Masala Latte, The Merchant Little White Atelier

Thursday 18 November 2021

Lepas habis jalan-jalan dekat IKEA Damansara, menyinggah kejap ke IPC sebab nak beli Empire Sushi. Dah lama tak makan sushi dekat situ sebab dah lama tak menapak ke area sana. Kalau dulu masa balik dari Diamond Square mesti singgah beli sushi sebab sedap. Puas makan sushi dekat Empire Sushi sebab bahan dia banyak. Harga pun berbaloi dengan saiz dan bahan. Fresh pulak tu. 

Dah habis memborong, on the way nak pergi ke Lotus' sebab park kereta dekat sana, ternampak pulak promo board dari The Merchant Cafe. Interior dia menarik sebab ala moden dan minimalis dengan bertemakan warna putih. Cafe pun diperbuat dari kontena je. Dekat board nampak ada Iced Latte tapi sampai dekat kaunter rasa nak try Masala Latte pulak. Harga dia RM8.90 tak silap tapi tak banyak mana pun kuantiti dia. 


Seat dia ada banyak tapi masa pergi tu customer dia tak ada pun, mungkin sebab weekdays. Sementara menunggu Masala Latte tu siap, kitorang usha lah apa yang ada sekeliling cafe ni. Masa kitorang sampai tu ada busking dekat tepi cafe. Syok jugak lah kalau dine-in sambil layan angin bandar dan suara penyanyi dekat sini. But that's just my wild theory lah, kalau kena hari panas terik, berkicap jugak kat luar tu hihu


Selain Masala Latte ada banyak lagi drinks yang dia offer dan juga pelbagai makanan tapi tak sempat la pulak nak usha menu dia sebab dia letak dekat kaunter. Tengok dekat social media dia, ada Nasi Buttermilk Chicken, Nasi Bebijan Daging Sambal, Nasi Berbijan Ayam Kunyit, Burger with Chicken Crispy dan banyak lagi lah. 


Tak sempat nak ambik gambar Masala Latte up close. Dari jauh gini boleh la ek. For me, rasa dia tak berapa ngam dengan tekak sebab rasa kopi tu tak kuat sangat tapi banyak susu dan rempah masala. Sedutan pertama tu agak janggal dekat lidah tapi tiga, empat kali bearable lah cuma kalau kopi tu pekat lagi mungkin lagi sedap. Packaging dia cantik sebab lutsinar, boleh lah buat bekas letak bunga atau marble nanti. 

Lot K-G16-W, The Curve, 
No 6, Jalan PJU 7/3, Mutiara Damansara, 
47810 Petaling Jaya, Selangor 
012-355 2478
010-275 4353

4 comments

  1. tempat dia cantik tapi macam tak best kalau air tu tak kena dengan tekak sendiri..hehe

    ReplyDelete
  2. Kalau terlalu strong rasa masala dia memang tak berapa ngamlah..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.