (Vijay Varma), seorang guru Hindi yang aktif melakukan kerja amal. Berselindung di sebalik pesona yang baik dan rendah diri, Anand tega membunuh tanpa belas akibat trauma zaman kanak-kanak. 


Naskhah yang mengetengahkan masalah sosial di negara India ini mendapat tayangan perdana di Berlin International Film Festival pada tahun 2023. Mencipta sejarah sebagai web series pertama dari negara India yang mendapat pengiktirafan sebegitu. 

Menggunakan kes jenayah Cyanide Mohan yang berlaku sekitar tahun 2003 hingga tahun 2009 di Karnataka, India, naskhah arahan Zoya Akhtar dan Reema Kagti tidak berteka-teki dengan si pelaku kerana kegiatannya didedahkan sejak episod pertama. Memandangkan Cyanide Mohan telah pun diberkas oleh pihak polis dan telah dijatuhkan hukuman kerana membunuh 20 orang gadis, tak ada masalah untuk penulis mengarang cerita berdasarkan jenayah yang dilakukan dan juga latar belakang penjenayah. 


Mungkin sub-plot tentang pegawai polis yang terlibat dimasukkan untuk penonton kenal dengan beberapa watak protagonis dan budaya masyarakat di kawasan tersebut, namun penceritaan tersebut tidak mengganggu main plot malah mendukung cerita dengan lebih baik. Kadang bertindak sebagai relief dan kadang ianya bertindak sebagai penggerak cerita terutamanya pada episod-episod hujung di mana Inspektor Anjali dapat hint tentang aktiviti jenayah tersebut. 

Kekuatan naskhah Dahaad bukan saja terletak pada lakonan dari barisan pelakon utama tapi pada kes jenayah yang dipaparkan. Tak susah pun untuk Anand pujuk mangsa-mangsa dia untuk lari dari rumah sebab watak Anand bukan seorang yang kacak atau charming. Dia cuma seorang lelaki biasa dan hanya menjadi pendengar setia kepada semua mangsa. Dia terlepas pun sebab keluarga mangsa tak buat laporan polis lepas mangsa lari dari rumah. Cuma satu kes sahaja bila si abang mencari adik perempuan dan buat laporan kepada Inspektor Anjali. Kalau si abang tu tak peduli pada si adik, mungkin Anand masih lagi bebas di luar. 


Sebab tu drama Dahaad ni tak panjang pun, siasatan polis pun tak ambil masa yang lama sebab pembunuh bersiri tak bijak mana pun. Dia bernasib baik selama ni hanya kerana masalah kasta dalam masyarakat tersebut. Anand terlihat baik pun sebab isteri tak menyibuk sangat kegiatan dia di luar. Dah tentu lah, watak Anand tampak hidup dan mengerikan setiap kali perdayakan mangsa kerana lakonan Vijay Varma yang terkenal dengan watak antagonis dalam Darlings (2022) atau Pink (2016) tapi ada babak Anand tak mengganggu perempuan yang tak melayan atau berani marah si pelaku. 


Naskhah Dahaad dah pun mendapat green light untuk sekuel even cast pun dah bagi hint tapi bila akan ditayangkan, itu belum diumumkan lagi. Harap Inspektor Anjali dipindahkan ke tempat baru supaya boleh fokus dengan jenayah baru. Dah nampak penulis cuba kembangkan love angle atara watak utama but I don’t think it’s necessary for this series. 

Kalaupun Inspektor Anjali masih di balai yang sama, I would love to see dynamic of Anjali-Devi Lal as protagonist of the series. Nak watak wanita baru muncul juga supaya lebih banyak lagi women empowerment angle muncul since we have Reema and Zoya as writers and directors.

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Movie Review | Azaad (2025)


Director: Abhishek Kapoor
Writers: Ritesh Shah, Suresh Nair, Chandan Arora
Cast: Ajay Devgn, Diana Penty, Aaman Devgan, Rasha Thadani
Production Companies: RSVP Movies, Guy In The Sky Pictures
Distributor: AA Films, Netflix
Genre: History / Action / Drama
Running Time: 145 minutes
Release Date: 17 January 2025 
Trailer:


Berlatarkan tahun 1920-an, zaman penjajahan British, keluarga Rai Bahadur membantu pihak British dengan tunaikan segala permintaan mereka. Jika pegawai British inginkan tanah di kampung tersebut, Tej Bahadur (Mohit Malik) akan mengusir orang kampung tanpa belas. Jika Lord Cummings (Dylan Jones) inginkan beratus lelaki untuk dihantar bekerja di Afrika, Rai Bahadur (Piyush Mishra) dengan segera fikirkan jalan. Hanya Janaki Bahadur (Rasha Thadani) yang berdiam diri dan persiapkan diri untuk menjadi isteri kepada James Cummings (Andrew Crouch). 


Tanpa disangka, dalam diam dia dibenci oleh Govind (Aaman Devgan) kerana salah sangka. Akibat insiden semasa perayaan Holi, Govind lari dari kampung lalu bertemu dengan Azaad. Govind terpesona dengan kecantikan Azaad yang hitam berkilat dan tinggi perkasa. Azaad merupakan kuda kepunyaan Vikram Singh (Ajay Devgn), pemberontak terkenal di kawasan tersebut. 


Govind mengekori Vikram kerana ingin cuba menunggang Azaad tapi Azaad sendiri mengamuk bila Govind cuba dekat. Azaad hanya benarkan Vikram seorang sahaja yang menunggang sejak dia kecil lagi. Pelbagai cara digunakan Govind untuk berkawan dengan Azaad tapi kesemuanya gagal. 

