Drama Review | Hellbound (2021)

Saturday 20 November 2021

Director : Yeon Sang-ho

Writer : Choi Kyu-sok

Cast :  Yoo Ah-in, Kim Hyun-joo, Park Jeong-min, Won Jin-ah

Production Company : Climax Studio

Distributor : Netflix

Genre : Fantasy / Drama

Running Episodes :  6 episodes (42 - 60 minutes per episode)

Release Date : 19 November 2021

Trailer : 


“Konsep dosa wujud kerana manusia memilih untuk melakukan dosa. Akibat daripada menafikan fakta ini, kita, manusia, lupa tentang malu, penyesalan, taubat dan menebus dosa. Tuhan sudah temui cara untuk tunjukkan kepada anda rupa Neraka yang sebenar.” – Jeong Jin-soo (Yoo Ah-in)

Pada tahun 2023, doktrin yang disampaikan oleh pengasas The New Truth, Jeong Jin-soo selama 10 tahun lamanya menjadi kenyataan bila pembunuh dibunuh dengan kejam oleh 3 raksasa hitam yang muncul dari Neraka. Sebelum kejadian ghaib tersebut berlaku, lelaki pembunuh tu telah mendapat ramalan yang dia akan mati pada tarikh sekian dan masa sekian. 

Tak ada penjelasan yang boleh dijelaskan oleh sesiapa siapa 3 mahkluk raksasa tersebut, adakah betul mereka datang dari Neraka, adakah betul mereka adalah utusan Tuhan untuk menghukum pendosa di dunia ataupun giliran pendosa mana yang akan menerima ramalan tentang kematian. Yang pastinya, mengikut pandangan Jin-soo kejadian ghaib ini adalah mesej dari Tuhan untuk beri peluang manusia bertaubat dan menjauhi dosa. 

Detektif Jin Kyeong-hoon (Yang Ik-june) ditugaskan untuk mengetuai siasatan mengenai pembunuhan yang berlaku di bandar Seoul. Bak kata Youtuber Lee Dong-Wook (Kim Do-Yoon) yang merupakan pengikut setia Arrowhead dan The New Truth, kenapa pihak polis nak jalankan siasatan terhadap Tuhan? 

Ramai yang masih terpinga dengan kejadian ghaib tersebut walaupun mempunyai saksi mata dan rakaman-rakaman video dari saksi di tempat kejadian. Bila pendosa kedua, Park Jung-Ja (Kim Shin-Rok) mendapat ramalan yang terakam dalam video anaknya, The New Truth buat tawaran sebanyak 3 billion won untuk live broadcast di siaran TV semasa kejadian ghaib tersebut berlaku. 

Peguam Min Hey-Jin (Kim Hyun-Joo) masih lagi tak percaya dengan hukuman kejam yang datang dari Neraka ni sebab bagi dia kesalahan Mrs Park cuma dosa peribadi. Semakin ramai yang percaya dengan ajaran The New Truth selepas live broadcast tersebut dan Arrowhead bebas menghukum sesiapa yang menafikan keputusan Tuhan. Pengikut ajaran ni semakin ganas dan taksub manakala 3 raksasa tersebut masih lagi tak diketahui asal-usulnya walaupun latar masa menginjak ke 4 tahun kemudiannya. 

Apa tindakan kerajaan dengan kejadian ni? Apa impak bila ramai yang dihukum selain kes jenayah berkurang? Kesan kepada sosial dan ekonomi bila semakin ramai yang dibunuh? Adakah presiden tergolong dalam pelabur yang bertopeng? Kalau Mrs Park dihukum sebab dosa peribadi, apa hukuman kepada yang bunuh diri sebelum tarikh yang diberitahu oleh ramalan? Bunuh diri juga berdosa. Betul ke 3 raksasa tersebut tak akan datang sekiranya yang mendapat ramalan buat pengakuan dan bertaubat secara terbuka?

Makin lama cerita ni makin tak masuk akal bila kesemua watak tak dikembangkan dengan baik terutamanya watak Jeong Jin-soo yang buat keputusan untuk bunuh orang sebelum dia pula dibunuh oleh 3 raksasa tersebut. Watak detektif pun hilang selepas kejadian tersebut sedangkan ada bukti dia adalah orang terakhir berjumpa dengan ketua cult tu. Tak ada siapa yang persoalkan selepas 4 tahun? 

Kenapa watak Hey-jin boleh selamat sedangkan watak mak dia yang uzur dibiarkan di hospital hanya kerana anak dia menafikan hukuman Tuhan? Kenapa anak Bae Young-jae (Park Jeong-min) boleh dapat ramalan lepas 3 hari lahir? Apa dosa dia? 

Keganasan yang dipaparkan oleh 3 raksasa dan pengikut Arrowhead ataupun The New Truth pun melampau sedangkan malaikat yang cabut nyawa manusia pun tak sekejam tu. Apa yang pengarah cuba sampaikan dari kesemua babak ganas tersebut? Kalau 3 raksasa tersebut adalah gambaran Neraka, kenapa yang tak bersalah pun jadi mangsa juga? 

Konsep drama ni dah menarik bila dia cuba tonjolkan akibat taksub dengan ajaran agama tapi olahan penceritaan yang lemah buatkan banyak persoalan yang timbul tanpa penjelasan yang logik dek akal. Drama ni bukannya berat pada penceritaan tapi berat kerana terlampau banyak persoalan tanpa jawapan dari episod 1 sehinggalah episod 6. Pace juga terlampau perlahan dengan visual yang okay-ish

Nak kata drama ni adalah propaganda atheist untuk tonjolkan dark side penganut agama pun tak juga sebab ending scene muncul dengan menambahkan lagi persoalan. Mungkin drama dan webtoon Hellbound ni lebih mewujudkan impak dengan mesej sosial utama bila pengarah cuma fokus dengan watak-watak utama dan latar masa yang singkat. Mungkin. 

Atau lebih bagus kalau imaginasi ni tak wujud langsung. 

1. Team Production +0.3, 2. Visual +0.4, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.2, 5. Casting +0.5, 6. Genre +0.2, 7. Themes +0.2, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.2, 10. Personal Thought +0 = 3.4/10

4 comments

  1. tak suka scene arrowhead, bagi teori merapu pun bukan kemain ramai followers dia.
    terlalu banyak persoalan pastu i tertanya juga goverrment diorang tak function ke dalam cerita ni, ikut suka hati je geng the new truth nak control semua benda..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannnn! Kalau dia tunjuk Blue House dah bertukar jadi New Truth boleh lah nak hadam haha

      Delete
  2. Entah la.. Rasa mcm karut gila cerita ni 🤦‍♀️

    ReplyDelete
  3. Banyak sangat persoalan.. Memang akan ada sambungan nie..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.