Movie Review | Escape from Mogadishu

Thursday 4 November 2021

Director : Ryoo Seung-wan

Writer : Ryoo Seung-wan, Lee Gi-cheol

Cast : Kim Yoon-seok, Jo In-sung, Heo Joon-ho, Kim So-jin, Peter Kawa

Production Company : Dexter Studios, Filmmaker R&K

Distributor : Lotte Entertainment

Genre : Action / Drama

Running Time : 121 minutes

Release Date : 28 July 2021

Trailer :


Filem yang memenangi Best Film di Buil Film Awards ke-30 dan terpilih untuk kategori Best International Feature di Academy Awards ke-94 ni diadaptasikan dari kisah benar yang berlaku pada tahun 1991 ketika Somali Civil War. 

Naskhah action drama arahan dan tulisan terbaru Ryoo Seung-wan ni mengisahkan tentang bagaimana Korea Selatan dan Korea Utara bergabung tenaga dan skills untuk melepaskan diri untuk keluar dari negara Somalia dengan selamat. 

Bila sembang pasal negara Somalia, I jadi emosi sikit sebab my dad pernah kena hantar pergi berperang dekat sana. Bila tengok balik gambar dekat sana memang ngeri sebab ramai askar yang ditembak sehingga mati, ada yang cedera parah even my dad pun ada kesan peluru dekat badan dia. Antara momen paling mengerikan untuk keluarga bila dapat panggilan telefon dapat berita sedih dari pihak tentera. Apa yang jadi sepanjang dia dekat sana memang susah nak dapat updates tambah pulak zaman tu mana ada mobile phone lagi. 

Sama jugak lah yang diceritakan dalam movie ni bila kedua-dua kedutaan Korea terputus talian telefon dan telegram. Semua dokumen yang berkaitan antara Somalia dan Korea terpaksa dibakar untuk mengelakkan dibunuh ataupun rahsia kerajaan terbongkar. Semasa riot tercetus oleh rebels, kedua-dua pegawai kedutaan Korea berada di hotel bersama pembantu kanan Barre untuk mengukuhkan lagi hubungan diplomatik. Sikit pun mereka tak jangka akan tercetusnya riot supaya Presiden Barre melepaskan ketua pejuang yang ditahan oleh kerajaan.

‘Anyone who captures Barre or his officials, will be rewarded by General Aidid. Those who have worked for the Barre regime, or his police force, if you surrender now, your families will be protected.’

Pengarah movie Escape From Mogadishu adalah pengarah yang sama menghasilkan karya Battleship Island (2017) yang juga bertemakan survival jadi kebanyakan scene digambarkan dengan cemerlang melalui lensa Choi Young-hwan yang menambahkan elemen saspen pada kebanyakan scene. Panorama negara Somalia yang terletak cantik di pinggir laut membiru ataupun keadaan ngeri ketika civil war berlaku dengan berlatarkan suasana zaman awal 90-an tampak hidup dan meyakinkan.

Antara scene yang memberi impak pada penceritaan bila Kang Dae-jin (Jo In-sung) pasang audio tape menerangkan kedamaian yang diidamkan oleh Korea Selatan dan Somalia tapi dalam masa yang sama di luar kedutaan askar Somalia tengah belasah rakyat dia sehingga mati. Ironi kehidupan yang dahulunya wujud sehingga sekarang. Watak Tae Joon-ki (Koo Kyo-hwan), pegawai kedutaan Korea Utara pun mengerikan juga bila tindak-tanduk dia yang sentiasa berjaga dengan helah Dae-jin atau pegawai Korea Selatan. 

Bukan senang untuk Korea Selatan dengan Korea Utara bergabung sebab kita pun tahu macam mana pergolakan dan permusuhan antara dua negara ni. Terdetik benda yang sama bila staff takut diserang oleh Korea Utara sebab budak kecil pun dah dilatih dengan latihan ketenteraan. Masa ni boleh nampak kebijaksanaan kedua-dua Ketua Pegawai Kedutaan untuk selamatkan keadaan. 

Dialog biasa yang dilontarkan oleh watak Han Sin-seong (Kim Yoon-seok) tentang bergabung tenaga pun boleh bagi impak mendalam sebab lontaran suara yang digunakan dan ekspresi pada scene tu seolah menggambarkan keadaan genting di padang periuk api. Salah pijak boleh bawa nahas. 

'Ambassador Rim, I know you're much more experienced and capable than I am. But still, you're not in a position to lecture me right now. It's just the two of us right now. Let's have a dialogue, not a lecture. Let's speak from the heart' - Ambassador Han 

Personally for me, sebagaimana pengarah Ryoo Seung-wan boleh tinggalkan trauma dan impak lepas menonton movie Battleship Island dengan kejahatan yang dilakukan oleh tentera Jepun terhadap rakyat Korea, sama juga lah trauma berada di kawasan rusuhan yang dirasakan sepanjang menonton Escape From Mogadishu. Kreatifnya pengarah ni bila dia pandai adun elemen komedi walaupun di saat genting macam dalam movie Veteran (2015) ataupun Exit (2019). Naskhah biasa tapi jadi menarik di tangan dia. 

Lemah jantung setiap kali tengok percubaan mereka semua untuk keluar dengan selamat dari Somalia. Even dah hujung movie pun tetap tak boleh bertenang selagi tak tengok semua watak betul-betul selamat sampai ke Kenya. Background music dari Bang Jun-seok mainkan peranan dengan cemerlang dalam naskhah ni. Pendek kata, naskhah Escape From Mogadishu adalah movie terbaik Korea untuk tahun 2021. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

1 comment

  1. Baru tengok trailer je. Masuk list wajib tonton ni :)

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.