Movie Review | Show Me the Ghost (2021)

Thursday 4 November 2021

Director : Kim Eun-kyoung

Writer : Kim Eun-kyoung

Cast : Han Seung-yeon, Kim Hyun-mok, Hong Seung-bum, Leem Chae-young

Production Company : Indy Story Co., Ltd

Distributor : Indy Story, IPTV

Genre : Horror / Comedy

Running Time : 83 minutes

Release Date : 10 July 2021 (BIFAN), 9 September 2021 (South Korea)

Trailer :


Filem yang dapat tayangan perdana di Bucheon International Fantastic Film Festival ke-25 mengisahkan tentang Yeji (Han Seung-yeon) dan Hodoo (Kim Hyun-mok) diganggu oleh hantu perempuan. Mereka baru sahaja berpindah ke rumah sewa tersebut dengan harga yang murah dan lengkap dengan perabot tanpa menyedari penyewa lepas telah membunuh diri. Jiran di blok sebelah pun terkejut dengan kehadiran mereka berdua. 

Setiap hari mereka diganggu dengan teruk sehinggakan terpaksa mencari jalan untuk menyewakan kepada orang lain. Malangnya usaha mereka tidak berjaya kerana roh hantu tersebut gagalkan rancangan mereka sebaik sahaja ada yang bersetuju untuk menyewa. Nak upah dukun untuk halau hantu tersebut, mereka berdua tak mampu dari segi kewangan sebab dah habis dah buat bayar deposit rumah. Nak beli barang untuk menghalau hantu pun mahal juga. Tabur kacang merah dengan garam pun tak menjadi. 

Sampai lah mereka bertemu dengan Kidoo (Hong Seung-bum) yang menawarkan harga diskaun untuk menghalau hantu di rumah. Kidoo merupakan cucu kepada bomoh tapi tak belajar ilmu menghalau hantu dengan baik sebab tu dia bagi harga diskaun je. Dia pun tengah struggle nak cari duit untuk bayar sewa rumah sama macam Yeji dengan Hodoo. 

Hantu perempuan (Leem Chae-young) dalam movie Show Me The Ghost ni menyeramkan jugak lah setiap kali dia muncul dengan suara creepy macam Ju-on tu rasa meremang je bila tengok. Jalan cerita dia cliché dan predictable tapi disebabkan olahan Kim Eun-kyoung menggunakan template komedi membuatkan movie ni menarik untuk ditonton.

Pace movie terbitan Indy Story Co., Ltd ni boleh tahan laju dan penulis kembangkan watak dengan baik pada first half movie. Boleh faham lah kenapa Yeji dengan Hodoo terbeban dengan masalah kewangan walaupun mereka berdua adalah pelajar cemerlang dalam pelajaran. Dapat gred tinggi pun belum tentu ada jaminan dapat kerja lepas grad sebab Korea Selatan pandang tinggi dengan graduasi lepasan Seoul National University. 

‘It’s no big deal to fail? 4.24 GPA, proficient in English and Chinese, 6 licenses, 3 internships, 5 contest wins! What more do I have to do?! Is it a crime to be a graduate of a non-Seoul university? Is it a crime?!’ – Yeji

Sinematografi movie Show Me the Ghost menghadirkan rasa seram dan ngeri walaupun bila hantu berehat bak kata Hodoo, rumah tu nampak cantik interiornya dengan konsep retro dan vintage. Make-up pada hantu perempuan dan hantu-hantu lain biasa je sebab touch up bagi pucat dan apply eyeshadow hitam pada mata tapi setiap kali muncul tetap seram jugak sebab music background. 

Lakonan Han Seung-yeon dengan Kim Hyun-mok sebagai kawan baik dari kecil antara kekuatan movie Show Me The Ghost sebab masing-masing pun penakut walaupun awalnya acah berani sebab dah tak ada duit. Scene diorang menggeletar lepas kena kacau dengan hantu tu kelakar walaupun kesian juga pada masa yang sama. Sampaikan pakcik yang homeless tu pun kesian dengan nasib diorang. Ada rumah tapi lepak kedai serbaneka 24 jam macam dia jugak. 

Walaupun naskhah ni mempunyai cerita yang santai tapi mesej sosial yang diketengahkan sebenarnya berat juga bila masalah stalker yang berleluasa di Korea dipaparkan pada second half. Sama juga dengan masalah alam pekerjaan yang mempunyai kadar pengangguran yang tinggi sampaikan kes bunuh diri di Korea Selatan setiap hari adalah sebanyak 12 kes. Kelakar tapi menyedihkan. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.