Sambal Nyet, Sekali Cuba Dah Cukup

Susah sangat nak dapat Sambal Nyet keluaran Khairul Aming ni dan I bukan sejenis yang nak join shopping battle ke apa. Kalau susah nak dapat I blah je. Yang ni pun sebab ada kenalan ada stok lebih so beli lah jugak untuk family merasa. 

Sebelum ni dah pernah merasa dah sebab officemates selalu beli. Tapi tak semua pun suka sebab rasa sambal dia biasa je. Boleh jugak kata rasa sambal komersial. Lagi satu hal yang buat macam tak berminat nak beli bila rasa dia tak konsisten. Beli batch yang ni, rasa dia macam tak pedas sangat. Beli next batch pulak rasa dia pedas tapi terlebih minyak. Datang pulak batch lain, rasa manis terlebih. 

Tak tahu kenapa Sambal Nyet ni boleh sentiasa sold out. Mungkin sebab ramai yang beli untuk dijual semula. Banyak je dekat Shopee yang dijual dengan harga yang lebih mahal dari harga asal atas alasan harga penat battle. Sama lah yang ni pun I beli dengan reseller lebih mahal dari biasa lepastu dapat pulak rasa yang hmmm. Mungkin I letak expectation tinggi bila ramai yang dok menyebut dan indirectly promote dekat socmed. 

Dia ada rasa yang cukup lah sekali je cuba. Kalau ada, kita makan. Kalau tak ada pun takpe haaa macam tu. Berita baik lah untuk yang suka dengan Sambal Nyet sebab dah hilang satu competition haha anyway, yang belum mencuba tu selamat mencuba. Mana tahu jatuh cinta. 

5 Comments

  1. baru nak cuba rasa sebab selalu sold out

    ReplyDelete
  2. teringin jugak nak try sambal nyet ni masa mula-mula keluar dulu, tapi asyik sold out aje eh malas lah kitaa... tapi team KA ni bagus jugaklah at least depa take note critic customer, mana yang terlebih terkurang.. kita tunggulah smpai depa dah capai standard rasa and quality utk every batch baru beli hehehe

    ReplyDelete
  3. Sayanglah kalau rasa dia tak konsisten..
    Tak pernah cuba pun, tak lalu nak battle.. hehehe..

    ReplyDelete
  4. Anak kita dapat beli masa batch kedua, konon nak repeat tapi takpun, mungkin sebab dah rasa sekali cukup la.. dah tak kecur 😅

    ReplyDelete
  5. Mrs. A pun belum pernah merasa lagi dan tidak terlibat jugak dalam battle membeli tu tunggulah sampai ianya datang bergolek eh! ini reviews kedua yang Mrs.A baca kata takdelah wow! mana hahaha

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.