‘Humans can be tamed with bribes. But taming a horse requires bravery and devotion.’ – Vikram Singh


Filem Azaad yang bertemakan persahabatan dan kasih sayang terhadap binatang merupakan filem arahan Abhishek Kapoor yang terkenal dengan filem Chandigarh Kare Aashiqui (2021), Kedarnath (2018) dan Kai Po Che (2013). Filem Azaad juga menjadi launching pad kepada anak perempuan Raveena Tandon iaitu Rasha Thadani dan juga anak saudara Ajay Devgn sendiri – Aaman Devgan. Sebagai pendatang baru, mereka berdua sama-sama tonjolkan bakat lakonan yang bagus seiring dengan kehendak pengarah. 


Patutnya Abhishek tak perlu wujudkan love angle antara dua pelakon baru ni sebab chemistry Rasha dan Aaman tak terasa. Lebih baik biarkan watak Janaki dan Govind menjadi rakan baik yang nak bantu Azaad move on dan menang dalam pertandingan supaya dapat bebaskan orang kampung dari terus dipijak oleh penjajah. Biar Azaad je bercinta dengan kuda betina sama baka dengan dia supaya boleh hasilkan waris bermutu. 

Dekat first half penulis kenalkan siapa Vikram Singh dan bagaimana dia bertemu dengan Azaad lalu patah hati setelah Kesar (Diana Penty) dirampas oleh Tej Bahadur. Ruang juga diberikan kepada Govind untuk buka mata dan faham tentang pemberontak yang sentiasa membantu orang kampung mendapatkan keadilan. Dekat second half pula Govind diberi ruang untuk bersahabat dengan Azaad dan Janaki. 


Abhishek Kapoor menggunakan genre drama sebagai salah satu genre dalam filem Azaad malangnya elemen tersebut tak kuat. Filem ni ada potential bila berlaku beberapa insiden menyedihkan sampai Azaad atau Govind menangis tapi pengarah tak fokus sangat dan beralih ke babak lain. Kesian tengok Azaad masa Tej kelar peha dia tapi tak ada pun yang bantu rawat luka Azaad. Balut lah dengan dupatta or something sebelum paksa dia berlumba. Tak logik betul biar dia luka macam tu, hilang terus tema belas ihsan kepada binatang yang penulis build up dari awal cerita. 

Ajay Devgn, Diana Penty, Piyush Mishra semuanya deliver watak selayaknya dalam ruang yang diberikan sebagai watak sampingan. Sama juga dengan Mohit Malik sebagai Tej Bahadur yang hati kering terhadap mana-mana makhluk sekalipun. Dalam ruang yang terhad pun, lakonan dia menyerlah sampai tinggalkan impak yang kuat. Sebelum ni dia banyak berlakon TV series, filem Azaad adalah filem pertama dia. Hope to see more Mohit Malik in commercial movies after this. Join cast The Royals untuk musim 2 pun nice jugak. 


Sinematografi dari Satyajit Pande memaparkan kehidupan masyarakat kampung di kawasan bergurun dan padang pasir. Kebanyakan landskap dipaparkan dalam tona sepia untuk wujudkan suasana hangat dan tandus, sesuai dengan kawasan yang dipilih sebagai latar utama. Ada beberapa babak yang menggunakan CGI tapi tak lah mengganggu sangat. 

Music album dari Amit Trivedi antara kekuatan filem Azaad terutamanya lagu remake Uyi Amma yang menampilkan Rasha Thadani. Seronok tengok screen presence Rasha dalam lagu ni, sama kuat dengan ibu dia juga yang sentiasa popular dalam lagu Tip Tip Barsa Pani. Suka tengok kecomelan Azaad dalam lagu Azaad Hai Tu dendangan Arijit Singh.



Macam mana comelnya Azaad dalam filem ni, macam tu lah juga dia dekat luar sebab masa trailer launch filem Azaad, kuda hitam menawan ni ada buat kemunculan istimewa. Shoooo cute!  

1. Team Production +0.7, 2. Visual +0.8, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +0.5, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0.6 = 7/10

Drama Review | The Royals (2025)

Saturday, 24 May 2025


Directors: Priyanka Ghose, Nupur Asthana
Writer: Neha Veena Sharma
Cast: Bhumi Pednekar, Ishaan Khatter, Zeenat Aman, Sakshi Tanwar, Nora Fatehi, Vihaan Samat, Dino Morea, Milind Soman
Production Company: Pritish Nandy Communications
Distributor: Netflix
Genre: Romantic / Comedy / Drama
Running Episodes: 8 episodes (39–49 minutes per episode)
Release Date: 09 May 2025 
Trailer:


Sophia Kanmani Shekhar (Bhumi Pednekar) merupakan CEO kepada Work Potato merangkap usahawanita muda di Mumbai. Rakan kongsinya, Kunal Mehta (Udit Arora) menyandang jawatan sebagai Chief Financial Officer. Mereka berdua pernah bercinta tapi memilih untuk kekal sebagai rakan sekerja kerana mempunyai idea dan visi yang sama. 

Work Potato tampil dengan idea baru – Royal B&B di mana istana lama kepunyaan keluarga diraja diubahsuai menjadi hotel. Menariknya, pengunjung hotel dapat merasai pengalaman keluarga diraja bersama keluarga raja. Makan sarapan pagi seperti raja dengan makanan yang dimasak sendiri oleh private chef ataupun bermain polo dengan Putera Raja. 

