Movie Review | Rashmi Rocket (2021)

Saturday 6 November 2021

Director : Akarsh Khurana

Writer : Kanika Dhillon, Akarsh Khurana, Aniruddha Guha, Lisha Bajaj

Cast : Taapsee Pannu, Priyanshu Painyuli, Abhishek Banerjee, Supriya Pilgaonkar, Supriya Pathak, Mantra, Manoj Joshi, Miloni Jhonsa, Varun Badola

Production Company : RSVP Movies, Mango People Media Network

Distributor : ZEE5

Genre : Sports / Drama

Running Time : 129 minutes

Release Date : 15 October 2021

Trailer :


Masa announcement Taapsee Pannu akan berlakon dalam movie Rashmi Rocket ni memang mengeluh teruk sebab dah penat dengan movie genre sports drama. Sejak 2016 Bollywood obsess dengan genre biopic dan sukan lepas movie M.S. Dhoni (2016) melonjak naik di box office. Tahun ni movie 83 akan keluar dengan movie kriket lepastu Deepika mungkin akan terbitkan movie pasal P.V Sindhu, pemain badminton India. 

Jadi menyampah bukan sebab tak suka sukan tapi kebanyakannya guna template yang sama, korek personal life atlet tanpa bawa sesuatu yang segar dan baru pun pada cerita tu. Sama juga lah masa tahu pasal movie Rashmi Rocket tapi lepas tengok movie arahan Akarsh Khurana yang ditulis oleh Kanika Dhillon ni rasa malu sendiri sebab cepat sangat judge. 

Memang betul movie Rashmi Rocket ni berkisarkan dunia sukan tapi penulis paparkan ketidakadilan yang berlaku pada atlet wanita akibat gender test. Movie ni diinspirasikan oleh kisah sebenar di mana dua orang atlet wanita negara India kena ban oleh Persatuan Atlet Negara hanya kerana level testerone mereka lebih tinggi pada kadar normal. 

Hal ni terjadi disebabkan oleh hyperandrogenism dan sering berlaku kepada wanita. Antara simptomnya ialah level testerone lebih tinggi dari 3.3, haid tidak teratur, acne ataupun mempunyai bulu badan lebih banyak. Tapi fakta sains ni tak lah diceritakan dengan banyak dalam movie ni cuma kena mention dalam kamar mahkamah semasa peguam buat hujahan di hadapan hakim (Supriya Pilgaonkar). 

Watak Rashmi (Taapsee Pannu) juga tak menunjukkan sebarang perbezaan fizikal melainkan fizikal badan yang agak bulky berbanding atlet wanita lain. But that’s justified lah sebab kalau tunjukkan perbezaan yang ketara nanti dah jadi cerita lain pulak. Kiranya penulis nak tunjuk yang Rashmi adalah wanita normal, membesar secara normal tapi ada kelebihan lari lebih laju sehingga digelar Rocket. Bila masuk bertanding baru masalah tu wujud. 

50 minit pertama memang tak ada masalah pun dan olahan pada minit awal ni mengikut acuan entertainment Bollywood dengan perkenalan pada watak protagonis, karakternya, kisah cintanya dan achievements dia. Masuk dekat scene Rashmi kena buat gender test tu baru suasana penceritaan tu berubah kepada drama. 

'Victory or lose is merely an outcome. Our job is to try.' - Rashmi

Berbeza dengan movie Haseen Dillruba (2021), Taapsee lebih selesa dengan watak Rashmi mungkin sebab watak dia dikembangkan dengan baik. Watak dia juga berbeza dengan watak-watak melankolik sebelumnya. Kali ni dia tak try hard dengan dialog dramatik ataupun nak overshadow mana-mana watak. Dia ada ruang dia dan watak lain ada ruang masing-masing juga. 

Suka tengok watak Kapten Gagan Thakur (Priyanshu Painyuli) sebab dia sejenis yang cool. Sesuai lah dengan watak dia sebagai tentera. Dah la perempuan memang suka lelaki dalam uniform, cool, handsome pulak tu,  terus rasa nak suami yang supportive macam tu. Sama jugak dengan ayah Rashmi, Ramnik Virah Chibber (Manoj Joshi) yang faham dengan kerenah anak tunggal dia. Dengan anak dia tak pernah melenting, dengan isteri pun dia pandai ambil hati. 

Tak tahu lah penulis memang dah kaji karakter dan habit pelakon dia ataupun pelakon yang kebetulan rasa terkait dengan watak yang akan dilakonkan sebab sama kes juga dengan watak Eeshit Mehta bila Abhishek Banerjee bagitahu yang dia tak suka hafal dialog panjang macam zaman teater dulu. Dalam movie Rashmi Rocket terbitan RSVP Movies ni watak Eeshit sebagai peguam Rashmi memang kena berhujah panjang lah tapi kreatifnya bila penulis buat watak dia sebagai peguam mentah dan kes Rahmi adalah kes pertama dia yang masuk ke mahkamah. Watak dia nampak hidup sebab tak nampak sangat macam hafal skrip. 

Selain dari menjadi medium untuk sebarkan tentang gender test yang berlaku di negara India, semangat kesukanan dan beberapa mesej lain juga dipaparkan dengan bagus. Visual mungkin pada sesetengah babak tak berapa meyakinkan tapi tak lah banyak sangat sampai mencacatkan perjalanan cerita. Kekuatan lakonan, pengajaran dan pelajaran yang diolah dengan baik membuatkan naskhah Rashmi Rocket layak ditonton dan diberikan perhatian. 

1. Team Production +1, 2. Visual +0.6, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 9.2/10

1 comment

  1. Suka juga genre sports drama. Rashmi Rocket ni nampak menarik. Ok nanti nak tengok

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.