Restoran Makanan Sihat, Medifoods Ara Damansara

Sebelum wujudnya kedai produk organik, Medifoods ni ada outlet Bawang Chaji tapi hari pertama je lah ramai yang lepak dekat situ sebab ada drinks free. Makin lama makin surut lepastu tutup terus gara-gara PKP. 


Lepas PKP ke-3, Medifoods ni mula beroperasi tapi sebab restoran makanan sihat memang pandang sebelah mata je lah. Bukan sebab tak lalu tapi mesti lah harga dia lagi mahal dari kedai lain. Semalam saja hilangkan mengantuk jalan-jalan dekat sini. Nak jugak usha apa ada dekat dalam restoran tu. 


Ada rak untuk Korean Natural Seaweed Series tapi sebab tak makan seaweed memang pandang sekali lalu je lah. Ada seaweed kering perisa cheese dan spicy. 


Dekat sebelah kiri restoran ni ada ruang untuk makanan organik macam aneka rempah-ratus, minyak masak, minyak zaitun, gula perang, bijirin, kopi, teh organik dan sayur tapi sayur dekat Medifoods ni pun tak banyak stok. Harga tu tak perasan pulak tapi kalau dah namanya organik haruslah mahal khennnn 


Dekat sebelah kanan kedai ada ruang makan. Kerap jugak nampak Medifoods ni buat promo untuk set lunch ataupun desserts. Macam chicken pie ataupun lava chocolate cake. Suka tengok susun atur restoran Medifoods ni. Interior pun minimalis dan moden. 


Kalau ikutkan pada pamphlet Medifoods ni dah 15 tahun diorang masak makanan sihat tanpa MSG, bahan pengawet, antibiotik, lemak tepu, garam dan tanpa daging babi. Signature dish Medifoods ni masak Asam Kepala Ikan Salmon. Kaunter dekat bahagian dapur dia pun nampak bersih. 


Alang-alang dah ke sana, I try je lah air soya organik dia tanpa gula. Rasa macam soya biasa je tak letak gula. Satu cup ni RM6.20 termasuk tax :')

2 Comments

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.