Idea yang tampak menarik ini tidaklah begitu meyakinkan Zubin Daruwala (Adinath Kothare) sebagai salah seorang investor kepada Work Potato. Namun Sophia yakinkan Zubin dengan tempoh masa yang singkat, iaitu selama 6 bulan, projek mereka akan berjaya. Kalau Work Potato gagal, Zubin boleh ambil alih syarikat tersebut. 

Pertaruhan yang besar dalam hidup Sophea kerana Work Potato adalah hasil titik peluh dia tapi Sophia yakin Royal B&B akan bertukar menjadi keuntungan. Dari awal lagi, kedudukan Sophia tidak mudah kerana saingan dia, Sameera Kashyap (Shweta Salve) juga mempunyai projek yang lebih kurang sama dengan dana yang lebih kukuh. 

Ketika menghadiri award event di Sri Lanka, Sophia secara tidak sengaja bertemu dengan Fizzy (Ishaan Khatter), model yang kacak dan sasa. Mereka berdua tertarik antara satu sama lain tapi dengan mudahnya menyampah terhadap pendirian masing-masing. Tanpa disangka, Fizzy adalah bakal Raja Morpur setelah beberapa bulan kematian ayahnya (Milind Soman). Istana kepunyaan keluarga Fizzy juga bakal menjadi istana pilihan untuk projek Royal B&B. Susah untuk Royal B&B terlaksana seperti yang dirancang kerana Sophia dan Fizzy susah untuk capai kata sepakat. Sophia dengan projeknya manakala Fizzy tertekan dengan trauma lama.

The Royals antara web series yang dinanti-nantikan ramai kerana mempunyai kisah cinta rakyat kebanyakan dan Putera Raja. Tema yang senang untuk buatkan penonton terbuai sepanjang 8 episod. Pertama kali juga Ishaan Khatter tampil dalam avatar yang cool, sexy dan masculine. Sebelum ni Ishaan lebih banyak berlakon sebagai orang kebanyakan macam dalam filem Dhadak (2018)Beyond the Clouds (2018), atau Phone Bhoot (2022)

Dah memang sedia maklum dia ada bakat lakonan yang besar sama macam abang dia, Shahid Kapoor tapi dia hidupkan watak Maharaj Aviraaj Singh dengan cemerlang. Gaya dia bercakap, menari, berjalan, berbual semuanya on point. Ada masa ternampak bayangan Shahid tapi dah nama pun adik-beradik, memang genetik tak lari jauh. Awwdorable teruk bila dia panggil Soph sebab lembut je. Masa dia tenangkan Ayesha (Nora Fatehi) pun gentleman teruk. Ishaan easily blends in dengan Vihaan Samat yang lakonkan watak adik dia, Diggy. 



Kali ketiga layan lakonan Vihaan selepas series Call Me Bae (2024) dan CTRL (2024). Dalam The Royals, Vihaan ada banyak peluang untuk show off talent dia walaupun bukan sebagai pelakon utama. Dia ada gaya putera tapi lebih berjiwa rakyat berbanding Fizzy yang lebih gemar habiskan masa di New York. Watak Diggy ada moment tersendiri bila dia lebih banyak mengalah dan terabai dari keluarga. Comel masa Diggy menyamar jadi orang kebanyakan sebab nak join pertandingan memasak. Since penulis tak fokus pada tanggungjawab Diggy terhadap istana, tak pasti sama ada Diggy atau Fizzy lebih layak. Tapi kedua-duanya ada potential tersendiri sebagai Raja.

Formula senang untuk naskhah romantic comedy berjaya haruslah terletak pada chemistry lead pairing dan Ishaan dengan Bhumi berjaya wujudkan suasana romantis dalam kebanyakan babak bersama. Bergaduh pun nampak comel sebab lakonan masing-masing convincing teruk. Masa Fizzy temankan Sophia dekat kandang kuda sementara tunggu hujan berhenti ataupun masa Fizzy tenangkan Sophia dalam bilik hotel, all just screams love. Need that.

Jarang lah nak puji lakonan Nora Fatehi tapi sejak tahun lepas, lakonan dia bertambah baik. Dalam naskhah The Royals pun kemunculan dia mencuri tumpuan. Mungkin screen presence dia kuat atau mungkin sebab chemistry dia dengan Ishaan, yang pastinya happy bila watak Ayesha Dondi muncul. Dancing scene di Masquerade Party antara highlight The Royals. 

Selain dari kisah cinta Sophia dengan Fizzy, terpesona dengan keindahan aesthetic keluarga diraja Morpur. Istana Rambagh, Rajashtan adalah penyumbang utama keindahan seni India. Masa tengok trailer pun dah boleh agak diorang shooting dekat kawasan Rajashtan sebab dekat sana je yang ada banyak istana lama dan diubahsuai menjadi hotel. Seronok cuci mata tengok handpainted wall dekat ruang kamar Maharaj Yuvanath Singh. 8 episod tu tak puas tengok wardrobe, props dan senibina beberapa istana yang dipaparkan dalam The Royals. Nasib baik ada Season 2. 

Penceritaan The Royals mungkin agak dangkal sebab sentuh surface tapi benda tu predictable sebab genre utama adalah rom-com. Nak pula bila naskhah The Royals adalah tayangan rasmi Netflix, makin susah untuk produser hasilkan naskhah berkualiti. Brain-rot is the answer supaya rating tinggi dan boleh dapat peluang untuk kekal lama. But this is just me justifying a stupid script because why not kan?

