SERTAI KUPASAN PASCA TAYANGAN FILEM THE VOICE OF HIND RAJAB BERSAMA ZAINAL RASHID AHMAD

Saturday, 3 January 2026


“Bukan sekadar tontonan, ini adalah seruan kemanusiaan.”

Melalui sesi Coffee Talk eksklusif ini, para peserta dijemput untuk menyelami realiti sebenar di sebalik filem The Voice of Hind Rajab, sebuah naskhah kemanusiaan yang lahir daripada rakaman panggilan kecemasan sebenar dan kisah yang menggetarkan nurani.

Dipandu oleh Zainal Rashid Ahmad, sesi ini akan mengupas perspektif pasca tayangan yang jarang dikongsikan kepada umum  tentang perkara yang benar-benar berlaku, tentang kisah di sebalik tajuk berita dan tentang realiti kemanusiaan di Palestin yang masih belum difahami sepenuhnya oleh ramai pihak.

Ini bukan sekadar perbincangan filem. Ini adalah ruang untuk memahami, merasai dan menyuarakan empati. Ruang untuk mendengar suara yang pernah hampir tenggelam dalam kebisingan dunia. Sertai perbincangan dan sebarkan kesedaran bersama kami pada 10 Januari 2026. 

Untuk pengesahan kehadiran, sila imbas Kod QR yang tertera bagi mengesahkan penyertaan anda dalam sesi istimewa ini. 

Setiap pendaftaran adalah sah untuk satu (1) tempat duduk sahaja. Sekiranya hadir secara berkumpulan, SETIAP individu perlu membuat pendaftaran berasingan menggunakan akaun masing-masing.

Tonton video mengenai sesi Coffee Talk Eksklusif di pautan ini.


Jangan pernah berhenti peduli, hari ini, kitalah suara mereka. Terus bersuara.

Hayati THE VOICE OF HIND RAJAB kisah benar yang menyentuh jiwa ini di pawagam bermula 8 Januari 2026.

#FilmTheVoiceOfHindRajab #HindRajabSuaraTerakhir #HindRajabOscar2026

1 comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.