Raikan Kejayaan Kecil di Eastin Hotel KL

Minggu lepas ada makan-makan dekat Eastin Hotel Kuala Lumpur sebagai meraikan kejayaan branch Petaling Jaya Ram Reza & Muhammad. Tak lah meraikan beria sangat pun just lunch grand sikit je dekat hotel. Saja ambik mood cuti Deepavali, enjoy lunch together sembang-sembang macam tu lah.


Masa tu datang awal sikit sebab nak setup meja dengan seating semua lawyer dan staff yang hadir. Branch PJ tak lah ramai sangat tapi kena jaga lah sebab ada managing partner sekali. Awalnya letak seat dia dekat hujung tapi macam jauh pulak dia nak bagi ucapan nanti so kitorang ubah letak dekat tengah meja. Staff hotel, Mr. Vincent pun banyak membantu masa tu. Dia tolong decorate meja dan letak scented candle bagi nampak romantik sikit. 


Ikutkan nak order buffet je sebab senang urusetia tolong bayar untuk per pax je pastu boleh makan semua benda yang pihak hotel sedikan tapi dekat Eastin Hotel ni buffet cuma disediakan masa weekend. Untuk weekdays ada 3 pilihan - Nasi Numb Tongue, Aglio Olio dengan Laksa Johor. Kebanyakan kitorang pilih Aglio Olio sebab ada sharing platter jugak - Flamming Seafood Platter, Beef Short Rib dengan Jamaican Jerk Roasted Chicken.





Ms Dayan dengan Maisarah je pilih Nasi Numb Tongue sebab yang lain tak berani la nak makan menu pedas sangat tapi bila makan, Aglio Olio lagi pedas daripada Nasi Numb Tongue tu. Pedas nasi tu level manjahhhhh. 


Menu Laksa Johor ni unik sikit sebab pasta dia kena rendam dalam squid ink so warna hitam tapi dari segi rasa takde lah berbeza sangat pun dengan Laksa Johor yang biasa tu. Menu ni Ms Fisa je lah yang order sebab dia orang Johor piau hahaha


Sebelum makan tu En. Hisham minta kitorang buka tag nama dekat atas meja sebab dekat dalam tu ada ucapan tulus ikhlas dari Managing Partner untuk semua warga RRM. Sepanjang pandemik memang susah untuk buat makan-makan atau aktiviti dekat luar. Orang lain 'work from home' dekat rumah, kitorang sebagai essential business tetap kerja macam biasa. Tapi masa tu best jugak lah sebab jalan tak jam macam sekarang haha


Sekarang ni dapat lah hasil sikit demi sedikit especially MyIPR yang start dapat klien baru dan Insya-Allah akan berkembang ke Jakarta, Indonesia pulak. Hopefully ada banyak lagi projek akan datang supaya branch PJ makin berkembang seperti yang dirancang. 

Lepas habis ucapan dan bacaan doa makan, En. Hisham bagitahu adat dekat Itali sebelum makan ada disediakan roti untuk pass around sebagai tanda berkongsi. 



Ruang restaurant Eastin Hotel ni cantik jugak lah tapi agak sempit sebab hotel dia pun berhimpit dengan bangunan lain. Kalau tak biasa area ni boleh tersilap masuk ke bangunan lain. Nak bergambar pun tak banyak sangat tempat best sebab gelap satu hal, kecil satu hal. 




Ruang ni nampak cantik dan cerah tapi bila awan gelap datang memang gelap terus jadinya. Even buka lampu pun tak membantu. Masa kitorang datang tu macam pertikai jugak lah kenapa tak makan dekat sini sebab lighting cantik rupanya sebab cuaca tak berapa cun. 




Tapi sempat jugak lah bergambar sekeping dua sebagai kenangan. Bukan selalu dapat keluar macam ni. Minggu tu je macam tak busy sangat itupun ada yang kena bergegas pergi meeting dengan klien. Anyway thanks En. Hisham sebab belanja lunch sebagai tanda penghargaan buat team RRM Scorpions. Semoga bertambah murah rezeki en. Hisham sekeluarga. 

4 Comments

  1. seronoknya makan beramai-ramai macam ni. kami tak berpeluang sejak pandemik ni. Baru nak tanya Nasi Numb Tongue tu apa rupanya nasi pedas. Laksa Johor dia nampak unik

    ReplyDelete
  2. tahniah RRM PJ.. ammi tak pernah deal dgn PJ..dulu slalu deal dgn HQ kot yg kat Taman Ibukota tu

    ReplyDelete
  3. Kalau dekat Eastin tu Chinese food dia sedap..

    ReplyDelete
  4. Tahniah untuk semuanya. Ada jugak rewards untuk kejayaan bersama. Menu pilihan sedap sedap. Rare betul laksa johor dengan spaghetti hitam tu. Hotel yang selesa dan sesuailah untuk event macam ni.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.