Kalau ikutkan boleh sangat Pritish Nandy Communications come up with a good script sebab ada material yang bagus. Apa benda kira jumlah kutipan secara manual padahal Excel ada auto sum formula? Merepek sangat masukkan babak Fizzy, Diggy dan Jinnie (Kavya Trehan) happy bila tahu ayah diorang gay. Jinnie pursue Niki Kaushik (Lisa Mishra) sebagai lesbian partner dia pun mehhh. Tak perlu ada pun sebenarnya sebab I lebih tertarik dengan hubungan Maharani Padmaja Singh (Sakshi Tanwar) dan Ranjit Shroff (Chunky Panday). 

Ramai yang bash filler lips Bhumi dalam The Royals tapi benda tu tak mengganggu pun. Mungkin sebab dah biasa tengok bibir dia tapi yang menjadi persoalan kenapa buruk sangat postur badan Bhumi masa berlari, masa berjalan atau lebih teruk lagi, masa menari? Ataupun pengarah nak paparkan hard life CEO, banyak sangat membongkok depan laptop atau meja kerja sampai develop shrimp posture? If that’s the case, it works. Justified. 

Tak pasti siapa in charge untuk music album The Royals sebab tak ada credit tapi yang pastinya, it comes out great for The Royals. Lagu intro, Who Rules The World sesuai dengan vibe Sophia dan Fizzy. Lagu Tu Tu Hai Wahi remake kepada lagu Yeh Vaada Raha pun remix yang  berjaya. Sebelum ni layan rendition dari SANAM, sekarang dah ada versi baru yang boleh masuk dalam playlist. 

For me, it’s a good brain-rot chill type of series. I habiskan dalam masa sehari layan The Royals dan mungkin akan layan lagi sebab moment Fizzy dengan Sophia. Sambil tengok sambil manifest hshshs

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +0.8, 6. Genre +0.7, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought +0.7 = 7.2/10

DEMAM KELUANG MAN KEMBALI MELANDA, CETUS NOSTALGIA, ADRENALIN & HUMOR

Friday, 23 May 2025

DEMAM KELUANG MAN KEMBALI MELANDA, CETUS NOSTALGIA, ADRENALIN & HUMOR | Permulaan Kepada Era Baharu Superhero Original Pertama Malaysia

Filem ikonik yang paling ditunggu-tunggu, KELUANG MAN, bersedia menemui penonton di 154 buah pawagam seluruh Malaysia dan Brunei bermula 29 Mei ini. Keluang Man mempersembahkan karya sinematik segar dan mengujakan, sekaligus menjadikan dia berbeza daripada superhero yang lain. Antara yang menjadi kekuatan naskhah ini adalah watak utama iaitu Keluang Man, di mana karakternya yang ‘gila-gila’, bersahaja, dan dipenuhi kejutan jenaka yang akan menghiburkan penonton. 


Menguatkan lagi intensiti jalan cerita, filem berdurasi 132 minit ini turut menggabungkan babak aksi mendebarkan, emosi, dan elemen tempatan. Ini sekali gus membentuk graf ‘mood’ tontonan penuh tenaga dan mampu menyuntik rasa bangga terhadap superhero original pertama Malaysia ini. Keluang Man juga menandakan permulaan bagi Astro Shaw Cinematic Universe. 

Filem ‘live-action’ Keluang Man merupakan adaptasi daripada siri animasi popular yang diperkenalkan pada akhir era 1990-an dan berjaya mencipta fenomena tersendiri serta menjadi kebanggaan Malaysia. Filem ini diterbitkan oleh penerbit terkemuka, Astro Shaw dengan kerjasama GSC, Idea River Run dan rakan strategik Wonda Kopi, serta produksi Pasal Productions.


Menampilkan pelakon hebat Nas Muammar Zar, Dato’ Remy Ishak, Datuk Rosyam Nor, Shweta Sekhon, Anwaar Beg Moghal, Halim Othman, Amelia Henderson, Sham Sunder, dan Dennis Yin. Lebih mengujakan filem ini turut membariskan deretan kemunculan istimewa oleh Mierul Aiman, Nadhir Nasar, Fazzoq Muqris, Daniella Sya, Wahid Senario, Azlee Senario, Delimawati, A Galak, AG Hafiz, Razzuan Rosli,  dan ramai lagi. 

Keluang Man diarahkan oleh pencipta bersama trilogi filem Polis Evo, penulis Kahar : Kapla High Council serta merupakan pengarah dan showrunner drama premium popular Projek: High Council dan Projek: Anchor SPM, Anwari Ashraf yang turut bertindak sebagai penulis skrip. Naskhah ini menandakan kemunculan pertama Anwari sebagai pengarah filem. 


Penerbit Eksekutif Keluang Man merangkap Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad berkata, “Keluang Man adalah superhero original pertama Malaysia, dan kami sedar bahawa mengangkat semula IP ikonik ini ke layar perak hadir dengan tanggungjawab yang besar. Ini bukanlah sebuah ‘remake’, tetapi filem ini mengangkat semula ikon kebanggaan negara dengan sentuhan baru oleh pengarah Anwari Ashraf. 

Filem ini hadir dengan cabarannya yang tersendiri. Dengan harapan tinggi daripada peminat, kami melaksanakannya dengan sepenuh komitmen dan penghormatan terhadap watak ikonik yang menjadi sebahagian budaya pop tempatan. Kami mahu memastikan Keluang Man bukan sahaja kekal relevan untuk peminat setianya tetapi turut memberi impak mendalam kepada generasi baharu. 


