Movie Review | Guns of Banaras (2020)

 

Director : Sekhar Suri

Writer : Vetrimaaran

Cast : Karan Nath, Nathalia Kaur, Abhimanyu Singh, Ganesh Venkatraman, Shilpa Shirodkar, Zarina Wahab, Mohan Agashe, Vinod Khanna

Production Company : Dashaka Cinema Co Production

Distributor : UFO Moviez

Genre : Action / Drama

Running Time : 132 minutes

Release Date : 28 February 2020

Trailer :


Movie Guns of Banaras berkisarkan kehidupan Guddu Shukla (Karann Nathh) yang tak sepatutnya dijadikan filem pun. Kalau movie ni genre komedi mungkin boleh lah nak faham motif kewujudannya. Guddu ni obsess dengan motorbike tapi dia tak berusaha pun untuk cari duit supaya impian dia tercapai. Dia menganggur, bangga dengan 37% CGPA lepastu perli bapak dia (Vinod Khanna) tak pernah nak tolong anak sendiri. 

Tiap hari dia melepak je dekat kedai lassi kawan dia lepastu pergi mengorat Hema (Nathalia Kaur). Tak faham kenapa Hema boleh suka dengan lelaki macam Guddu sebab tak ada kerja, duit belanja pun ayah dia bagi, kalau tak dapat jumlah yang dia nak dia curi duit ayah dia padahal berapa lah sangat hasil dari jual buku dekat kedai. 

Menyampah lah yang penting tengok dia sampai lah dia dapat beli motorbike dan dapat kerja. Takt ahu lah dia kerja apa dekat bank sebab syarat untuk kerja kena ada motorbike. Bukan dispatch, bukan jugak salesman. Baru kerja sebulan, dah bagitahu Hema dia nak meminang. Macam hek eleh sangat. Parents kau tak dijaga, ada hati nak jaga anak dara orang. Hema tu dah la high maintenance sebab anak tunggal. Memang patutlah parents dia suruh Guddu jauhkan diri sebab diorang yang bayar hantaran. Kang dah kahwin, duit mertua pulak dia curi. 

Punya lah bangang watak Guddu ni bila dia hantar Hema balik rumah lepastu park motor kemain jauh dan tinggalkan kunci dekat motor. Siasat punya siasat, dia dapat tahu geng Vikram Singh (Ganesh Venkatraman) yang curi untuk dijual ke Nepal. Bergaduh lah bertumbuk lah, main pedang bagai sebab motorbike punya pasal. 

Dah la skrip dia bangang, action pun jenis masala punya yang jenis tumbuk melayang siap angin berdebu bagai. Keluar scene bergaduh je I skip sebab predictable, bangang dan bosan. Movie ni dah la dua jam 12 minit lepastu ada scene dekat awal movie, dia repeat balik dekat hujung movie. Movie ni boleh habis dalam masa sejam setengah je sebenarnya. 

Karan Nath ni pelakon yang top zaman 2000 dulu dengan movie Yeh Dil Aashiqanaa (2002) tapi sayangnya dia dapat tawaran untuk comeback lepas 11 tahun dengan movie macam ni. Baik berlakon movie Anurag Kashyap ataupun buat web series macam Dino Morea je. Exposure tu lagi luas dan skrip pun kemas. Lakonan dia tak ada masalah pun tapi disebabkan watak dalam movie ni bangang terus jadi tak berselera tengok dia. 

Sinematografi dari KK Rao tambah memburukkan movie yang sedia lemah ni bila ada scene yang diambil dari bawah entah untuk apa. Ada scene yang zoom kiri, kanan, atas pulak tu padahal takde benda sangat pun. Visual dia tak cantik sangat pun mungkin sebab tak ada bajet sangat tapi teknik tu janganlah menjengkelkan sampai facepalm jadinya. 

Satu je lah benda bagus dalam movie Guns of Banaras ni bila music album karya komposer Sohail Sen dengan lirik yang dikarang oleh Sameer Anjaan ni not bad. Lagu Dheere Dheere Se nyanyian Mohit Chauhan tu best. Pagal Hai Mera Dil pun not bad jugak. 


Movie ni adalah remake kepada movie Tamil, Polladhavan (2007) tapi rasanya kualiti sama je lah sebab director movie Tamil tu adalah penulis kepada movie Guns of Banaras. Sebab tu lah vibes movie Tamil kuat sangat dalam movie ni. Rasanya movie ni sendu sebab tak ada yang menyebut pun even rating dari movie critics pun rendah. 

1. Team Production +0.3, 2. Visual +0.3, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.2, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.2, 7. Themes +0.4, 8. Editing +0.2, 9. Social Message +0, 10. Personal Thought +0 = 3.2/10

2 Comments

  1. Tajuk pun cam takde kena mengena. Lepas baca review awak memang rasa tak nak tengok.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.