KFC Black Sesame Balls

Dah lama tak mencuba menu baru KFC sejak ayam dia makin kecil ni. Minggu lepas Ms Fisah belanja satu office makan KFC Wow Bucket. Dekat dalam set bucket tu pula ada KFC Black Sesame Balls ni. Pernah lah nampak iklan KFC promote menu berasaskan bijan tapi tak sampai seru nak try. Satu kotak kecil tu ada 5 biji Sesame Balls. 


Seram jugak lah masa nak cuba Sesame Balls ni sebab warna dia hitam pekat. Even dari luar pun boleh nampak warna hitam tu. Belah luar diselaputi dengan bread crumbs. Kalau makan sesame balls ni tak boleh cubit sikit untuk rasa sebab nanti lava dia melimpah keluar so the best way memang makan terus je satu bebola tu. 

Untuk tekak I yang mengada ni, rasa KFC Black Sesame Balls ni memang sedap baik dimakan panas-panas ataupun makan bila dah sejuk. Bebola ni dibuat chewy macam kuih mochi. Bila masuk dalam mulut, rasa manis bijan dengan rasa chewy tepung dan crunchy bread crumbs tu rasa sebati. Memang sedap lah pendek kata. Kawan office takde yang suka so untung dekat I lah boleh makan semua hehehe. Sampai I beli sendiri Black Sesame Balls ni sebab teringin nak rasa keenakan menu baru KFC ni. 

Kalau beli 5pcs sekotak, harga dia RM7.99, kalau beli 3pcs sekotak pulak harga dia RM5.20 jadi nak mengelakkan dari terasa mahal sebab semata sangat khen beli menu ni je, I beli lah Wow Bucket makan dengan family. Adik-adik I pun suka menu ni so kitorang lah target customer yang KFC cari tu haha. Malangnya menu ni limited time je so lepas ni makan je lah kuih bijan biasa tu haaaa. Itupun kalau jumpa. 

10 Comments

  1. teringin nak rasa. tp tu la lain tekak lain citarasa. ada review kata tak sedap. sebab tu takut nak try😂. lepas ni boleh try.

    ReplyDelete
  2. Sepertinya ini menu baru dari KFC ya, di Indonesia belum ada

    ReplyDelete
  3. ada nampak juga iklannya hari tu, boleh cuba beli nanti

    ReplyDelete
  4. Baru je order KFC hehe
    Tak order la pulak black ball ni

    ReplyDelete
  5. Macam kuih bom pon ada. Tapi versi KFC😅

    ReplyDelete
  6. Kena cuba sendiri baru tau kena dengan tekak ke tidak kan. Huhu

    ReplyDelete
  7. Dah rasa.. okaylah.. tak ada manis sangat..

    ReplyDelete
  8. ohhh ramai yang pelik sbb itam, akak pun tak pernah try... tapi bila fana kata sedap teringin lak nak cuba

    ReplyDelete
  9. wah menu baru ye. terigin la plak

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.