Ini merupakan filem ‘postmoden’ pertama Malaysia. Menerusi Keluang Man, kami mempersembahkan sebuah dunia sinematik yang segar, kombinasi fantasi dan realiti yang belum pernah kita semua lihat. Penghasilan filem Keluang Man dari pre sehingga post produksi adalah melibatkan 100% daripada tenaga kreatif dari Malaysia. Lebih daripada 1,000 tenaga kreatif tempatan dari visual, audio, CGI, sehinggalah ke VFX, semuanya dibuat di tanah air kita sendiri. Kami yakin filem ini akan memberikan pengalaman hiburan dan keseronokan kepada penonton dan  membangkitkan rasa bangga terhadap supehero tempatan. Oleh itu, kami mengajak semua untuk menonton Keluang Man di pawagam dan ‘kita enjoi!” 


Pengarah Filem Keluang Man, Anwari Ashraf Hashim menyatakan, “Keluang Man adalah surat cinta kepada generasi yang membesar pada tahun 90an, satu generasi yang penuh semangat dan nilai yang masih relevan hingga ke hari ini. Saya yakin ramai yang menantikan untuk menyaksikan superhero original pertama Malaysia ini diangkat ke versi ‘live-action’. Saya dan seluruh pasukan produksi telah memberikan sepenuh komitmen dalam merealisasikan filem ini. Saya amat menghargai barisan kru, pelakon dan peminat karya ini yang mempercayai saya untuk mengemudi sepanjang proses filem ini. Filem ini bukan sekadar projek hiburan, tetapi merupakan usaha menghargai kepada warisan budaya pop Malaysia yang pernah mencorak zaman dan mencipta kenangan bersama. Saya mengharapkan penonton dapat menerima filem ini serta mampu menghidupkan semula semangat superhero Keluang Man seterusnya legasinya dapat diwariskan dari satu generasi ke generasi yang seterusnya.”

Filem Keluang Man mengisahkan Borhan, seorang pesakit di Hospital Tumpoi sering melarikan diri dari hospital di malam hari. Apabila sejarah lamanya menghantui, pesakit yang menghidapi ‘Dissociative Schizophrenia’ ini mula berniat membalas dendam, dan tanpa sengaja, Borhan membentuk identiti barunya sebagai seorang superhero, Keluang Man.


Pemilihan lagu-lagu ‘throwback’ menjadi salah satu elemen yang menceriakan lagi filem ini. Lagu tema asal Keluang Man dihidupkan semula dengan sentuhan moden melalui gandingan bertenaga Krisya dan S.O.G. Lebih menarik, filem ini turut menyajikan deretan lagu ikonik era 2000an seperti ‘Tragedi Oktober’, ‘Sha Na Na’, ‘Terhangat Di Pasaran’ dan banyak lagi. Hasilnya, pengalaman sinematik menjadi lebih ‘hidup’ dan penuh nostalgia, malah cukup kuat untuk membuatkan penonton menyanyi bersama. 

Tiket filem Keluang Man sudah boleh dibeli bermula 21 Mei di pawagam seluruh negara. Penonton juga boleh menjadi penonton terawal menyaksikan filem ini melalui ‘ sneak preview’ pada 28 Mei, iaitu satu hari awal sebelum tarikh tayangan rasmi filem.


Ikuti siri jelajah Keluang Man pada 31 Mei di Johor, 1 Jun di Melaka, 6, 7, 8 Jun di Perak, Penang, Kedah, 13, 14, 15 Jun di Terengganu dan Pahang, 20, 21, 22 Jun di Klang Valley.

Pelbagai kolaborasi kreatif dilakukan bagi memberikan pengalaman superhero original pertama Malaysia melangkaui layar. Antaranya kolaborasi’ Wonda Kopi Kluang’, ‘Wonda-ful Keluang Man Burger’, ‘Keluang Man WONDA Fun Run’, ‘Koleksi Premium Keluang Man Oleh Royal Selangor’, ‘Keluang Man dan Fung Keong’, ‘Keluang Man dan Abstrax’.  


Untuk maklumat lanjut boleh dapatkan info di platform media sosial TikTok, Instagram, X, Facebook akaun Astro Shaw dan Astro Gempak. Gunakan #KeluangMan #KeluangManMovie bagi berkongsi pendapat mahupun keterujaan anda tentang filem ini.  

“SAYA AKAN BAGITAHU SATU DUNIA THIS IS OUR MOVIE!” | Ceddy Ang Bangga Gila Dengan Ejen Ali The Movie 2

Filem animasi tempatan yang dinanti-nantikan, Ejen Ali The Movie 2 (EATM2), akhirnya membuka tirainya secara besar-besaran di 161 lokasi pawagam seluruh Malaysia dan Brunei dua hari lepas, menjadikannya tayangan filem animasi tempatan terbesar dalam sejarah industri filem negara. 

Beberapa Key Opinion Leaders (KOL) tempatan turut berkongsi pandangan positif mengenai filem ini, termasuk pujian terhadap jalan cerita, visual, runut bunyi, dan babak aksi yang disampaikan dengan kemas. Ramai melihat EATM2 sebagai satu lagi langkah ke hadapan dalam perkembangan industri animasi tempatan, yang terus menunjukkan potensi untuk berkembang dan diterima secara lebih meluas.

Ceddy Ang, seorang pempengaruh media sosial berkata, “Kalau awak seorang gamer, awak akan appreciate this movie sebab fight scene sangat mantap, animasi tip top, soundtrack pun bagus, effect semua memang terbaik! Kita dah tahu Ejen Ali memang international level, tapi bila tengok fight scene tu, saya rasa amazed. Sebagai rakyat Malaysia, saya rasa sangat bangga. Saya akan bagitahu satu dunia yang ‘this is our movie’. Kita tak payah cakap pasal animasi luar dah, EATM2 memang mantap!”

