Movie Review | Jai Mummy Di

Director : Navjot Gulati

Writer : Navjot Gulati 

Cast : Sunny Singh, Sonnalli Seygall, Supriya Pathak, Poonam Dhillon, Danish Husain, Alok Nath, Neeraj Sood, Sharat Saxena

Production Company : T-Series, Luv Films

Distributor : Yash Raj Films, Netflix

Genre : Romantic / Comedy

Running Time : 103 minutes

Release Date : 17 January 2020

Trailer:


Pergaduhan antara Laali Khanna (Supriya Pathak) dan Pinky Bhalla (Poonam Dhillon) bermula sejak di zaman universiti pada tahun 1991 dan berlarutan sehingga lah sekarang. Dek kerana mereka berdua pernah menjadi kawan baik, citarasa mereka sama juga menjadi punca perbalahan yang tiada sudahnya. 

Anak dah besar panjang pun mereka berdua masih lagi bergaduh. Lebih parah lagi bila Laali dan Pinky berlumba anak siapa yang akan kahwin dulu. Sudahnya masing-masing kahwinkan anak dengan pasangan pilihan mereka pada tarikh yang sama. Tanpa pengetahuan mereka berdua Saanjh Bhalla (Sonnalli Seygall) dan Puneet Khanna (Sunny Singh) bercinta sejak zaman sekolah lagi. 

Pernah je putus tapi 2 tahun terasa kosong, sepi dan sendu jadi Saanjh dan Puneet sambung balik relationship diorang dan buat keputusan untuk kahwin lari. Bapa mereka berdua tak ada masalah pun dengan keputusan tu tapi Saanjh dengan Puneet takut kalau si ibu pula jatuh sakit bila dapat tahu berita mengejut tu.

Jalan cerita movie Jai Mummy Di arahan dan penulisan Navjot Gulati terlampau ringkas dan tak beri ruang dan peluang untuk watak Saanjh dan Puneet berkembang dengan baik. Kisah cinta mereka berdua pun diceritakan dalam lagu yang kurang menarik. Kalau ada flashback dan momen-momen kelakar mereka berdua hampir kantoi dengan keluarga mungkin lagi syok nak tengok. Tak tahu pulak tu kenapa Saanjh dengan Puneet jatuh cinta. 


Sayang lah penceritaan tak diadun mengikut template romantik komedi, tak romantik malah tak juga kelakar sedangkan konsep ibu bergaduh tapi anak bercinta ni boleh jadi dua plot yang kuat. Kedua-dua pelakon utama pula tak pandai berlakon dan tak ada chemistry. Sebelum ni Sunny dengan Sonnalli pernah berlakon bersama dalam Pyaar Ka Punchnama 2 (2015) tapi tak lah menyerlah sangat sebab Kartik Aryan dengan Nushrat Bharucha lebih menonjol. 

Bila Sunny dengan Sonnalli berlakon dalam solo screen lagi teruk bila expression Sunny kosong dan tak mampu deliver watak dia dengan baik. Tak kisah lah watak dia tengah gembira, serabut ataupun sedih, semuanya tampak senada. Sonnalli pula ada masanya kaku ataupun over the top. Sama juga dengan Danish Husain yang kebanyakan masanya nampak lost dan lemau dalam watak yang dibawa.

Sepanjang 103 minit tu punca pergaduhan Pinky dengan Laali dirahsiakan sehingga hujung cerita untuk buatkan penonton ternanti-nanti dengan elemen misteri yang dimasukkan oleh pengarah. Bila dapat tahu rahsia tu macam mehhh, tu je? Tak lawak dan tak mengejutkan pun. Walaupun dalam movie ni ada cameo dari beberapa pelakon terkenal di bawah Luv Ranjan Films tapi kemunculan tu tak mampu menyelamatkan keadaan pun sebab ruang mereka terhad dalam plot yang lemah. 

Dialog untuk scene perli atau bergaduh pun tak kuat langsung dan tak memberi impak. Instead of comedy, both characters look stupid and immature. Watak suami-suami pun cuma wujud untuk penuhkan rumah kedua-dua buah sahaja.

Suasana movie Jai Mummy Di lebih kepada kecoh dan meriah jadi sinematografi dari Sanket Shah sarat dengan hiasan, props, interior yang sesuai tambah pula kedua-dua keluarga berketurunan Punjabi. Malangnya kemeriahan tu rasa serabut dan semak sebab skrip yang tak kemas membuatkan kebanyakan scene tak membawa makna ataupun perasaan. Tapi scene flashback ke tahun 1991 tu tone grading dia lembut dengan warna seakan pastel. Nampak cantik dengan busana yang terikat pada zaman tersebut.

Pendek kata, skrip dan arahan Navjot Gulati yang lemah menjadi punca kesemua aspek yang ada dalam movie ni kelihatan teruk dan tak bermakna. 

1. Team Production +0.4, 2. Visual +0.6, 3. Audio +0.4, 4. Storyline +0.2, 5. Casting +0.4, 6. Genre +0.1, 7. Themes +0.5, 8. Editing +0.2, 9. Social Message +0.2, 10. Personal Thought +0 = 3/10

3 Comments

  1. betul betul sekarang dah tak pernah tengok filem Hindi. sebab tak kenal semua nama, tapi jalan cerita nampak menarik juga, ala ala mak sudin dengan mak eton je

    ReplyDelete
  2. kawan baik pun boleh gaduh ye ish ish

    ReplyDelete
  3. tak best la kalau pelakon kaku. ok boleh skip

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.