Sementara itu, Risk Saidon, yang juga pempengaruh dan merupakan peminat tegar Ejen Ali, turut berkongsi pandangannya, “Sebelum tengok EATM2, saya dah ulang tengok filem pertama tiga kali. Dari segi animasi, yang kedua ni memang nampak kelainan, lebih halus dan lebih matang. Nampak betul effort animator. Watak pun nampak aging, berkembang ikut masa. Effect air pun memang menjadi. Filem pertama memang dah over the top, dan yang kedua ini still best, cuma kena fikir lebih sikit. Secara keseluruhan, best gila, saya bagi 10/10. Saya memang syorkan bawa anak-anak tengok!”

Dengan respons yang sangat positif daripada penonton dan penggiat media sosial, Ejen Ali The Movie 2 terbukti sebagai sebuah karya animasi tempatan yang perlu diberi perhatian umum.

Ejen Ali The Movie 2 kini sedang ditayangkan di pawagam seluruh negara. Satria, Bangkit - Filem Aksi Animasi Mempesona, Meledakkan Emosi! Misi : Serbu Pawagam bermula, tempah tiket anda sekarang! Gunakan #EjenAliTheMovie2 #EATM2 #EjenAli  #Letsplay #AniMY #SapotLokal #SaluteAnimatorTempatan untuk kongsikan pengalaman anda dan hangatkan lagi perbualan di media sosial!

Mesti ramai antara korang pikir yang bila kita sebut animasi, budak-budak je yang tengok kan? Tapi Ejen Ali The Movie 2 (EATM2) dah landed di pawagam sekarang untuk sangkal salah faham korang ni! Dari review netizen dan penonton awal, ramai yang puji jalan cerita yang penuh plot twist, aksi fight scenes yang epik, lawak sempoi dan juga elemen visual yang penuh local flavour - dan yang paling penting, tema persahabatan sejati yang pasti akan buat penonton meleleh air mata jantan.

Jom kita check out fakta-fakta menarik pasal EATM2 yang menjadikannya filem WAJIB tonton tahun ini!

1. Jalan Cerita Penuh Feeling

EATM2 bukan sekadar animasi aksi dan komedi biasa, filem Ini bermain dengan emosi kita sebagai penonton melalui pembinaan watak utama Ejen Ali dengan ejen-ejen lain, kawan-kawan dan juga ahli keluarga. Setiap watak, tak kira jahat atau baik ada motif dan masalah peribadi mereka sendiri, yang kita sendiri mungkin pernah lalui dalam hidup kita. Watak-watak yang realistik penting untuk membina hubungan yang dinamik dalam filem ini, dan hasilnya, filem ini penuh dengan babak yang dramatik yang lebih mendalam, menyentuh jiwa dan bermakna. 

2. 5 Tahun Nak ‘Memasak’ Plot Twist Demi Plot Twist

Proses penulisan EATM2 ambil masa lebih lima tahun, bukan sebab penulis syok sendiri, tapi masa lama ini diperlukan untuk menyatukan jalan cerita filem ini dengan plot point yang diketengahkan dalam siri TV Ejen Ali dan filem pertama dulu. Asalnya, filem kedua ini sepatutnya menyusul selepas filem pertama pecah panggung, namun situasi pandemik yang melanda dunia serta penutupan operasi pawagam menangguhkan perancangannya. Pasukan WAU Animation bertukar fokus untuk menghasilkan siri TV Musim 3 sewaktu tempoh pandemik supaya peminat setia Ejen Ali masih disajikan konten yang fresh. Perubahan ini, terutama dari segi perkembangan watak dan dunia Ejen Ali, menuntut penyesuaian besar dalam skrip filem. Penulis terpaksa menyusun semula plot penting agar filem kedua ini bukan sekadar sambungan, tetapi juga terasa segar dan selari dengan pengembangan diri dan dunia Ali.

3. Menulis Filem Bukan Sekadar Mengarang Ayat

Pengarah EATM2, Usamah Zaid Yasin, turut menggalas tugas sebagai penulis skrip Ejen Ali dari musim pertama lagi. Dia mengakui yang menulis dari kosong jauh lebih mencabar daripada yang disangka, “Pengalaman ini membuka mata saya dan saya sedar menjadi penulis sebenar bukan sekadar memberi maklum balas atau melakukan suntingan terhadap idea yang sedia ada. Ia memerlukan keupayaan untuk membina naratif yang berlapis, membentuk perjalanan watak yang meyakinkan dan mencipta emosi yang mampu menyentuh jiwa penonton. Dari situ, saya benar-benar menghargai seni penulisan sebagai tulang belakang kepada kejayaan sesebuah cerita.”

4. Pasukan Produksi Berpengalaman dan Penuh Passion 

Pasukan di sebalik EATM2 bukan calang-calang, mereka ada pengalaman bertahun-tahun dalam industri animasi, lengkap dengan jatuh bangun yang membentuk kematangan mereka. Ejen Ali bagaikan cinta pertama, sebuah karya yang mereka lahirkan dengan sepenuh hati dan visi. Prosesnya bukan mudah; setiap adegan, emosi dan jalan cerita diolah dengan teliti untuk memastikan ia bukan sekadar hiburan ringan, tetapi karya yang bermakna. Gabungan kemahiran, pengalaman dan jiwa inilah yang menjadikan EATM2 antara filem animasi tempatan terbaik yang pernah dihasilkan.

5. Kualiti Upgrade Walaupun Banyak Kekangan

Akibat pandemik dan cabaran ekonomi, WAU Animation terpaksa mengurangkan tenaga kerja dari hampir 100 orang kepada 60. Namun disebabkan passion tinggi mereka sebagai pengkarya animasi, mereka tekad untuk memastikan aspek visual filem terbaru ni dinaik taraf lagi berbanding filem terdahulu. Dengan sumber tenaga kerja terhad, WAU mengambil keputusan untuk bekerjasama dengan pekerja bebas dan studio luar termasuk dari Indonesia. Hasilnya boleh kita lihat dalam kejayaan WAU untuk menghasilkan filem penuh aksi yang penuh warna-warni dan pergerakan visual yang mempesonakan.

6. Keberanian Berkarya di Luar Mainstream

Bila Ejen Ali mula diperkenalkan ke pentas antarabangsa, pasukan WAU Animation diberitahu bahawa konsep siri panjang tak sesuai untuk kanak-kanak, kononnya mereka hanya mahu cerita ringkas dan mudah hadam. Tapi pasukan ini berani menolak pandangan itu. Mereka memilih jalan yang lebih mencabar, mengambil inspirasi daripada Dragon Ball dan Avatar: The Last Airbender, untuk mencipta jalan cerita yang berlapis, penuh emosi, dan mampu berkembang bersama penonton tak kira umur. EATM2 adalah kemuncak kepada keberanian itu, sebuah naskhah yang membuktikan bahawa animasi tempatan mampu menyajikan naratif bertaraf dunia, tanpa perlu mengorbankan jiwa dan identiti kita sebagai warga Malaysia.

EATM2 ini sebuah filem yang mencerminkan semangat, kreativiti dan ketekunan anak tempatan dalam menghasilkan karya bertaraf dunia. Filem ini bukan saja menyentuh hati penonton dari pelbagai peringkat umur, tetapi juga mengangkat nama industri animasi tempatan ke tahap lebih tinggi. Jangan dengar cerita je, alami sendiri evolusi epik dunia Ejen Ali di layar perak sekarang!

Filem Animasi Penuh Aksi Mempesona, Meledakkan Emosi! Gunakan #EjenAliTheMovie2 #EATM2 #AniMy untuk kongsikan pengalaman anda dan hangatkan lagi perbualan di media sosial!

Selepas menawan hati rakyat Malaysia dengan kemenangan bergaya sebagai juara di pentas Calpis Soda One In A Million (CSOIAM) dan melancarkan single sulungnya Titik Mula, yang kini menduduki carta 23 teratas di Hot FM Top 40!, Marygrace terus melangkah berani dalam industri muzik tanah air. Terbaharu, beliau melakar sejarah tersendiri apabila dipilih sebagai salah satu wajah yang mewakili Sabah untuk kempen Gawai & Kaamatan 2025 oleh Pepsi dan  TV Sarawak (TVS)! 

Marygrace menghangatkan budaya Borneo dengan menghadiahkan sebuah lagu rasmi “Happy Gawai Kaamatan” (Pepsi Harvest Celebration Anthem), sebuah karya penuh semangat yang meraikan warisan, budaya dan kegembiraan musim menuai.  Bergandingan dengan Belle Sisoski, penyanyi dan komposer hebat dari Sarawak dan Rezza Shah, bekas peserta CSOIAM - ibarat tiga suara berjiwa besar, bersatu tenaga dalam menyemarakkan semangat pesta menuai tahun ini!

Raikan budaya Borneo dengan beat moden dan jiwa tradisional! “Happy Gawai Kaamatan” ciptaan sepenuhnya oleh Belle Sisoski, adalah anthem perayaan – gabungan muzik pop moden dan irama rakyat yang menyuntik elemen tradisional ke dalam beat kontemporari. Dengan melodi rancak, susunan vokal harmoni dan lirik penuh semangat, lagu ini menyatu budaya dan mengangkat semangat Hari Gawai dan Pesta Kaamatan, dua perayaan penting bagi masyarakat Dayak dan Kadazandusun dalam satu nadi muzik yang menyegarkan! Gabungan suara unik tiga penyanyi ini memberi warna tersendiri yang menyentuh rasa dan membangkitkan semangat kebersamaan.

Bagi Marygrace, proses rakaman lagu yang dilakukan di Maveriq Studio, Kuala Lumpur ini merupakan satu pengalaman yang cukup bermakna dan mencabar. “Saya rasa sangat terharu dan bangga dapat menjadi sebahagian daripada kempen ini. Ia bukan sekadar menyanyi, tetapi menjadi sebahagian daripada satu perayaan budaya yang besar dan penuh makna. Belle berjaya menyalurkan jiwa dan semangat masyarakat Borneo ke dalam setiap bait lirik dan notasi muzik dalam lagu ini, “ jelas Marygrace.

Marygrace juga berkongsi kenangan manis ketika rakaman, “Cabaran paling besar ialah menyampaikan emosi yang tepat memandangkan lagu ini berkait rapat dengan perayaan yang mempunyai makna mendalam bagi masyarakat utama Borneo. Selain itu, penyelarasan vokal antara tiga penyanyi untuk memastikan keharmonian suara juga bukan sesuatu yang mudah. Bila tiga suara berlainan bergabung, kita perlu betul-betul harmoni. Banyak kenangan indah tercipta sepanjang proses ini, daripada saat-saat mencabar ketika mencapai nota tertentu, hinggalah sesi perbualan dan gelak tawa yang tercetus apabila kami berkongsi cerita tentang latar belakang budaya masing-masing,” kongsi Marygrace.

Menariknya, video muzik turut dirakam di beberapa lokasi indah sekitar Kuching, menjadikan pengalaman ini lebih istimewa bagi Marygrace. Antara lokasi utama ialah Sarawak Cultural Village dan Nanga Damai Homestay yang kaya dengan nilai budaya serta keindahan alam semula jadi. Gabungan suasana alam semula jadi dan seni bina tradisional memberikan inspirasi luar biasa, menjadikan visual video ini bukan sekadar cantik, tetapi penuh rasa dan jiwa di samping peluang untuk meluangkan masa beliau bersama rakan artis dan mencipta kenangan manis sepanjang penggambaran.

Selain menyumbangkan suara dan wajah untuk lagu “Happy Gawai Kaamatan”, Marygrace juga membuat kemunculan istimewa sempena sambutan Pesta Kaamatan KDCA di Sabah, yang turut disokong oleh Pepsi. Komitmennya dalam kempen ini menyerlahkan versatilitinya sebagai penyanyi muda yang sedang meningkat naik. 


Bukan itu sahaja, Marygrace bakal tampil bersama empat finalis CSOIAM di pentas mega “Here I Am Concert Malaysia” bersama Rossa di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 14 Jun ini. Selain dari itu, beliau juga bakal  bergandingan dengan nama-nama besar seperti Andmesh, Hael Husaini, Adira Suhaimi dan Ara Johari di Festival Tentang Cinta yang akan berlangsung di Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu pada 9 Ogos 2025.

Dengan kombinasi visual, suara dan budaya yang penuh warna, “Happy Gawai Kaamatan” bukan sahaja meraikan warisan, tetapi membuktikan bahawa muzik adalah jambatan perpaduan yang paling kuat.  Saksikan video muzik Happy Gawai Kaamatan di platform digital hari ini dan hayati semangat pesta menuai yang diraikan dengan penuh warna, suara dan budaya!



Untuk mendapatkan maklumat terkini tentang Alternate Records & Talents, layari akaun rasmi media sosial Alternate Records & Talents di Facebook, @alternate.my_ di Instagram, dan @alternate.rt_ di TikTok.

“WAJIB TONTON!” — SYAFIQ YUSOF BAGI RATING 1000/10 UNTUK EJEN ALI THE MOVIE 2!

Tuesday, 20 May 2025

“Sangat best, saya bagi 1000/10 untuk filem Ejen Ali 2!” kata Syafiq Yusof. Itulah antara reaksi yang diterima selepas tayangan perdana Ejen Ali The Movie 2 yang berlangsung semalam di IOI City Mall, Putrajaya. Majlis tersebut menghimpunkan selebriti, wakil media, peminat, dan tokoh industri kreatif, semuanya hadir untuk menyaksikan sendiri kehebatan sekuel animasi tempatan yang dinanti-nantikan ini.


Rata-rata yang hadir memberikan reaksi positif, memuji kekuatan jalan cerita, kualiti visual mengagumkan, serta mesej menyentuh hati yang disampaikan dengan begitu berkesan. Syafiq berkongsi lagi pengalamannya, “Saya rasa memang Ejen Ali 2 sangat best sebab ini antara animasi terbaik yang Malaysia pernah hasilkan. Memang satu benchmark baru untuk animasi filem tempatan. Kualiti dia sangat realistik, ada shot-shot rasa macam betul-betul shooting. Jujurnya saya sangat bangga. Korang memang kena tengok, wajib tonton!”

Dato’ Yusof Haslam pula menyatakan rasa kagum terhadap hasil kerja anak tempatan, “Ejen Ali 2 ni, dari apa yang saya tengok sendiri, memang sebuah filem yang sangat bermutu. Kualiti dia menyamai standard filem antarabangsa. Saya sangat respect filem tempatan ini sebab dari segi pembikinan, tahapnya sangat tinggi. Daripada 10, saya bagi 10 bintang.”


Ikon sukan negara dan duta Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd, Dato’ Azizulhasni Awang, turut berkongsi perasaannya, “Tadi memang saya rasa macam-macam, ada nilai persahabatan, ada aksi, dan juga babak yang menyentuh perasaan. Pendek kata, penuh emosi dan aksi!”

Pelakon Fizo Omar juga memuji filem Ejen Ali The Movie 2, “Memang hasil yang sangat gempak, bertaraf antarabangsa. Dari jalan cerita, grafik, sound system, sampai ke plot twist, semua cukup power. Memang tak rugi layan, sebab cerita ni buat kita tertunggu-tunggu nak tahu apa jadi seterusnya.”

Filem Aksi Animasi Mempesona, Meledakkan Emosi!

Filem animasi penuh aksi ini sesuai untuk semua peringkat umur dan pastinya bakal menyajikan pengalaman menonton yang mengujakan. Saksikan pengembaraan epik Ejen Ali The Movie 2 yang akan ditayangkan di pawagam mulai 22 Mei 2025! Jualan tiket telah dibuka untuk tayangan yang bermula seawal 20 Mei di lebih 70 lokasi pawagam seluruh Malaysia, jadi ini peluang untuk merancang pengalaman menonton lebih selesa dan teratur, khususnya menjelang musim cuti sekolah yang sentiasa sibuk. 

Ejen Ali The Movie 2 dibawakan oleh Primeworks Studios dan WAU Animation dengan kerjasama Komet Productions. Teruskan membakar semangat anda menjelang tayangannya dan sahut panggilan misi dengan menggunakan tanda pagar rasmi #EjenAliTheMovie2 di semua platform media sosial.